Baru-baru ini, Wilayah Catalan di Sepanyol sudah mahu bebas dari Raja Sepanyol. Sebenarnya, Negeri Sembilan sudah lama memerdekakan diri dari Johor.

Dikisahkan ada ketikanya kerajaan Johor Lama yang berpusat di Kota Tinggi sedang dalam keadaan kucar-kacir dan lemah. Bagi mengawal kekalutan pentadbiran dan bagi mengawal perbelanjaan, Johor Lama ketika itu dilihat tidak mampu mentadbir sekalian wilayah naungannya yang asalnya melata sehingga ke Kelang.

Negeri Sembilan ketika itu masih belum bergelar seumpamanya, malah berpisah kepada banyak luak-luak yang digelar Luak Tanah Mengandung iaitu Luak Inas, Luak Jempol, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Ulu Muar bagi menjalankan pentadbiran sendiri, diketuai oleh Penghulu Luak.

Ada perbilangan yang menyatakan; “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

Ia membawa maksud yang luas. Sekalipun bersetia kepada raja di Johor Lama, ada ramai di kalangan waris-waris luak yang berkelana dari Siak, membawa kitab-kitab dan ilmu-ilmu baru terutama dalam Islam terus dari Siak, dan kehadiran waris-waris Minangkabau membawa aturan Adat Perpatih sebagai asas pentadbiran autonomi khusus untuk setiap Luak Tanah Mengandung ini.

Sememangnya, berita merancang pemisahan dari Johor ini bukanlah cerita baru, malah sebenarnya sudah lama disepakati oleh setiap luak ini yang berpendapat sudah mampu mentadbir sendiri selain lebih berminat bersepakat sesama mereka membentuk kerajaan sendiri yang merdeka dari Johor.

Laluan perdagangan antara Kota Tinggi dan Luak tanah Mengandung ini yang jauh dan merbahaya mengundang risiko logistik yang mampu menjejaskan aktiviti ekonomi penduduk Luak Tanah Mengandung yang selama di di bawah Johor, beraja dan membayar ufti pula terus kepada istana di Kota Tinggi.

Ini antara sebab-sebab mengapa banyak negeri naungan Johor mahu membebaskan diri daripada kerajaan Johor. Namun kesetiaan kepada raja, juga kerana Penghulu Luak masih bersetia kepada Johor, ia cerita kekal di dalam luak masing-masing, tetapi api pembebasan tidak pernah padam.

Akhirnya, pucuk dicita ulam mendatang. Desas desus luak-luak ini mahu bebas dari Johor Lama sampai ke pengetahuan raja. Mengelak untuk tidak mahu pula menghadap risiko penentangan bersenjata dari luar Johor dalam masa yang sama terpaksa mematahkan usaha pemberontakan dalam kerajaan sendiri, baginda akhirnya memperkenankan hasrat setiap luak ini.

Diceritakan kedapatan masanya Bendahara Abdul Jalil, atau Sultan Abdul Jalil VI, pemerintah Johor Lama kepada sekalian ketua-ketua adat daerah dan wilayah-wilayah Luak Tanah Mengandung untuk menghadap ke istana baginda di Kota Tinggi bagi menyampaikan mohor kuasa pentadbiran sendiri di wilayah dan luak masing-masing itu.

Maka berbondong-bondonglah sekalian ketua-ketua adat ini untuk suatu tempoh masing-masing yang dirasakan sesuai bersampan dari wilayah masing-masing melalui Gemas menghala ke Segamat, naik ke Sungai Muar, masuk ke Johor dan terus ke pusat pentadbiran kerajaan Johor Lama untuk mendapatkan mohor kuasa, bagi mengesahkan setiap ketua adat ini berhak mentadbir sendiri tanpa perlu campurtangan dari Johor lagi.

Akhirnya, selepas mendapat perkenan dan dipersetujui Penghulu Luak Tanah Mengandung, mereka dilepas bebas dari Johor. Bagaimanapun, Kelang kemudiannya diserahkan kepada Selangor, sebahagian dari Jelai diserahkan kepada Pahang, Naning diambil Melaka ketika pentadbiran Inggeris, malah Segamat kekal di dalam Johor.

Namun penting sekali, Luak Tanah Mengandung telah bebas. Hanya empat luak lagi ke arah membentuk satu negeri bernama Negeri Sembilan.

Jelas, orang Melayu bukan asing mana dengan sentimen pemisahan wilayah atau negeri. Cumanya diharapkan ia dapatlah dijadikan sempadan dan tidak berulang lagi.

Diharapkan ketajaman pemikiran dan rasional pertimbangan Raja-Raja Melayu kekal menjadi sebahagian kebijaksanaan mereka yang bersemayam di atas singgahsana masing-masing, malah diperturunkan juga segala isi pelajaran dan pengajaran ini sebagai garis sempadan demi mengelakkan perpecahan yang membinasakan di masa hadapan.

RUJUKAN;

1. Luak Tanah Mengandung tulisan Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Ibrahim, Haji Muhammad Tainu , Dharmala N.S terbitan Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan

2. Olahan dari catatan lisan temubual; Hj Muhamad Salleh Bin Yassin, Ahli Lembaga Penasihat Muzium Negeri merangkap Pengerusi Dewan Keadilan Adat Perpatih, Negeri Sembilan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply