Kita selalu dimomokkan bahawa negara Barat itu sangat terbuka.
Sangat liberal. Sangat menjaga hak asasi manusia.
Contoh paling agung ialah Kanada.
Negara ini sering dianggap sebagai “Mr. Nice Guy” di pentas dunia.
Semua orang diterima, semua ragam diraikan, semua pendatang disambut dengan karpet merah dan senyuman manis.
Tapi tuan-tuan, jangan tertipu dengan senyuman itu.
Cuba tuan-tuan pergi ke satu wilayah bernama Quebec.
Di sini, “lembut” Kanada itu hilang serta-merta bila menyentuh satu isu sensitif.
Isu Bahasa.
Di Quebec, bahasa bukan sekadar alat komunikasi. Ia adalah maruah. Ia adalah nyawa.
Ia adalah kedaulatan yang tidak boleh dikompromi walau seinci.
Baru-baru ini, kerajaan Quebec meluluskan satu undang-undang kontroversi yang dipanggil Bill 96.
Undang-undang ini sangat “brutal” bagi mereka yang malas belajar bahasa kebangsaan tempatan, iaitu Bahasa Perancis.
Bayangkan tuan-tuan adalah seorang pendatang yang baru sampai ke Quebec.
Tuan kaya. Tuan bawa duit berjuta-juta. Tuan nak melabur dan hidup senang di sana.
Kerajaan Quebec kata: “Silakan. Kami alu-alukan.”
Tapi, kerajaan letak satu syarat mati.
Mereka bagi tuan masa ENAM BULAN sahaja.
Ya, enam bulan.
Dalam tempoh enam bulan pertama ini, kerajaan akan layan tuan macam raja.
Segala urusan rasmi, surat menyurat, kaunter imigresen, semuanya boleh guna Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda tuan.
Mereka faham tuan baru sampai. Mereka bagi muka. Mereka bagi “tongkat”.
Tapi sebaik sahaja jam berdetik masuk hari pertama bulan ketujuh…
Segala keistimewaan itu ditarik serta-merta.
Tamat tempoh bermanja.
Selepas enam bulan, kerajaan Quebec menganggap tuan sudah wajib fasih Bahasa Perancis.
Kalau tuan pergi pejabat kerajaan nak perbaharui lesen dan tuan cakap orang putih… pegawai kaunter akan geleng kepala.
Mereka dilarang oleh undang-undang untuk melayan tuan dalam bahasa asing.
“Parlez-vous français?” (Awak cakap Perancis tak?)
Kalau tuan jawab “No, I prefer English”… nasiblah.
Urusan tuan akan tersangkut. Fail tuan akan diperam.
Malah, undang-undang Bill 96 ini sangat ketat sampaikan doktor dan jururawat pun pening kepala.
Rekod perubatan, arahan ubat, komunikasi rasmi hospital… semuanya mesti didahulukan dalam Bahasa Perancis.
Ada doktor yang takut nak rawat pesakit dalam Bahasa Inggeris sebab risau disaman oleh “Polis Bahasa” (OQLF) jika ada orang lapor.
Bayangkan. Nyawa pun boleh jadi taruhan disebabkan bahasa.
Bukan itu sahaja. Peniaga-peniaga kecil yang degil pun kena “lipat”.
Papan tanda kedai mesti tulis dalam Bahasa Perancis dengan saiz yang lebih besar daripada bahasa lain.
Kalau tuan tulis “SALE” besar-besar tapi “SOLDE” kecik kat bucu, bersiaplah terima surat saman.
Syarikat-syarikat besar pun tak terlepas.
Kalau nak dapat kontrak kerajaan, wajib buktikan semua pekerja boleh bertutur Perancis.
Akibatnya, ramai profesional yang angkuh, yang ingat duit boleh beli segalanya, akhirnya terpaksa angkat kaki.
Mereka rasa terhina sebab tak dilayan.
Tapi bagi rakyat tempatan, itu bukan penghinaan. Itu adalah pengajaran.
Mereka nak ajar bahawa setinggi mana pun pangkat tuan, di tanah ini, tuan tetap tetamu yang perlu tunduk pada peraturan tuan rumah.
Kenapa Quebec sekejam ini?
Bukankah mereka negara maju? Bukankah mereka kaya?
Kenapa nak paksa-paksa orang? Biarlah orang nak cakap bahasa apa pun, janji duit masuk, kan?
Jawapan pemimpin Quebec sangat padu.
Bagi mereka, kalau mereka benarkan Bahasa Inggeris (bahasa pendatang dan jiran) menguasai tanah mereka…
Lama-kelamaan identiti anak cucu mereka akan lenyap.
Mereka tak peduli tuan siapa.
Tuan mungkin jutawan yang bayar cukai berjuta setahun.
Tuan mungkin tauke besar yang memegang ekonomi bandar.
Tuan mungkin rasa tuan “tersakiti” sebab dipaksa belajar bahasa yang susah.
Tapi prinsip Quebec mudah:
“Ini tanah kami. Ini air kami. Kalau nak cari makan di sini, kalau nak bina kekayaan di sini… hormatilah bahasa kami.”
Mereka tak layan drama “play victim”.
Mereka tak layan alasan “susah nak belajar”.
Bagi mereka, pendatang yang miskin dan baru sampai 6 bulan pun boleh belajar sampai fasih.
Jadi, apa alasan orang yang dah kaya-raya, yang dah hidup senang-lenang, tapi masih berkeras tak nak cakap bahasa tuan rumah?
Di Quebec, keengganan berbahasa kebangsaan bukan dilihat sebagai “pilihan peribadi”.
Ia dilihat sebagai satu KEBIADAPAN.
Ia adalah tanda seseorang itu hanya mahu mengaut hasil bumi tanah itu, tapi sombong untuk menjunjung langit tanah itu.
Tuan-tuan, Quebec mengajar kita satu realiti pahit.
Duit boleh dicari. Harta boleh dikumpul.
Tapi jati diri negara tidak boleh dijual beli.
Sesebuah negara akan hancur bukan sebab miskin, tapi sebab rakyatnya sendiri (tak kira asal usul) mula meremehkan bahasa yang menyatukan mereka.
Kalau negara “liberal” macam Kanada pun boleh bertukar jadi “Singa” bila bahasa mereka diperkotak-katikkan…
Maka malulah bagi mana-mana bangsa di dunia ini yang masih berlembut leher dengan mereka yang “makan hasil tanah, tapi ludah pada buminya”.
Ingatlah.
Bahasa bukan sekadar bunyi di mulut.
Bahasa adalah bukti kesetiaan.
Kalau lepas berpuluh tahun masih tergagap dan perlu penterjemah di tanah air sendiri…
Mungkin sudah tiba masanya kita tanya pada cermin:
“Aku ni rakyat atau sekadar penumpang yang tak sedar diri?”
MasyaAllah, sesungguhnya Allah menciptakan pelbagai lisan dan bahasa sebagai tanda kekuasaan-Nya.
Namun Dia juga mengajar manusia tentang adab bermasyarakat.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kisah ketegasan dari seberang laut ini menjadi iktibar buat kita agar tidak menggadaikan maruah bangsa hanya kerana ingin menjaga hati mereka yang tidak tahu mengenang budi bumi tempat mereka berteduh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




