Secara kasar, terdapat lebih 50 negara majoriti Islam dengan budaya, konsep dan sistem pentadbiran yang berbeza-beza. Dan bilangan negara-negara Islam kadangkala tidak konsisten dan boleh berubah bila berlaku sebarang konflik yang menyebabkan samada sebuah negara itu berpecah atau beberapa negara itu disatukan dalam sebuah kerajaan.

Tanpa mengambil kira fahaman mazhab atau diaspora sektarian yang berbeza dalam umat Islam, baik Syiah atau Sunni, menyerap sistem demokratik atau authoritarian, Republik atau Monarki, parlimen berpelembagaan parti tunggal konsep sosialis-komunis, konservatif atau sekular, selagi negara itu rakyat majoriti nya masih beragama Islam dan mengamalkan ibadat Islam, dunia akan terus melihat pegangan rakyat negara itu adalah negara Islam. Yang membezakan adalah ideologi politik dan sistem pemerintahan.

Sebahagiannya menerima Islam secara penuh, sebahagian yang lain kebiasaannya negara diversiti tetapi mengangkat Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia sendiri, bahkan ada negara populasi Muslim terbesar yang tidak memberi apa-apa keistimewaan terhadap agama Islam walaupun majoriti sebaliknya memberi kebebasan beragama demi mencapai matlamat perpaduan negara berbilang bangsa.

Dunia Islam boleh dirujuk untuk maksud tiga aspek yang berbeza berkaitan dengan mereka yang mengamalkan Islam: agama, kebudayaan, dan geografi. Istilah ini kadang-kadang juga dinyatakan sebagai Dunia Islam. Dalam konteks agama, Dunia Islam merujuk kepada orang Islam, atau individu yang mengamalkan Islam.

Secara kebudayaan dan berpegang kepada ajaran Islam, istilah ini merujuk kepada tamadun Islam. Dalam konteks geografi, yang mungkin paling kerap digunakan, ia merujuk kepada negara-negara dan kawasan sempadan politik berbeza di mana umat Islam membentuk majoriti penduduk.

Hari ini, Islam adalah salah satu agama paling banyak diamalkan di seluruh dunia. Penganutnya membentuk kumpulan agama kedua terbesar di dunia. Dengan populasi lebih daripada 1.6 bilion orang, umat Islam mewakili 23% penduduk dunia. Dua mazhab utama Islam adalah Syiah dan Sunni.

Sunni Islam adalah denominasi majoriti dan diamalkan oleh kira-kira 1.5 bilion individu. Syiah adalah denominasi yang lebih kecil dengan hanya sekitar 170 juta pengikut. Ia adalah agama yang dominan di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara, Tanduk Afrika, rantau Sahel di Afrika, dan Asia Tengah. Di samping itu, China, Russia, India, dan Balkan semuanya mempunyai penduduk Islam yang besar.

Negara Islam

Negara Islam adalah kawasan sempadan politik, biasanya sebuah negara yang menggunakan Hukum Syariah sebagai asas untuk pemerintahan, undang-undang, politik dan sosial. Ia sering dianggap sebagai teokrasi. Idea ini berakar dari sistem Khilafah, ia lazimnya sebuah pemerintahan induk terbesar yang diperintah oleh pemimpin Muslim dan dianggap penerus dakwah Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini, negara Islam mungkin telah berkembang mengikut peredaran zaman lalu beradaptasi di antara tradisi konservatif dan politik moden, seperti mewujudkan sistem parlimen atau menjadi negara Republik Islam. Namun masih ada negara yang dianggap sebagai benar-benar beroperasi mengikut dasar-dasar Islam sebenar. Perlu diingatkan, ini bukan statistik yang direka oleh penulis sendiri tetapi ini statistik dari rujukan World Atlas.

Terdapat 7 buah negara yang ditubuhkan mengikut dasar-dasar Islam atau tertubuh melalui gerakan pembebasan Islam. Arab Saudi dan Republik Islam Iran sebahagian darinya, walaupun Arab Saudi tertubuh melalui gerakan nasionalis dan Iran melalui gerakan idea “campuran” antara liberalis dan jihad, Iran telah menjadi antara yang terawal mempelopori konsep ‘Islamic Republic” di sebuah negara majoriti Muslim dengan pelaksanaan undang-undang berdasarkan hukum syariah atau sekurang-kurangnya menubuhkan mahkamah khas syarie di wilayah khas.

  1. Afghanistan
  2. Iran
  3. Mauritania
  4. Oman
  5. Saudi Arabia
  6. Sudan
  7. Yemen

Negara Beragama Islam Sebagai Agama Rasmi

Negara-negara lain tidak dipertimbangkan negara Islam sepenuhnya walaupun Islam adalah agama rasmi negara yang ditentukan secara politik. 21 buah negara ini mempunyai populasi majoriti Muslim. Walau bagaimanapun, 18 agama lain juga diraikan sebagai agama rasmi, ia menjadikan Libya sebagai negara yang paling diversiti atau berbilang kaum di dalam Dunia Islam.

Manakala selebihnya, orang Islam selaku pemerintah dan penduduk majoriti telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara atau salah satu faktor yang penting bagi sebuah kerajaan bangsa tersebut dan diberi kedudukan istimewa dalam perlembagaan atau sebagai simbol kedaulatan, ia termasuk lah Malaysia dan Brunei.

Kebiasaannya mereka adalah negara pemerintahan monarki atau kesultanan. Sultan dianggap sebagai ketua agama Islam di Malaysia, manakala undang-undang sivil diselaras bersama undang-undang syariah di negara persekutuan seperti Malaysia yang memberi hak membentuk perundangan syariah melalui pemerintaj negeri masing-masing.

Manakala sistem Kesultanan Brunei pula adalah sistem beraja mutlak berasaskan prinsip tradisi “Melayu Islam Beraja”, Brunei memiliki parlimen tetapi tiada pemilihan dibuat selepas 1962. Sistem perundangan ‘English common law’ masih diguna pakai walaupun perundangan Syariah dilaksana hampir sepenuhnya. Berikut adalah negara-negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

  1. Algeria
  2. Bahrain
  3. Bangladesh
  4. Brunei
  5. Comoros
  6. Djibouti
  7. Egypt
  8. Iraq
  9. Jordan
  10. Kuwait
  11. Libya
  12. Maldives
  13. Malaysia
  14. Morocco
  15. Pakistan
  16. Palestine
  17. Qatar
  18. Republik Sahrawi
  19. Somalia
  20. Tunisia
  21. Emiriah Arab Bersatu

Negara Islam Majoriti Sekular

22 buah negara yang diperintah orang Islam atau rakyatnya majoriti Muslim namun mengisytiharkan sekularism sebagai sistem yang menjadi tunjang utama, negara Islam pentadbiran sekular yang pertama ditubuhkan adalah Azerbaijan, manakala Republik Turki merupakan kuasa besar Islam yang pernah mahsyur dalam sejarah kegemilangan Daulah Uthmaniyyah menjadi antara pelopor negara sekular diperintah Muslim yang membangun dengan pantas.

Selebihnya adalah negara-negara bangsa Turk, Afrika dan bekas jajahan Soviet. Negara majoriti Islam sekular kebiasaannya beradaptasi dengan pengaruh dari barat, seperti sistem penulisan Rumi, mengawal kebebasan bersuara dan komunikasi di negara yang memerintah secara authoritarian seperti Turkmenistan (pengaruh tinggalan komunis) namun tiada sekatan untuk kebebasan beragama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Kementerian atau Jabatan Agama Islam juga wujud di negara sekular, malahan di sesetengah negara bukan Islam juga ditubuhkan jabatan pengurusan hal ehwal Islam dalam struktur kerajaan tetapi hal ehwal agama tidak akan dicampur aduk dengan perkhidmatan awam dan urusan rasmi kerajaan.

Tahukah anda? Presiden Lubnan, Michael Aoun adalah seorang penganut Kristian Maronite, berasal dari keluarga campuran Kristian-Syiah?

  1. Albania
  2. Azerbaijan
  3. Burkina Faso
  4. Bosnia-Herzegovina
  5. Chad
  6. The Gambia
  7. Guinea
  8. Guinea-Bissau
  9. Ivory Coast
  10. Kazakhstan
  11. Kosovo
  12. Kyrgyzstan
  13. Lubnan
  14. Mali
  15. Niger
  16. Nigeria
  17. Senegal
  18. Sierra Leone
  19. Tajikistan
  20. Turkey
  21. Turkmenistan
  22. Uzbekistan

Negara Majoriti Muslim Neutral

Di negara majoriti Muslim yang neutral, penduduknya membentuk populasi orang Islam sebagai penduduk majoriti tetapi sistem pemerintahan negara mereka memberi kebebasan beragama sepenuhnya dan agama Islam dianggap setara dengan agama lain.

Walaupun negara ini diperintah orang Islam tetapi tiada sebarang keistimewaa kepada agama Islam mahu pun agama lain di dalam perlembagaan atau undang-undang dasar mereka. Mereka tidak ada pendirian yang jelas tentang pengiktirafan terhadap agama dalam sistem pentadbiran. Tetapi merupakan negara yang memberikan kebebasan untuk beragama. Negara itu adalah

  1. Republik Indonesia – yang merupakan negara dengan populasi penduduk Muslim paling besar di dunia.
  2. Republik Arab Syria – Tidak dikenal pasti pendiriannya tentang amalan beragama.

Kadangkala Indonesia juga dirujuk sebagai negara republik demokratik yang mengamalkan sekular namun melalui prinsip pancasila nya, Indonesia menggalakkan rakyatnya supaya mempercayai kepada “Tuhan Yang Satu”.

Dalam pada itu, Indonesia memberi kebebasan kepada organisasi Islam beroperasi sebagai gerakan politik mahu pun kebajikan dan pendidikan di Indonesia. Provinsi Aceh merupakan sebuah provinsi yang diberikan kedudukan autonomi khas untuk pemerintah tempatan Aceh mengurus pentadbiran mengikut perundangan Syariah. Selebihnya, Muslim di Indonesia sesetengahnya terdedah kepada budaya pluralisasi.

Kesultanan

  1. Kesultanan Brunei – Merupakan Kesultanan Mutlak di Asia Tenggara di mana segala urusan kerajaan adalah di bawah kuasa Sultan
  2. Kesultanan Yogyakarta  – Kesultanan ini sebahagian daripada provinsi Indonesia yang berstatus Daerah Istimewa Yogyakarta. Sultan juga merupakan gabenor provinsi itu.
  3. Malaysia – Sebagai sebuah persekutuan, Malaysia mempunyai tujuh dari sembilan penguasa negara-negara Melayu yang bergelar Sultan :
  • Kesultanan Johor
  • Kesultanan Kedah
  • Kesultanan Kelantan
  • Kesultanan Pahang
  • Kesultanan Perak
  • Kesultanan Selangor
  • Kesultanan Terengganu

Selain dari itu monarki Melayu yang lain merupakan Raja (Perlis) dan Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan), negeri yang tiada Raja/Sultan akan diwakili oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi umumnya kuasa pentadbiran adalah milik Ketua Menteri.

Ketua negara digelar Yang di-Pertuan Agong, merupakan salah seorang daripada tujuh Sultan yang akan menjawat secara bergilir (dipilih bila perlu) selama lima tahun. Kuasa politik bagaimanapun terletak pada perdana menteri.

  1. Kesultanan Oman – Sebuah negara Arab, sebelumnya dikenali sebagai kesultanan Muscat dan Oman

Di beberapa bahagian di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, masih ada sultan regional atau kaum kerabat yang merupakan keturunan sultan dan diraja terdahulu, mereka biasanya bergerak di atas nama Pertubuhan Dinasti.

Namun tanpa mengira apa jua sistem pentadbiran dan mazhab yang diamalkan, negara-negara Islam ini masih berada di bawah satu gagasan Organisation Of Islamic Cooperations (OIC) . tapi perbezaan ideologi dan sistem ini juga menjadi satu masalah apabila negara-negara ini sering gagal mencapai kata sepakat dalam sesetengah isu.

Jumlah keanggotaan setakat 2018 adalah sebanyak 57 negara dengan 47 dari nya merupakan negara majoriti Muslim, selebihnya adalah negara anggota PBB dan negara pemerhati seperti Thailand dan Indiais. 47 adalah negara republik dan 10 adalah negara monarki.

Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.