Perlumbaan untuk mencapai tahap komputer paling laju atau super-komputer kini menerima kehadiran pendatang baru daripada Jepun bernama Fugaku.
Sebelum ini saya pernah menulis tentang super-komputer yang digunakan untuk menjalankan beribu-ribu simulasi untuk menganalisis sebatian dadah yang mungkin dapat menghentikan COVID-19.
Kuasa pengkomputeran besar-besaran ini memberikan mereka keupayaan untuk memproses maklumat pada kadar eksponen, yang tidak mungkin dapat dilakukan dengan komputer biasa.
Daripada senarai 500 super komputer terhebat, berikut adalah senarai 10 teratas:
1. Fugaku — HPL 415.5 petaflops, RIKEN Center for Computational Science di Kobe, Japan
2. Summit — 148.8 petaflops, Oak Ridge National Laboratory di Tennessee, USA
3. Sierra — 94.6 petaflops, Lawrence Livermore National Laboratory di California, USA
4. Sunway TaihuLight — 93.0 petaflops, China’s National Research Center of Parallel Computer Engineering & Technology.
5. Tianhe-2A (Milky Way-2A) — 61.4 petaflops, China’s National University of Defense Technology.
6. HPC5–35.5 petaflops, dibina oleh Dell dan dipasang oleh firma tenaga dari Itali – Eni S.p.A, menjadikannya super-komputer paling pantas di Eropah.
7. Selene — 27.58 petaflops, dipasang di NVIDIA in the U.S
8. Frontera — 23.50 petaflops, Texas Advanced Computing Center, U.S
9. Marconi-100–21.60 petaflops, Pusat Kajian CINECA, Italy
10. Piz Daint —19.6 petaflops, Swiss National Supercomputing Centre di Lugano, Switzerland
Untuk seluruh senarai super-komputer paling berkuasa, China mendominasi senarai TOP500 dengan 226 Super-komputer.
Amerika Syarikat di tangga kedua dengan 114 super-komputer.
Jepun pula berada di tangga ketiga dengan 30 super-komputer.
Perancis & Jerman mengekori dengan 18 dan 16 super-komputer.
Walaupun Amerika Syarikat berada kedua dalam senarai, walaubagaimanapun ia tinggi daripada China dari sudut prestasi dengan agregat sebanyak 644 petaflops berbanding China yang mencatatkan 565 petaflops. Jepun mencatatkan 530 petaflops.
Fugaku yang berpangkalan di Pusat RIKEN untuk Sains Komputeran di Kobe, Jepun, Fugaku memulakan operasi pada awal bulan lepas. Senarai kedudukan sistem superpengkomputeran adalah dikira berdasarkan metrik yang dipanggil Linpack Berprestasi Tinggi (HPL – High Performance Linpack) dan Fugaku mencatatkan HPL sebanyak 415.5 petaflops.
Fugaku menjalankan 158,976 CPU secara individual, berdasarkan Fujitsu 48-Core A64FX sistem-pada -cip (system-on-a-chip) menjadikannya super-komputer nombor satu yang dibuat berdasarkan senibina ARM.
Fugaku mungkin tidak dapat duduk di takhta dengan lebih daripada satu tahun kerana Intel dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat bersedia dengan pelancaran Aurora, dengan kelajuan 1 Exaflops.
Manakala Cray dan AMD pula bersedia dengan pelancaran Frontier pada tahun depan, dengan kelajuan 1.5 Exaflops.
RUJUKAN:
Japan Captures TOP500 Crown with Arm-Powered Supercomputer. https://www.top500.org/
US Department of Energy and Intel to Deliver First Exascale Supercomputer. https://
AMD EPYC CPUs, AMD Radeon Instinct GPUs and ROCm Open Source Software to Power World’s Fastest Supercomputer at Oak Ridge National Laboratory.https://www.amd.com/en/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih