Cuba korang dengar orang Malta bercakap, dia punya bahasa tu sebijik macam bahasa Arab. Nampak pelik sebab muka deme pun dah serupa orang Eropah dan negara Malta terletak agak jauh daripada rantau Arab. Jadi amat mustahil sebenarnya untuk orang Malta bercakap serupa orang Arab.

Persoalannya kenapa bahasa Malta kedengaran sama macam bahasa Arab?

Pada asalnya di Malta tak ada bahasa yang tetap pun. Sebab sebelum mereka dipengaruhi Arab, bahasa mereka bertukar-tukar berdasarkan empayar yang menguasai Malta. Mula-mula orang Malta mengunakan bahasa Punic yang berada dalam keluarga semitik sebagai bahasa utama.

Apabila Rom dan Byzantine datang menakluk, orang Malta cuba mengadaptasi bahasa Yunani dalam kehidupan mereka. Jadi macam mana boleh swing teruk sampai berbunyi seperti bahasa Arab?

Semuanya apabila tentera Muslim daripada Afrika Utara telah menyerbu masuk ke Sicily pada tahun 700. Tapi sayangnya serangan itu tidak menjadi dan tentera Muslim terpaksa berundur. Tentera Muslim datang lagi kali pada tahun 827 dengan misi untuk menakluk seluruh Sicily. Dalam masa 3 tahun ibu kota Sicily iaitu Palermo telah ditakluk oleh Tentera Muslim.

Setelah berjaya menakluk keseluruhan Sicily, pihak Muslim mula menggerakkan tentera untuk menyerang pulau-pulau berdekatan seperti Malta. Menjelang tahun 870, Malta telah berjaya ditakluk sepenuhnya oleh tentera Muslim.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sama sebagaimana Sepanyol dan Sicily, penaklukan tentera Muslim telah mengubah segala-galanya di Malta. Bermula dari agama, bahasa dan seni bina, semuanya dipengaruhi oleh Arab-Islam. Setelah 220 tahun Muslim berjaya menguasai Malta, orang Norman telah menakluk pulau itu lantas menamatkan penguasaan Muslim pada tahun 1091. 

Dengan pantas, populasi Kristian mula memenuhi Malta sama sebagaimana Sepanyol dan Sicily. Tapi bezanya adalah budaya dan bahasa Arab telah hilang sepenuh di kedua-dua kawasan. Malta ni pelik sikit sebab rakyatnya masih lagi bertutur dalam bahasa Arab selepas penaklukan Norman. Malah komuniti Arab-Islam dan Kristian elok je hidup bersama.

Menjelang tahun 1246, kesemua orang Arab-Islam telah diusir daripada Malta. Secara tak langsung, bahasa Arab menjadi statik kerana penutur asalnya telah tiada. Secara perlahan-lahan bahasa Arab di Malta mula bercampur baur dengan bahasa latin. 

Kemasukan buruh daripada Italy juga membuatkan kosa kata bahasa Italy diserap masuk ke dalam bahasa Arab. Ketika itu huruf hijaiyah dan huruf rumi telah digabungkan bagi membentuk sistem tulisan bahasa Malta.

Akhirnya kehadiran British pada era 1800an telah mengubah bahasa Arab di Malta menjadi bahasa yang sangat berbeza. Bahasa yang dipengaruhi oleh Arab, Italy dan Inggeris akhirnya menjadi bahasa Malta. Apa-apapun, bahasa Malta masih lagi dianggap berada dalam keluarga semitik sama macam bahasa Arab dan bahasa Ibrani. Tambah menarik lagi, bahasa Malta boleh diibaratkan seperti bahasa Arab yang ditulis dengan abjad rumi.

Pengaruh bahasa Arab masih lagi kelihatan dalam bahasa Malta moden seperti Randan yang dikatakan berakar umbi daripada perkataan Ramadhan. Buat pengetahuan semua, Randan merujuk kepada istilah berpuasa bagi penganut Kristian di Malta. Bukan setakat tu je, bahasa Arab dianggap sebagai asas bahasa Malta. Sebab segala nahu dan tatabahasa Arab digunakan oleh bahasa Malta.

Kesimpulannya, Malta adalah bukti betapa majmuknya budaya Eropah dan Timur Tengah. Walaupun pemerintahan Arab-Islam sudah lama berakhir di sana tetapi warisan melalui bahasa Malta kekal utuh. Lepas ni kalau korang nak berbulan madu ke Malta dan terdengar deme bercakap serupa bahasa Arab, jangan sesekali terkejut. 

RUJUKAN

Brincat, M. (2022, Mei 7). Maltese, a language so unique in Europe. Orien XII. Dipetik daripada https://orientxxi.info/magazine/maltese-a-language-so-unique-in-europe,5590

Grima, F. (2019, Ogos 25). It happened this month: The Arab conquest of Malta in 870. Times Malta. Dipetik daripada https://timesofmalta.com/articles/view/it-happened-this-month-the-arab-conquest-of-malta-in-870.730621

Rousseau, B. (2016, Julai 1). How do you say ‘eelcome to Europe’ in Maltese? Check an Arabic dictionary. The New York Times. Dipetik daripada https://www.nytimes.com/2016/07/02/world/what-in-the-world/maltese-european-union-arabic-language.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply