Apabila bercakap tentang negara mana yang paling korup di Asia Tenggara, pasti ramai daripada kita dengan begitu bangganya mengatakan Malaysia tersangat korup. Alasan yang sering diberikan adalah pemimpin makan rasuah, kroni, dan subcon sampaikan nak lepas daripada roadblock pun kita sanggup bagi duit kopi. Senang cerita korup ini tradisi kita kerana semenjak kecil kita telah didedahkan dengan korupsi.
Walau bagaimanapun segala tanggapan buruk kita terhadap negara sendiri sebenarnya adalah sama sekali. Hal ini demikian kerana menurut indeks daripada Transparency International, Malaysia berada pada ranking ke-62 dengan mengutip 48 mata. Kedudukan itu sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling kurang korup di Asia Tenggara. Manakala tempat pertama menjadi milik Singapore.
Tapi masalahnya, kenapa ranking Malaysia lebih tinggi berbanding China, Hungary dan Bahrain? Padahal kita merasakan situasi korupsi di Malaysia sudah sangat teruk. Malah ada yang beranggapan Malaysia bakal mengikut jejak langkah Venezuela, Zimbabwe dan Sri Lanka.
Sebenarnya ranking dalam Transparency International dikira berdasarkan indeks persepsi rasuah melibatkan sektor awam di 180 buah negara. Jadi boleh dikatakan Korea Selatan dan chaebol terselamat walaupun K-Drama banyak memaparkan bahawa negara mereka tersangatlah korup. Dari situ Transparency International akan berikan mata bermula dari 0 sehingga 100 kepada 180 negara. Bagi negara yang miliki mata paling sedikit, masalah korupsi adalah teruk. Kalau jumlah mata tinggi, negara itu kurang rasuah pula.
Macam mana pula dengan Malaysia? Menurut Transparency International, sejumlah 50 mata paling minimum diperlukan sebagai tanda masalah korupsi di sesebuah negara tidak kritikal. Malaysia memperoleh 48 mata iaitu dibawah 50 mata. Apa maksudnya? Masalah korup sudah mula membarah di negara kita.
Apa-apapun jangan risau, ada negara di Asia Tenggara yang lebih korup berbanding Malaysia. Antaranya adalah Kemboja yang menduduki ranking ke 144 dunia dengan hanya memperoleh 27 mata sahaja. Ranking itu menjadikan Kemboja menjadi negara Asia Tenggara paling korup sekali. Tapi macam tak pernah dengar pula berita tentang masalah korupsi Kemboja menghiasi laporan media antarabangsa. Malah Indonesia yang digembar-gemburkan menjadi pilihan utama pelabur seperti Tesla turut berada di kedudukan lebih rendah berbanding Malaysia. Buktinya Indonesia menduduki ranking ke 98 dengan hanya memiliki 38 mata.
Persoalannya teruk sangat ke rasuah dan korupsi di Malaysia ni?
Biarpun ramai beranggapan budaya rasuah sudah menjadi darah daging kita, sebenarnya korupsi di Malaysia tidaklah seteruk yang disangka. Ya memang benar sektor awam kita sering digemparkan dengan korupsi. Malah agensi yang diharap mampu membersihkan Malaysia daripada rasuah juga turut terpalit dengan korupsi.
Tapi kalau teruk nak mendakwa kita ini memang gemar mengamalkan rasuah, itu memang terlalu melampau. Ini kerana sudah banyak usaha yang dilakukan untuk memerangi rasuah tetapi sekarang ini cuma tinggal diri kita sahaja. Tindakan kecil kita yang menolak rasuah pada peringkat paling rendah boleh memberi kesan baik kepada negara.
Jika kita semua berani mengubah budaya mengampu sejak zaman sekolah, nescaya masalah rasuah di peringkat nasional akan berkurang. Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat.
Apa-apapun susah bersangka buruk dengan negara sendiri kerana busuk-busuk harimau malaya, orang kita juga. Bersyukurlah kerana Malaysia masih lagi jadi negara kedua paling bersih rasuah di Asia Tenggara. Jika anda meletakkan Singapura sebagai penanda aras, sudah sediakah kita semua menjadi Singapura dalam segala aspek?
Tepuk dada, tanya diri sendiri pernah tak guna kabel untuk dapatkan kerja dan bayar duit kopi untuk elak kena saman?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih