“Ya Allah, jadikanlah mereka teman-teman rapatku di dalam syurga.”
Doa sebegini yang dipohon Rasulullah s.a.w merupakan berita gembira kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dan doa ini ditujukan kepada keluarga seorang sahabat baginda bernama Nasibah binti Kaab r.a. Tetapi bagaimana keluarga sahabat berketurunan Ansar ini berjaya mendapat anugerah terindah sebegitu rupa? Semua ini bermula semasa Pert3mpuran Uhud.
Nasibah atau nama sebenarnya Nasibah binti Kaab bin Umar bin Auf al-Khazraji merupakan wanita pertama dari kaum Ansar yang menyatakan ikrar kepada Rasulullah s.a.w untuk memeluk Islam semasa Baiatul Aqabah Kedua. Baiah 75 orang warga Yathrib itu turut disaksikan oleh bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Mutalib.
Dalam baiah itu, Nasibah turut disertai oleh suaminya Zaid bin Asyim dan dua putera mereka iaitu Abdullah dan Habib. Bagaimanapun, Zaid kemudian kembali ke hadrat Ilahi tidak berapa lama selepas itu. Setelah beberapa lama, beliau disunting oleh salah seorang anggota kerabat Zaid iaitu Ghaziah sebagai teman hidupnya.
Bagi yang mengikuti naratif siri pep3rangan yang disertai Rasulullah s.a.w, semua sedia maklum perjalanan Pert3mpuran Uhud. Pada awalnya, umat Islam memenangi bahagian awal pert3mpuran dengan pihak musuh dipaksa mundur.
Tetapi sikap pasukan pemanah yang meninggalkan kedudukan mereka walaupun sudah dipesan oleh baginda kerana mengejar harta r4mpasan pert3mpuran(ghanimah) yang ditinggalkan pihak mvsuh akhirnya memakan diri. Pasukan berkuda pihak musyrik yang diketuai Khalid al-Walid segera melancarkan s3rangan balas sehingga mengucar-kacirkan kedudukan t3ntera Islam.
Menerusi s3rangan balas ini, ini menyebabkan kedudukan Nabi s.a.w dalam keadaan bahaya. Ini mendorong beberapa orang sahabat mengelilingi baginda dan melindunginya daripada serangan pihak musuh. Salah seorang yang melindungi baginda ialah Nasibah sendiri.
Pada awalnya, beliau berperanan sebagai jururawat yang membantu t3ntera-t3ntera yang cedera dan memberi air kepada mereka yang kehausan. Tetapi apabila mendengar berita bahawa Rasulullah s.a.w berada dalam bahaya, beliau segera melengkapkan dirinya dengan s3njata dan segera membantu di medan p3rang.
Selain Nasibah, puteranya iaitu Abdullah turut membantu walaupun mengalami keced3raan yang teruk. Bukan sedikit luka yang dialaminya dengan beberapa riwayat mengatakan Nasibah mengalami 12 lvka tik4man. Berikutan bantuan yang dihulurkan mereka inilah yang kemudiannya membawa kepada doa baginda seperti dinyatakan di atas. Mendengar doa baginda itu, beliau membalas, “Aku telah meninggalkan urusan dunia.”
Dalam sejarah Islam, Nasibah juga disebut-sebut sebagai seorang wanita yang memiliki kesabaran luar biasa dan selalu mendahulukan kepentingan orang lain. Apabila puteranya Abdullah gugur sy4hid dalam satu pert3mpuran, beliau menerimanya dengan penuh keyakinan bahwa puteranya telah mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah s.w.t.
Nasibah bukan saja menerima berita kem4tian puteranya itu dengan tabah tetapi juga dengan rasa bangga. Selain Pert3mpuran Uhud, Nasibah sekeluarga turut menyertai kempen lain seperti Khandak, Khaibar dan Perjanjian Hudaibiyah.
Selain dikenali dengan kesabaran dan ketabahannya di medan p3rang, Nasibah juga merupakan seorang wanita yang pintar. Pada satu ketika, beliau mengutarakan satu soalan kepada Rasulullah s.a.w, “Aku tidak pernah melihat segala sesuatu kecuali yang hanya diperuntukkan kepada lelaki saja. Sementara hak kaum wanita sama sekali tak dianggap penting.”
Mendengar soalan itu, baginda menjawab dengan memetik ayat 35, Surah al-Ahzab mafhumnya, “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Pada tahun-tahun terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w, baginda diuji dengan kemunculan nabi-nabi palsu yang berpotensi meng4ncam kedudukan kerajaan Islam Madinah. Salah seorang daripada mereka ialah Musailamah al-Kazzab di Yamamah. Motif pengisytiharan dirinya sebagai nabi dan rasul palsu itu bertujuan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Bani Hanifah dan menunjukkan mereka lebih hebat daripada kaum Quraisy (bangsa Nabi Muhammad s.a.w).
Malah, Musailamah turut menghantar sepucuk surat kepada baginda dan membuat permohonan agar bumi ini dikongsi sama rata antara mereka. Nabi s.a.w kemudian menghantar surat lain untuk membalas surat nabi palsu itu dan tugas menghantar surat diserahkan kepada putera Nasibah, Habib bin Zaid.
Selepas surat tersebut diserahkan kepada Musailamah, merah padam mukanya apabila baginda mengecam kedudukannya sebagai nabi palsu dan mengingatkan dirinya agar takut kepada Allah s.w.t. Dia kemudiannya meluru ke arah Habib dan menggesanya bersaksi bahawa dia juga nabi dan rasul. Tetapi bila mendengar permintaan Musailamah, putera Nasibah itu hanya ketawa terbahak-bahak sebelum seraya berkata, “Apa kau kata? Aku tidak dengarlah…”
Mendengar jawapan utusan Nabi s.a.w itu, Musailamah mengarahkan salah satu daripada tangannya dip0t0ng. Setelah itu, soalan yang sama diajukan dan responnya sama sahaja, “Apa kau kata? Aku tidak dengarlah…” Tangan dan kaki Habib terus dip0t0ng sebelum akhirnya beliau sy4hid kerana tidak tunduk kepada kehendak nabi palsu itu.
Apabila berita kesy4hidan Habib sampai ke Madinah, Nasibah hanya mampu menitiskan air mata dan merasa bangga kerana puteranya telah mengikut jejak langkah abangnya, Abdullah sebagai syuh4da. Tetapi pada masa sama, beliau juga mahukan agar nasib umat Islam di Yamamah terutama puteranya itu dibela. Hasrat itu menjadi kenyataan apabila Abu Bakar as-Siddiq r.a dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 632 Masihi.
Salah satu tugas pertama Abu Bakar ialah menghapuskan gerakan nabi palsu, golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Sekiranya kelompok ini dibiarkan berleluasa, ia bukan saja memberi imej negatif kepada Islam tetapi berpotensi menjejaskan keselamatan Madinah.
Atas sebab itulah, gerakan Harb Ar-Riddah dilancarkan dengan saki-baki pengikut nabi palsu ini dip3rangi habis-habisan dengan ketua komander operasi lapangan tidak lain tidak bukan ‘Saifullah’ Khalid al-Walid. Selepas berjaya menewaskan Thulaihah bin Khuwailid al-Azdi dan Malik bin Nuwairah, perhatian Khalid kini beralih kepada Musailamah sendiri di Yamamah.
Dan kali ini, siapa sangka wanita berhati besi yang melindungi Rasulullah s.a.w semasa di Uhud turut menyertai kempen di Yamamah. Di sebalik usianya yang lanjut tetapi semangatnya untuk terus membela agama terus membara.
Angkatan Khalid menyertai pasukan Ikrimah bin Abi Jahal dan Shurahbil bin Hasanah r.a. lalu membentuk kekuatan ketumbukan seramai 13,000 orang melawan kekuatan pihak musuh seramai 40,000 orang. Musailamah berasa yakin kemenangan bakal digapainya berikutan kejayaan pasukannya menewaskan angkatan Ikrimah dan Shurahbil dalam pertempuran sebelumnya.
Tetapi Musailamah terlupa, angkatan ini bukan saja didorong oleh rasa amarah atas apa yang dilakukannya terhadap agama tetapi disokong oleh kelebihan strategi yang dirancang oleh Khalid. Dalam Pert3mpuran Yamamah, 21,000 t3ntera Musailamah m4ti dibvnvh dengan seribu t3ntera Islam termasuk 70 penghafaz al-Quran gugur sy4hid.
Musailamah merupakan antara yang terbvnvh apabila terkena balingan lembing yang dibaling seorang sahabat bernama Wahsyi bin Harb r.a sebelum kepalanya dip3nggal oleh seorang lagi sahabat bernama Abu Dujana. Dengan kem4tian nabi palsu itu, ia bukan saja menamatkan ancaman golongan murtad dan nabi palsu tetapi pada masa sama, umat Islam dapat menuntut bela kem4tian Habib.
RUJUKAN:
- Akhmad, Chairul. (2012). Kisah Sahabat Nabi: Nusaibah binti Ka’ab, Perisai Rasulullah. Republika. https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/01/06/lxdhg0-kisah-sahabat-nabi-nusaibah-binti-kaab-perisai-rasulullah
- Republika. (2015). Nasibah binti Ka’ab, Pemuka Muslimah Anshar. https://www.republika.co.id/berita/koran/news-update/15/06/29/nqowka19-nasibah-binti-kaab-pemuka-muslimah-anshar
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih