Sekurang-kurangnya 1 juta orang Yahudi m.ati dalam peristiwa ini dek pep.erang.an, kebuluran dan wabak penyakit. Orang Yahudi dit.indas, diz.alimi, dikerjakan dengan bentuk penin.dasa.n yang anda tak akan pernah saksikan dalam sejarah dunia berlaku pada bangsa lain.
Sebenarnya sepanjang Yahudi berada dibawah Baitulmaqdis, hubungan antara orang Yahudi dan Yunani mana pernah ngam. Provokasi sentiasa berlaku antara dua belah pihak. Tapi kemuncak provokasi ialah bila orang Yunani menghina synagogue milik orang Yahudi.
Orang Yahudi cuba menuntut keadilan dengan gabenor Rom yang mentadbir wilayah mereka iaitu Gessius Florus bagi menuntut keadilan. Siap dir.asuah kepada gabenor ni, tapi dia amik r.asuah, dan tak buat kerja pengadilan. Lagilah orang Yahudi naik amuk dengan double standard yang diamalkan oleh Rom.
Ini bukan sesuatu yang menghairankan betapa sebenarnya dibawah pemerintahan Rom, bangsa Yahudi sentiasa ditindas. Pernah Maharaja Nero menuduh orang Yahudi menjadi punca keb.akar.an salah sebuah kota Rom, lantas dib.unu.h Yahudi beramai-ramai tanpa ada setitik bukti pun.
Kebiasannya ketika itu, orang Yahudi akan dile.mpar.kan ke dalam ka.nda.ng haiwan-haiwan buas untuk dih.uku.m ataupun sebagai sukan. Jadi, tak hairanlah kenapa tekanan demi tekanan ini buatkan orang Yahudi semakin marah dan nak memb.eron.tak.
Beza betul kan layanan bangsa asing ke atas mereka berbanding orang Islam? Siap ketika mereka dibawah pemerintahan Umaiyyah di Andalusia, umat Islam di Sepanyol, zaman keemasaan kebudayaan intelektual Yahudi tercetus kerana keamanan dan layanan baik umat Islam!
Ketika Ferdinand menghalau orang Yahudi keluar dari bumi Sepanyol, yang menyelamatkan mereka dari buangan ialah Uthmaniyah itu sendiri. Itu yang Sultan Beyazid II buat. Umat Islam tak paksa Yahudi tukar agama, tak zalim, asal mereka tak melampau batas.
Siap Sultan Beyazid II umumkan:
“Beraninya kalian memanggil Ferdinand sebagai penguasa yang bijak, dia telah memiskinkan negerinya sendiri dan memindahkan kekayaan kepada negaraku!” — Sultan Bayezid II, 1429.
Berbalik kepada kisah, orang Yahudi ambil keputusan untuk tidak memberi lagi k.orban kepada Nero, membuatkan tentera Rom berarak menuntut k.orban yang berupa wang. Ini berakhir dengan konflik yang korbankan 3,600 Yahudi.
Rom juga menjarah kedai-kedai, menc.erobo.h kediaman Yahudi dan menangkap ketua-ketua kaum Yahudi. Ketua-ketua Yahudi ini disebat dan disalib di khalayak ramai. Haikal Agung dir.omp.ak segala harta benda.
Perbuatan Rom ini buatkan orang Yahudi menjadi semakin marah. Maka jumlah pemb.eronta.k menjadi semakin banyak, yang berakhir dengan akhirnya tentera Rom dihalau dari setiap kota Yahudi yang ada di Palestine. Buat pertama kalinya, orang Yahudi menang lawan pen.indasa.n Rom.
Mereka m.enyera.ng hendap, me.rampa.s senjata, malahan menubuhkan pentadbiran baru. Maharaja Nero yang memerhati apa yang berlaku tak boleh duduk diam, lantas menghantar ketumbukan baru yang diketuai oleh Vespasian dan anaknya Titus.
Sementara itu, betapa di wilayah lain Rom, apabila khabar kemenangan Yahudi dan pemb.eront.akan.nya, genosid yang sangat tragis berlaku ke atas Yahudi. Di merata tempat di bawah empayar Rom, orang Yahudi dib.u.nu.h tanpa belas kasihan.
Pemb.nuhan Yahudi di Alexandria sahaja mencapai angka 50,000 orang. Mayat-mayat Yahudi bergelimpangan di seluruh empayar. Di Damascus, 10,000 Yahudi dihimpunkan di Stadium dan dibu.nu.h semuanya. Orang Yunani membu.nu.h 20, 000 orang Yahudi di Caesarea Maritima.
Sementara itu, ketumbukan tentera yang dibawa oleh Vespasian dan anaknya Titus berjaya menundukkan pemb.erontakan demi pemb.eront.akan yang digerakkan oleh Yahudi, namun sesuatu berlaku di Rom. P.eran.g saudara telah berlaku menyebabkan dia terpaksa pulang, selesaikan p.eran.g saudara.
Masa yang ada digunakan sebaik mungkin oleh Yahudi untuk kukuhkan pertahanan mereka di Baitulmaqdis. Senjata yang mereka kutip, membawa masuk pelarian ke dalam kota, mengukuh benteng kota, semua dibuat sehinggalah nanti bala baru dari Rom akan tiba.
Tapi Bangsa Yahudi yang berlindung di Baitul Maqdis pula terlibat dalam konflik lain. P.eran.g saudara antara puak pelampau semakin memuncak. Dan akibatnya, Bekalan makanan yang sepatutnya membolehkan mereka bertahan bertahun-tahun pengepungan Rom telah musnah dalam p.eran.g saudara.
Konflik perebutan takhta di Rom akhirnya diselesaikan apabila Vespian ditabalkan sebagai Maharaja, Titus anaknya dikirimkan bersama Tiberius Julius Alexander, bekas Gabenor Judea, Tiberius Julius Alexander tahu selok-belok Palestin dan sangat mahir dengan p.erangai orang Yahudi.
Strategi Vespasian sebelum ini yang membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitul Maqdis, tetapi tidak membenarkan mereka meninggalkan kota suci itu ternyata berkesan apabila masing-masing bertelagah sesama sendiri untuk bersaing berebut kuasa, makanan dan tempat kediaman.
Keadaan kucar-kacir dalam Baitul Maqdis yang ditimbulkan p.era.ng saudara Yahudi memberikan kelebihan kepada Titus. Namun begitu, tembok Kota Baitul Maqdis terlalu ampuh untuk dimusnahkan.
60, 000 tentera Rom dah bersedia untuk memb.anta.i Yahudi. Tentera-tentera Yahudi yang berkampung dalam Kota Baitumaqdis hanya lebih kurang 24,000 orang sahaja dengan terpaksa menjaga lebih 600, 000 nyawa yang merupakan pelarian.
Dipendekkan cerita, kepungan Rom ke atas Baitulmaqdis berakhir dengan tragedi. Dek kepungan berbulan-bulan, dan makanan yang kehabisan kerana dib.aka.r oleh p.eran.g saudara sebelum ini, penghuni Yahudi dalam kota jadi kebuluran dan kelaparan.
Penduduknya mengalami kebuluran yang sangat teruk sehinggakan mereka terpaksa makan haiwan peliharaan kesayangan mereka dan merebus jerami untuk makan.
Seorang wanita Yahudi bernama Mary dicatatkan makanannya dihabiskan oleh tentera pemb.eront.ak, Mary bertindak meny.embe.lih anaknya sendiri yang masih menyusu, masak dan makan separuh an.ak.nya.
Antara taktik pep.erang.an yang digunakan untuk mengalahkan Yahudi ialah membina satu lagi tembok mengitari tembok kukuh Yahudi. Kiranya mengepung penduduk Yahudi di dalam kota dengan satu lagi tembok.
Akhirnya selepas pertempuran yang maha dasyat, Baitulmaqdis akhirnya berjaya dit.awa.n oleh tentera Rom. Kemusnahan yang bakal kita saksikan sangatlah menyayat hati. Haikal Sulaiman, tembok, kota-kota diba.ka.r oleh tentera Rom.
Dikatakan lebih 97, 000 orang Yahudi dipaksa menjadi Gladiator, selebihnya dijual sebagai hamba bagi mereka yang berusia bawah 17 tahun. Baitulmaqdis pula mengambil masa yang sangat lama untuk bangkit semula.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih