RMS Carpathia mulanya hanya sebuah kapal penumpang dan kargo yang biasa. Namun, nama kapal ini melonjak naik selepas berjaya menyelamatkan 710 penumpang Titanic dan membawa m4ngs4 ke New York.
RMS Carpathia dibina di limbungan kapal C.S Swan & Hunter di Newcastle untuk syarikat Cunard yang merupakan pesaing kepada syarikat Titanic. Kapal ini kemudian siap dibina pada 6 Ogos 1902.
Kemudahan kapal ini boleh dikatakan selesa untuk penumpang kedua dan ketiga yang mana lazimnya pada ketika itu, fasiliti untuk kedua-dua kelas penumpang ini hanya biasa-biasa sahaja. Ruang makannya diwarnakan dengan warna krim keemasan dan diisi dengan perabot yang diperbuat dari mahagoni. Seperti kapal-kapal lain, kapal ini juga turut disediakan bilik merokok, perpustakaan, tempat simpanan wang dan sebagainya.
Pada mulanya, kapal ini tidak menyediakan kemudahan untuk penumpang kelas pertama. Namun, memandangkan tidak banyak kapal yang menyediakan kemudahan serupa, kapal ini telah dinaiktaraf dan ruang untuk penumpang kelas pertama akhirnya dibina dan seterusnya menjadi kapal pilihan buat para imigran dan kelas pertengahan.
Pada musim panas, Carpathia akan berlayar dari Southampton, England ke New York sebagai laluan utama manakala pada musim sejuk, Carpathia akan berlayar menuju perairan Mediterranean.
Pada 11 April 1912, RMS Carpathia bergerak dari New York menuju ke Fiueme, Austria-Hungary dengan membawa sejumlah penumpang. Antara penumpang tersebut ialah pelukis Amerika Colin Campbell Hooper dan arkitek dari Pittsburgh Charles M Hutchinson. Pada ketika itu, pelayaran RMS Carpathia diketuai oleh Kapten Arthur Henry Rostron.
Pada malam 10 April, Operator Radio Carpathia, Harold Cottam terlepas beberapa mesej dari Titanic kerana sedang bersiar-siar di ruang pengemudi kapal. Sebelum tidur, beliau mendengar mesej-mesej yang diterima dari Cape Cod kepada Titanic.
Pada jam 12.11 tengah malam, Cottam menghantar mesej kepada Titanic bahawa Carpathia sedang menerima mesej dari Cape Cod. Namun, pihak Titanic membalas mesej itu dengan mesej kecemasan dan menyatakan Titanic telah berlanggar dengan aisberg.
Cottam memberikan mesej tersebut kepada kapten dan kapten mengarahkan kapal untuk berpatah balik, pada masa yang sama kapten menyuruh Cottam menyiasat sama ada benar atau tidak mesej itu dari Titanic.
Kelajuan kapal Carpathia pada ketika itu terletak 58 batu dari lokasi Titanic menganggarkan mereka akan tiba ke lokasi Titanic dalam masa empat jam. Mereka akhirnya tiba di lokasi Titanic pada jam 4 pagi, satu jam setengah selepas Titanic tenggelam.
Dalam tempoh empat jam berikutnya, RMS Carpathia berjaya menyelamatkan 710 penumpang. Para penumpang diberi kopi panas dan selimut dan dibawa ke ruang makan. Kapten Rostron pula berbincang dengan Bruce Ismay sama ada hendak membawa kapal ke Azures ataupun Halifax. Mereka akhirnya bersepakat untuk menukar haluan kapal ke New York, destinasi asal bagi Titanic.
RMS Carpathia akhirnya tiba di New York pada petang Khamis 18 April 1912 dengan cuaca berada di dalam keadaan hujan. Bagi menghargai peng0rb4nan mereka, kru Carpathia telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormatan. Kapten Rostron juga turut dianugerahkan Pingat Kehormatan dari Raja George V dan Anugerah Emas Dewan Kongres Amerika.
Apabila p3r4ng meletus, RMS Carpathia telah dipindahkan ke Unit Ekspedisi Tentera Amerika ke Eropah. Kadangkala, RMS Carpathia juga terlibat di dalam beberapa konvoi seperti ke Halifax, Liverpool dan Glasgow.
Pada 15 Jun 1918, RMS Carpathia telah melakukan pelayaran konvoi dari Liverpool ke Boston dengan membawa 57 penumpang. Pada jam 9.15 pagi, RMS Carpathia telah dit0rp3d0 oleh kapal selam U-55 lalu karam.
Kapten yang bertugas, Kapten William Prothero, mengarahkan isyarat kecemasan dilancarkan untuk menarik perhatian kapal peronda yang berhampiran. HMS Snowdrop tiba ke lokasi dan berjaya menyelamatkan 218 penumpang dan kru dari 227 orang penumpang dan kru.
Pada 2000, seorang penyelam, Clive Cussler akhirnya berjaya menemui bangkai RMS Carpathia. Bangkai kapal itu kini terletak kira-kira 190 kilometer dari Fastnet, Ireland. Bangkai kapal itu juga kini dimiliki oleh Premier Exhibition.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih