Lagi kita belajar pasal politik global, lagi mudah untuk kita faham sebarang kemelut dihadapi negara. Dan Mesir mempunyai segala pengajaran boleh diberi perhatian. Kemenangan Mohamed Morsi dikatakan suatu peristiwa bersejarah. Tengok secara langsung memang tidak nampak. Tetapi andai kata kita kupas sejarah Mesir, baru jelas terbukti kesukaran di sebalik tabir. Pertama sekali, Mesir memang tidak suka Ikhwanul Muslimin. Tengok macam mana Gamal Abdel Nasser bahan secara terbuka:

Pemerintahan Nasser betul-betul kasar pada Ikhwanul Muslimin, siap menyiksa ahli kumpulan dalam penjara dan kem tahanan hingga ramai lari ke Arab Saudi (Commins, 2006). Hanya selepas zaman beliau barulah Ikhwanul Muslimin boleh bernafas. Secara perlahan, kumpulan ini bangkit menjadi suara pembangkang yang kuat mendesak pembaharuan Islam (Islamic reform).

Mereka nampak orang ramai makin membenci Hosni Mubarak. Jadi mereka terus bercakap “benda-benda baik” untuk mengekalkan populariti. Dan pada tahun 2011, impian Ikhwanul Muslimin tercapai. Dulu bukan main teruk kena tindas Nasser. Sekarang ahli mereka (Mohamed Morsi) masuk pejabat Nasser sebagai Presiden Mesir.

Morsi selepas menang.

Kejayaan ini takkan mungkin dibuat tanpa sistem demokrasi. Namun sistem demokrasi takkan lengkap dan sempurna, selagi mana blok kepimpinan terbahagi dua. Dan itu punca kejatuhan Morsi.

Singa dan Kancil

Satu saja masalah Mohamed Morsi dulu. Beliau bukan ahli tentera. Jadi beliau tiada pengaruh langsung dalam blok ketenteraan. Ini yang ada pada Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Atas kertas Morsi adalah penguasa paling tinggi negara. Walau bagaimanapun menangnya beliau mencetuskan rantaian “game of thrones” dalam pucuk kepimpinan Mesir. Terlalu lama ahli-ahli tentera berkuasa dalam politik Mesir, sampai datangnya “orang luar” (Morsi) mereka naik tanduk dan enggan patuh.

Anwar Sadat (kanan) bersama Hosni Mubarak (kiri)

Analoginya, golongan singa (tentera) enggan dengar cakap kancil (ahli politik) terutamanya si kancil yang baru dapat taring (Morsi). Semakin lama semakin bengang dengan pendirian Morsi. Ambil contoh pada 12 Ogos 2012, Morsi desak ketua-ketua tentera Mohamed Hussein Tantawi dan Sami Anan letak jawatan (BBC, 2012). Pada masa itu, singa tidak boleh bertindak kerana mereka tunggu taring Morsi patah dulu. Dan taring Morsi paling tajam adalah sokongan rakyat. Taring ini yang patah dulu.

Syak Menjadi Nyata

Kalau perasan, kepimpinan Islam selalu dipandang dengan stigma gila kuasa. Mungkin kerana ada kumpulan-kumpulan seperti T-liban di Afghanistan yang berkuasa mutlak. Ataupun ada puak-puak tertentu yang suara mereka tidak berlandaskan fikrah politik. Stigma ini sentiasa ada pada bahu Mohamed Morsi. Dan beliau sendiri menyebabkan orang ramai tiba-tiba percaya pada stigma tersebut.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Penyokong Morsi terdiri daripada golongan demokratik yang percaya pada had kuasa presiden. Mereka tidak mahu pemimpin seperti Hosni Mubarak yang menguasai bidang kehakiman. Pada 22 November 2012, Morsi menandatangani rang undang-undang yang meletak dirinya di atas undang-undang (Kirkpatrick, 2012). Dalam sekejap, Morsi berubah daripada “pemimpin zaman baru” kepada “pemimpin menjadi Firaun” (Birnbaum, 2012).

Dataran yang menaikkan Morsi dibanjiri orang anti-Morsi. (AP Photo/Hossam Diab, Egyptian army)

Taring ini patah saja puak singa terus mengatur langkah. Morsi menarik balik rang undang-undang ini pada 8 Disember. Kira dalam dua minggu saja orang marah. Namun bak kata pepatah: damage is done. Dan implikasinya kita nampak hari ini:

  • Morsi digulingkan pada 3 Julai 2013 dan hidup sengsara di sebalik tirai besi hingga ke hujung nyawa.
  • Mesir kembali ke “cara lama”: ketua tentera menguasai negara.
  • Hasrat demokrasi terus berkubur.

Semua boleh kata pakat terduduk. Habis mengamuk bagai nak rak jatuhkan Hosni Mubarak untuk dapatkan Abdel Fattah el-Sisi? Cerminan serba sama. Ternyata demokrasi ini bukan untuk semua, terutamanya negara-negara yang berpecah-belah.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

BBC. (2012, Ogos 12). Egypt leader Mursi orders army chief Tantawi to resign.

Birnbaum, M. (2012, November 22). Egypt’s president Morsi takes sweeping new powers. The Washington Post.

Commins, D. (2006). The Wahhabi Mission and Saudi Arabia.Tauris. Halaman 152.

Kirkpatrick, D. (2012, November 24). Morsi Urged To Retract Edict to Bypass Judges. The New York Times.

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply