Semua mengenali Tom Cruise sebagai bintang filem aksi terkenal menerusi francais Mission Impossiblenya dan keinginannya melakukan aksi lagak ngeri merbahaya. Cakaplah lagak ngeri mana, semua sudah masak dari memandu helikopter (Mission Impossible – Fallout) hinggalah memanjat bangunan Burj Khalifa (Mission Impossible – Ghost Protocol).
Dan kini dengan kerjasama NASA dan SpaceX, Cruise yang turut dikenali dengan filem The Firm dan Jerry Maguire bercadang membuat penggambaran sebuah filem di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Perkara ini disahkan seorang jurucakap NASA yang memberitahu pelakon Hollywood itu akan dibawa ke angkasa lepas dan berada di ISS, sebuah makmal berjumlah berbilion dolar yang berada pada ketinggian orbit 250 batu atas Bumi.
Beberapa filem pernah dibikin di situ termasuk sebuah filem dokumentari IMAX yang diterbitkan pada tahun 2002 dengan Cruise memainkan peranan sebagai suara latar. Manakala filem Apogee of Fear yang diterbitkan pada tahun 2012 ialah sebuah filem sains fiksyen angkasa lepas dengan penggambaran dibuat oleh usahawan dan pelancong angkasa lepas, Richard Garriot.
Tetapi jika idea filem aksi pengembaraan ini menjadi kenyataan, maka ini menjadikan bintang Interview with the Vampire itu sebagai pelakon pertama dunia yang mengharungi perjalanan ke angkasa lepas. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana atau bila beliau akan ke ISS atau berapa bilangan anggota krew yang akan mengikutnya.
Ketika ini, Rusia merupakan satu-satunya negara yang menawarkan perjalanan pergi dan balik ke ISS. Tetapi selama bertahun-tahun, SpaceX dan Boeing membangunkan kapal angkasa yang boleh kembali ke Amerika Syarikat. Malah, misi SpaceX yang membawa krew manusia iaitu CrewDragon bakal menyelesaikan misi pertama mereka ke ISS pada hujung bulan ini.
Tidak seperti program angkasa lepas yang dikendalikan NASA, NASA tidak akan memiliki atau mengoperasikan kapal-kapal angkasa milik Boeing atau SpaceX. Justeru, kedua-dua syarikat akan diberi keizinan kerusi dalam kapal angkasa mereka kepada pelancong atau sesiapa saja yang mampu membayar kos yang dikenakan.
Sebelum ini, SpaceX mengumumkan kerjasama dengan pihak ketiga untuk menjual kerusi dalam Crew Dragon dengan harga AS$50 juta (RM216.1 juta). NASA turut mengumumkan garis panduan yang membenarkan pelancong-pelancong bukan agensi angkasa lepas untuk memanfaatkan kemudahan-kemudahan ISS semasa berada di situ.
Berdasarkan dokumen NASA, kos beberapa kemudahan adalah seperti berikut. Peralatan sokongan hidup dan tandas berjumlah AS$11,250 (RM48,622) sehari manakala makanan, udara dan keperluan lain berjumlah AS$22,500 (RM97,245).
ISS dibina hasil kerjasama sedozen negara tetapi AS dan Rusia merupakan operator utama stesen berkenaan. Kos bagi kerajaan AS mengurus dan menyelenggara bahagian makmal ISS yang digunakan untuk penyelidikan saintifik dan komersial boleh mencecah antara AS$3-AS$4 bilion setahun berdasarkan laporan kerajaan pada tahun 2018.
RUJUKAN:
Wattles, Jackie. (2020). NASA is working with Tom Cruise to shoot a film in outer space. Yes, really. CNN. https://edition.cnn.com/2020/05/05/business/nasa-tom-cruise-movie-space-scn/index.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih