Sebut saja Napoleon, ramai dapat membayangkan perihal si ketot yang bikin Britain, Austria dan Rusia jadi cacing kepanasan. Siapa sangka lelaki berdarah Corsica ini berupaya menundukkan kuasa-kuasa Eropah dengan menjadikan sebahagian besar benua itu sebagai sebahagian daripada jajahan Perancis. Walaupun baginda kemudiannya mangkat dalam buangan di Saint Helena pada 1821, legasinya sebagai penakluk masih diingati masih sehingga hari ini.
Napoleon atau nama sebenarnya Napoleon Bonaparte dilahirkan pada 15 Ogos 1769 di Ajaccio, Corsica. Moyang di sebelah ibu dan bapanya mempunyai darah keluarga bangsawan Tuscany dan Genoa. Walau bagaimanapun, darah bangsawan bukan jaminan kepada keselesaan hidup baginda memandangkan keluarganya hidup dalam kemiskinan. (McLynn, 1998)
Pada tahun sama kelahiran Napoleon, Corsica diserahkan secara rasmi kepada Perancis oleh negara kota Genoa dan dijadikan sebahagian daripada wilayahnya pada tahun 1770. Pada awalnya, ibu bapa baginda menentang pendudukan Perancis di Corsica tetapi itu tidak bertahan lama. Ini selepas bapanya, Carlo Maria di Buonaparte dilantik sebagai wakil Corsica ke istana Raja Louis XVI pada tahun 1771. (Cronin, 1994)
Tidak seperti anak-anak Corsica lain, Napoleon bertuah kerana mendapat pendidikan yang baik di tanah besar Perancis. Ini disebabkan latar belakang keluarganya yang berdarah bangsawan diiktiraf oleh kerajaan. Ini membolehkannya didaftarkan di sekolah ten.te.ra Brienne-le-Chateau dan mendapat latihan sebagai pegawai ar.ti.ler.i di Ecole Mil.tai.re. Semasa di kedua-dua tempat inilah, Napoleon dapat menguasai Bahasa Perancis dengan loghat Corsica yang pekat.
Apabila Revolusi Perancis tercetus pada tahun 1789, ia mengakibatkan kejatuhan sistem monarki Perancis dengan Raja Louis XVI dihukum ma.ti dengan gi.lo.tin empat tahun kemudian. Revolusi itu juga mencetuskan ketidakstabilan politik dengan kerajaan yang bersilih ganti melancarkan kempen populariti murahan termasuk kempen terhadap musuh-musuh Perancis termasuk Britain dan Austria.
Napoleon tahu strategi sebegini tidak akan berhasil dan ia pasti membuatkan orang rasa muak dengan kerajaan yang ada. Semasa tempoh inilah, baginda mahu menggunakan kejayaan pencapaian keten.te.raannya untuk meraih sokongan rakyat dan sebagai asas untuk agenda politiknya untuk tahun-tahun mendatang.
Peluang itu terhidang pada tahun 1793 apabila Toulon ditawan oleh kelompok penyokong monarki dengan sokongan Britain. Bagaimanapun, kota tersebut berjaya dira.mp.as semula oleh Napoleon selepas berjaya merampas kedudukan tanah tinggi berhampiran Toulon. Kedudukan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya baginda menerusi se.ra.ngan art.il.eri ke atas kawasan pelabuhan sehingga memaksa Britain berundur. (McLynn, 1998)
Keyakinan kerajaan terhadap Napoleon semakin kukuh selepas berjaya menamatkan an.ca.man golongan penyokong diraja di Paris pada 1795. Seperti di Toulon, ar.til.eri sekali lagi digunakan untuk menamatkan an.ca.man dengan 1,400 orang pember.on.tak terbu.nuh dan saki-bakinya memilih melarikan diri. Kejayaan ini membolehkan Napoleon mendapat kenaikan pangkat sebagai mejar jeneral. (McLynn, 1998)
Setahun selepas itu, baginda diberi amanah mengetuai kempen Perancis di Itali dan Austria. Dalam tempoh tersebut, sebahagian besar Itali dan Austria jatuh ke tangan Perancis termasuk Leoben, hanya 100 km dari ibu kota Austria, Vienna. Austria yang ketakutan bersetuju memeterai Perjanjian Campo-Formio bagi mengelakkan lebih banyak jajahannya jatuh ke tangan Napoleon. (McLynn, 1998)
Satu sebab yang menyumbang kepada kemenangan baginda ialah Napoleon lebih suka menggerakkan ten.te.ranya dengan pantas dan meletakkan mereka di pelbagai kedudukan strategik. Sekiranya berlaku pertem.pu.ran di sesuatu kawasan, maka unit-unit ini akan diaktifkan dengan segera bagi membolehkan bilangan ten.te.ra Perancis mengatasi bilangan pihak lawan. Selain itu, Napoleon juga berusaha menambahbaik strategi keten.te.raannya termasuk mengkaji strategi jeneral-jeneral terkenal seperti Alexander the Great, Hannibal Barca dan Scipio Africanus.
Pada 1798, perhatian Napoleon beralih kepada Mesir yang ketika itu diperintah oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Baginda berharap menerusi penaklukan Mesir, ia dapat menjejaskan kepentingan perdagangan Britain di India dan membuka jalan kepada penaklukan Timur Tengah dan India di tangan Perancis. Hujah Napoleon dipersetujui kerajaan ketika itu dan baginda diberi lampu hijau untuk berbuat demikian. (Amini, 2000)
Salah satu kempennya yang terkenal di Timur Tengah ialah Pertem.pu.ran Embaheh atau Per.tem.pu.ran Piramid pada Julai 1798. Pertem.pu.ran ini bukan saja menyerlahkan kelicikan Napoleon sebagai pemimpin ten.te.ra tetapi menonjolkan kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah dari aspek berkenaan.
Begitupun, kejayaan baginda dijejaskan oleh kejayaan ten.te.ra laut Britain pimpinan Sir Horacio Nelson menenggelamkan sebahagian besar armada laut Perancis di Teluk Abukir pada Ogos 1798. Di sebalik kegagalan itu, Napoleon terus mara ke Syria dan Palestin dengan Gaza, Jaffa dan Haifa jatuh ke tangan baginda. Tetapi di Jaffa, pihaknya menghukum ma.ti semua individu yang mempertahankan kota itu dengan cara diti.k.am dengan ba.yo.net atau dile.ma.skan dalam air. (Avner, 2015)
Selain keke.ja.man di Jaffa, angkatan Napoleon turut berdepan isu sama yang membelenggu mana-mana ten.te.ra yang beroperasi di Syria-Palestin: wabak bubonik. Walaupun tidak dinyatakan jumlah sebenar ten.te.ra yang terbu.n.uh akibat wabak, dikatakan angkanya menyamai separuh daripada 13,000 ten.te.ra yang mengikutnya ke sana. Ini memaksa Napoleon mengarahkan mana-mana ten.te.ra yang dijangkiti dibu.nu.h dengan cara memberi opium berlebihan. (Guennifey, 2015) Penyakit berjangkit akan menjadi mimpi ngeri Napoleon bertahun-tahun kemudian.
Tatkala sibuk dengan situasi di Timur Tengah, Perancis pula sibuk berdepan an.ca.man pakatan beberapa negara termasuk Austria, Britain, Empayar Turki Uthmaniyyah dan Rusia. Dengan kerajaan sedia ada sudah tidak popular dalam kalangan rakyat, Napoleon mengambil kesempatan pulang ke Paris pada Ogos 1799 dan meram.pa.s kuasa daripada mereka beberapa bulan kemudian.
Kerajaan sedia ada digantikan dengan sistem tiga ahli konsul dengan baginda merupakan ahli konsul pertama selama 10 tahun. Kedudukan Napoleon semakin kukuh apabila berjaya membantu Perancis menang di Marengo pada 1800 sekaligus membolehkan Austria diusir dari Itali. Dengan kedudukan baginda tidak boleh dicabar, Britain terpaksa akur dengan memeterai Perjanjian Amiens pada tahun 1802. (McLynn, 1998)
Bagi memulihkan semula keadaan pasca-revolusi, Napoleon memperkenalkan pelbagai reformasi dalam pelbagai sektor. Antara reformasi yang dibuat ialah menubuhkan bank pusat pertama di Eropah (Banque de France), memulihkan kembali hubungan dengan Vatican menerusi Concordat 1801dan memperkenalkan Legion of Honor. Legion of Honor ialah anugerah pencapaian merit sebagai pengiktirafan kepada mana-mana pencapaian awam dan keten.te.raan yang mengharumkan nama Perancis.
Selepas ditabalkan sebagai Maharaja pada 1804, Napoleon turut memperkenalkan undang-undang sivil baru yang dikenali sebagai Kod Napoleon. Kod perundangan ini memperkemaskini atau memansuhkan mana-mana undang-undang Perancis yang lapuk. Menerusi pembaharuan ini, ini membolehkan undang-undang hartanah ditambahbaik, memansuhkan persatuan pedagang dan mengesahkan perceraian. Kod ini menjadi asas kepada undang-undang sivil Perancis dan terus digunakan sehingga hari ini. (Palmer dan Colton, 1995)
Di sebalik kejayaannya mengatasi Austria termasuk menamatkan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire), Napoleon masih tidak berpuas hati. Britain terus menjadi duri dalam daging menerusi armada laut mereka yang besar. Baginda cuba mewujudkan Sistem Benua dengan tujuan menghakis kekuatan ekonomi Britain dan mendorong negara-negara Eropah memboikot mereka tetapi tidak berhasil.
Di samping itu, musuh-musuh Napoleon sudah menjumpai cara untuk mengakali ten.te.ra baginda. Pada tahun 1802-1804, rakyat Haiti melancarkan pe.ra.ng gerila ke atas ten.te.ra Perancis yang dihantar bagi melaksanakan semula sistem perha.mb.aan. Di sebalik bilangan mereka yang ramai, itu masih tidak mencukupi menghalang mereka dari mengisytiharkan kemerdekaan dan mengusir Perancis dari pulau berkenaan. Tahun 1804 turut menyaksikan Napoleon menjual Louisiana kepada Amerika Syarikat dengan harga AS$15 juta. (Connelly, 2006)
Taktik sama turut digunakan di Semenanjung Iberia apabila Perancis menduduki Sepanyol pada tahun 1808. Walaupun banyak perkampungan Sepanyol diba.k.ar untuk memaksa ten.te.ra Sepanyol menyerah kalah, ia langsung tidak melemahkan moral mereka. Disebabkan kegigihan pihak Sepanyol menggunakan taktik sebegini, Napoleon yang sudah murka menggelarnya sebagai ulser Sepanyol. (Chandler, 2009)
Sejak itu, kekalahan demi kekalahan mula dialami baginda di seluruh Eropah. Kekalahan ini menunjukkan Napoleon bukanlah kebal seperti disangka. Bagaimanapun, kekalahan-kekalahan ini mendorong baginda bangkit semula dan memaksa Austria memeterai Perjanjian Schonbrunn pada 1809. Menerusi perjanjian itu, saki-baki wilayah Austria diserahkan kepada Perancis, Duchy of Warsaw dan Rusia.
Perjanjian Schonbrunn juga mendorong pemerintah Austria ketika itu, Maharaja Francis I mengahwinkan puterinya, Marie Louise dengan Napoleon pada 1810. Tawaran perkahwinan itu diterima baginda tidak lama selepas bercerai dengan isteri tercinta, Josephine kerana ketidakupayaannya menghasilkan anak. Hasil perkahwinannya dengan Marie Louise menghasilkan seorang putera bernama Napoleon II.
Disebabkan hubungan kekeluargaan yang terjalin, ini turut menjelaskan mengapa Austria memilih bersama Perancis semasa melancarkan kempen di Rusia pada 1812. Walaupun dinasihati agar tidak berbuat demikian, Napoleon tidak mengendahkannya dan menggerakkan 450,000 ten.te.ra ke sana. Rusia memilih mengelak terlibat dalam siri pertempuran besar, sebaliknya memilih mengumpan baginda untuk mara lebih jauh sambil dibantu polisi bumi han.gu.s.
Taktik tersebut memberi kesan besar kepada ten.te.ra Napoleon. Sudahlah ma.ti di medan pe.ra.ng, yang terselamat pula berdepan pelbagai cabaran termasuk cuaca buruk dan penyakit berjangkit. Di sebalik semua ini, mereka terus mara hingga ke Moscow dan menakluk kota berkenaan pada September 1812.
Bagaimanapun, operasi keten.te.raan di Rusia terpaksa dihentikan selepas Napoleon mendapat tahu wujud cubaan rampasan kuasa di Perancis membabitkan Claude Francois de Malet. Baginda berundur secara tergesa-gesa semasa berita tersebut disampaikan kepadanya. Disebabkan cubaan ini, ten.te.ra Perancis dan sekutu mereka mengalami kekalahan teruk sepanjang pengunduran mereka dari Rusia.
Selepas berjaya memulihkan keadaan, perhatian Napoleon kembali beralih kepada musuh-musuh Eropahnya. Pakatan Eropah dan Perancis bertembung di Leipzig pada Oktober 1813 dengan pasukan Perancis mengalami kekalahan teruk. Kuasa-kuasa Eropah cuba memujuknya membuat perjanjian dengan menjanjikan kuasa Napoleon dikekalkan sebagai tukaran kepada pembebasan wilayah-wilayah Eropah yang dikawal Perancis. Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak baginda. (Riley, 2013)
Ini mendorong mereka meneruskan operasi penaklukan dengan mensasarkan Paris pada tahun 1814. Pada Mac 1814, apa yang dibimbangi Napoleon akhirnya berlaku dengan Paris menyerah kalah kepada mereka. Selepas melihat situasi tidak menyebelahi baginda, Napoleon akhirnya mengaku kalah dan bersetuju untuk turun takhta tanpa sebarang syarat. (McLynn, 1998)
Menerusi Perjanjian Fontainebleau, Napoleon bersetuju untuk duduk dalam buangan di Elba bersama 400 orang ten.te.ra sebagai pengawal walaupun ditentang oleh Britain. Alasan mereka mudah: baginda tidak akan tunduk dengan situasi itu dan akan mencari jalan untuk kembali berkuasa. Bagaimanapun, kegusaran mereka tidak dilayan oleh kuasa-kuasa Eropah lain yang sudah penat bepe.ra.ng. (Abbott, 2005)
Semasa di Elba, baginda memperkenalkan pelbagai pembaharuan termasuk menubuhkan ten.te.ra laut dan darat, pembinaan jalan-jalan baru dan menambahbaik sistem pendidikan. Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu, Napoleon mendapat tahu cinta hatinya Josephine mangkat di tanah besar. Ini mendorongnya berkurung dalam balik selama dua hari untuk memperingati wanita yang sentiasa bertakhta di hatinya. (McLynn, 1998)
Apa yang digusarkan Britain akhirnya menjadi kenyataan pada Februari 1815. Pada bulan tersebut, Napoleon berjaya melepaskan diri dari Elba dengan kapal Inconstant dan kembali berkuasa di Perancis. Baginda berbuat demikian kerana tidak mendapat elaun yang dijanjikan menerusi Perjanjian Fontainbleau, terpisah dengan Marie Louise di Austria dan enggan membiarkan dirinya dibuang negeri ke tempat lebih jauh oleh Britain.
Kuasa-kuasa Eropah mengisytiharkan baginda sebagai penje.na.yah dan membentuk ketum.bu.kan berjumlah 150,000 orang. Perancis bertindak balas dengan membentuk 200,000 ten.te.ra dengan kedua-dua angkatan bertembung di Waterloo pada Jun 1815. Bagaimanapun, hasrat Napoleon melihat keajaiban kemenangan tidak kesampaian dengan baginda sekali lagi terpaksa menyerah diri kepada Britain pada Julai 1815.
Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Britain mengambil keputusan membuang Napoleon ke Saint Helena. Bagaimanapun, situasi kehidupan di sana yang teruk membuatkan ramai sejarawan membuat hipotesis ia sebenarnya cubaan mereka membu.n.uh baginda secara perlahan. Malah, perkara ini turut diakui doktor peribadi Napoleon, Dr Barry O’Meara yang memberi amaran jika keadaan ini berterusan, ia akan membu.n.uh baginda. (Benhamou, 2012)
Menjelang Februari 1821, kesihatan baginda semakin merosot. Sebulan kemudian, Napoleon kembali menemui Penciptanya pada usia 51 tahun. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, baginda mengucapkan kata-kata ini, “France, l’ar.m.ée, tête d’ar.m.ée, Joséphine.” (Perancis, ten.te.ra, panglima ten.te.ra, Josephine)
Walaupun meminta mahu dimakamkan di tebing Sungai Seine seperti dinyatakan dalam wasiatnya, ia dinafikan oleh Britain, seolah-olah masih takut dengan bayang-bayang baginda. Hampir 20 tahun selepas itu, hajat Napoleon menjadi kenyataan hasil usaha Raja Louis Philippe I. Kini, jasad baginda dimakamkan dalam sebuah keranda batu kuartzit merah di sebuah ruang bawah tanah di Les Invalides. (Driskel, 1993).
RUJUKAN:
Benhamou, A. (2012). Inside Longwood. Albert Benhamou Publishing.
Roberts, A. (2014). Napoleon: A Life. Penguin Group. Halaman 799-801.
Falk, A. (2015). Napoleon Against Himself: A Psychobiography. Pitchstone Publishing.
Chandler, D. (2009). The Campaigns of Napoleon. Scribner. Halaman 659-660.
Cordingly, D.(2004). The Billy Ruffian: The Bellerophon and the Downfall of Napoleon. Bloomsbury. Halaman 254.
McLynn, F. (1998). Napoleon. Pimlico. Halaman 76, 96, 132, 235, 585, 597.
Amini, I. (2000). Napoleon and Persia. Taylor & Francis. Halaman 12.
Riley, J.P. (2013). Napoleon and the World DITAPIS of 1813: Lessons in Coalition DITAPIS. Routledge. Halaman 206.
Abbott, J. (2005). The Life of Napoleon Bonaparte. Kessinger Publishing. Halaman 481.
Connelly, O. (2006). Blundering to Glory: Napoleon’s Mil.it.ary Campaigns. Rowman & Littlefield. Halaman 106
Driskel, P. (1993). As Befits a Legend. Kent State University Press. Halaman 168.
Cronin, V. (1994). Napoleon. HarperCollins. Halaman 20-21.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih