Sejarah telah menipu anda semua, sebenarnya kekalahan paling besar dan memalukan yang telah direkodkan dalam sepanjang sejarah Napoleon Bonaparte bukanlah di Waterloo, tapi kekalahannya yang terbesar adalah dalam satu pertem.puran menentang segerombolan arnab.

Maaf, bergurau je.

Semasa Napoleon Bonaparte memerintah Perancis, dia memang ada ramai musuh, tapi di antara musuh-musuh dia ini, mungkin patut juga dimasukkan segerombolan arnab ke dalam senarainya.

Ya, arnab. Itulah yang dicadangkan dalam salah satu kisah hidup dan sejarah Napoleon. Dah hampir dua ratus tahun selepas kema.tian Napoleon, kisah pertembungan dia dengan sekumpulan arnab yang tak menghormati autoritinya itu semakin bertukar menjadi mitos urban legend dengan setiap versi yang lebih terkini digarap agar kedengaran lebih hebat daripada yang sebelumnya.

Pada tahun 1810, ketika Napoleon sedang bertakhta di Perancis, buku anti-Bonapartis tulisan Lewis Goldsmith, The Secret History of the Cabinet of Bonaparte, (yang menyebut Journal des Hommes Libres sebagai salah satu sumbernya) menceritakan kisah itu.

Comel juga Napoleon kadang-kadang

Menurut Goldsmith, sumbernya itu menggunakan nama kod tertentu untuk merujuk individu terbabit tapi nampak sangat ia bercerita tentang Napoleon. Dalam versi satira humor ini, Napoleon yang masih mentah selepas menjadi Konsul (jawatan yang dipegangnya sebelum diangkat sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804), teringin meluangkan masa dengam aktiviti berbu.ru.

Dia bertanya kepada Talleyrand si rakan politiknya, sama ada mahukah dia membuka ladangnya untuk tujuan mengadakan aktiviti berbu.ru. Melihat soalan itu sebagai peluang baginya untuk membodek Napoleon, Talleyrand memenuhkan ladangnya dengan begitu banyak itik dan arnab, tapi bukan arnab liar, dia meletakkan arnab yang jinak.

Hasilnya bukanlah seperti apa yang disangkakan oleh Talleyrand. Apabila Napoleon tiba, bukan cabaran menarik semasa berbu.ru yang diterimanya tapi dia disambut oleh segerombolan arnab yang jinak dan mesra yang tak ada rasa terancam oleh senj.ata Napoleon dan membuatkan mereka senang untuk dibu.nuh.

Bahkan, arnab-arnab ini bertindak mengerumuni Napoleon dalam kumpulan yang besar.  Kejadian itu dikatakan telah membuat Napoleon kecewa dan marah.

Satu lagi tokok tambah terhadap kisah ini yang jauh lebih dramatik tentang usaha Napoleon yang gagal dalam membu.ru arnab diterbitkan pada tahun 1890-an, iaitu sekitar tujuh puluh tahun selepas kema.tiannya. Ia berasal dari The Memoirs of Baron Thiébault, dan untuk makluman, penulis asalnya juga sudah ma.ti sebelum naskah yang mengkreditkan namanya itu disiarkan dalam majalah oleh usaha keluarganya.

Arnab domestik adalah berbeza dengan arnab liar.

Dalam versi ini Napoleon sudah menjadi Maharaja, ketika itu tahun 1807 di mana Napoleon baru saja memeterai Perjanjian Tilsit yang menandakan tamatnya per.ang di antara Perancis dengan Rusia.

Bagi meraikan kejayaan ini, Louis-Alexandre Berthier (orang kanan Napoleon) mahu membawa dia berbu.ru. Berthier memutuskan bahawa perbu.ruan itu akan melibatkan aktiviti mene.mbak arnab walaupun tempat yang akan menjadi lokasi berbu.ru itu tak ada seekor pun arnab yang wujud.

Menganggap masalah ini sebagai masalah yang remeh dan mudah diatasi, Berthier kemudian mengaturkan agar 1000 ekor (ada dakwaan lain mengatakan antara 500 hingga 300 ekor) arnab dilepaskan ke dalam taman untuk dibu.ru.

Apabila masanya dah tiba, dalam masa yang singkat saja boleh nampak yang arnab langsung tak takut kepada pembu.ru berbanding melarikan diri seperti yang diharapkan pembu.ru. Ini mengejutkan semua orang yang hadir, arnab-arnab ini kemudian mula berhimpun menjadi satu kumpulan yang besar.

Kemudian, dalam satu ketumbukan besar, mereka menye.rang Napoleon yang sedang terkejut. Lautan arnab telah mengepung Napoleon jauh lebih pantas berbanding Revolusi Perancis sendiri.

Bimbang dan takut melihat Napoleon sedang meronta-ronta menahan sera.ngan, ‘pertem.puran’ yang sengit ini memaksa Berthier meminta pelatih haiwan untuk membantu menyelamatkan Napoleon dari terus dijar.ah oleh arnab berbulu yang menakutkan itu.

Setelah Napoleon diselamatkan dan yakin mereka telah meraih kemenangan, tentera arnab muncul kembali. Gambaran dalam The Memoirs of Baron Thiébault ini mengatakan gerombolan arnab itu menye.rang Napoleon sekali lagi, kali ini se.rangan disasarkan terhadap sayap belakang musuh.

Bayangkan, nak rai kejayaan menamatkan per.ang dengan Rusia tapi kalah di tangan arnab.

Meskipun Napoleon telah berundur dan melarikan diri ke dalam kereta kudanya.  Ser.angan arnab tak berhenti. Menurut sejarawan David Chandler, “dengan pemahaman yang lebih baik tentang strategi Napoleon daripada kebanyakan jeneralnya sendiri, gerombolan arnab dibahagi kepada dua sayap sera.ngan dan mengepung di sekitar rusuk musuh dan menuju ke kenderaan rasmi maharaja.”

Banjir arnab berlanjutan — ada yang dilaporkan melompat ke atas kereta kuda.

Arnab mengepung sehingga Napoleon terhuyung-hayang kerana bilangan mereka yang terlalu ramai di sekeliling kakinya. Se.rangan ini tidak berhenti sehingga memaksa Napoleon meninggalkan taman perbu.ruan, dan berundur dari sempadan ‘ja.jahan’ arnab.

The Memoirs of Baron Thiébault memberikan pembaca penerangan yang lebih menarik daripada versi karya Goldsmith, walaupun dalam kedua-dua kes itu sama-sama berdasarkan konteks orang kanan Napoleon telah menyediakan jenis arnab yang salah.

Louis-Alexandre Berthier

Dalam versi kedua ini, arnab Berthier diambil dari kandang. Arnab domestik sebegini memang sangat berbeza dengan arnab liar, mereka tak akan lari dari manusia kerana terbiasa diberi makan oleh manusia. Se.rangan mereka terhadap Napoleon bukan disebabkan oleh rasa ancaman tapi kerana menyangkakan Napoleon akan memberi mereka makan.

Malah sejarawan moden terus menyampaikan kisah ini, walaupun kisah ini tak pernah dapat disahihkan sama ada ianya benar-benar pernah terjadi ataupun hanyalah sekadar propaganda atau sebahagian kisah yang diromantiskan.

Walaupun kesahihan mana-mana versi kisah pelik ini perlu dibaca dengan rasa skeptikal dan keraguan yang tinggi, amat mudah hendak faham mengapa kisah begini boleh bertahan setelah hampir dua abad berlalu.

 

Sekadar bersatira.

Siapa yang tak akan tergelak atau tersenyum sendirian apabila mengingatkan kisah Napoleon Bonaparte, seorang tokoh bersejarah yang agung, penak.luk yang menjadi juara dalam banyak  pertem.puran, tapi dikalahkan oleh sekumpulan arnab? Jadi, adakah Napoleon Bonaparte sebenarnya adalah Napoleon Bunnyparte?

RUJUKAN:

Goldsmith, Lewis. (1810). The Secret History of the Cabinet of Bonaparte. London, J. M. Richardson.

Butler, John. (2019). The Memoirs of Baron Thiébault. Creative Media Partners.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.