Perjuangan kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang hak wanita (gerakan feminisme) bukannya berjuang untuk memartabatkan wanita. Sebaliknya ia satu usaha memperbodohkan, merendahkan martabat dan menjuruskan wanita ke lembah hina. Lebih malang, ramai di kalangan mereka adalah orang Melayu Islam.
Naluri Melayu itu menghormati yang menyayangi wanita. Sebelum kedatangan Islam lagi, ada wanita yang diangkat menjadi pemimpin. Ibnu Battutah mencatatkan ada seorang pemimpin wanita yang bernama Urduja di sebuah tempat di Alam Melayu yang bernama Kailukari.
Urduja ini puteri Raja Tawalisi. Ibnu Battutah juga menceritakan tentang keadaan rakyat wanita di negara Tawalisi seperti berikut:-
“Kaum wanita mereka menunggang kuda dan pandai memanah di samping turut berperang, sama seperti lelaki.
Zaman itu, menunggang kuda, memanah dan ilmu perang dianggap satu ilmu yang sangat tinggi nilainya. Apabila para wanita memiliki kemahiran-kemahiran tersebut bererti mereka telah menjalani satu bentuk pendidikan.
Jika ada di kalangan Arab Jahiliyah yang mengamalkan budaya menanam anak perempuan hidup-hidup, amalan seperti ini tidak berlaku di Alam Melayu. Jika orang-orang Nepal mengamalkan budaya Chhaupadi iaitu mengasingkan wanita yang kedatangan haid dalam sebuah pondok kecil di luar rumah, adat sebegini sangat asing di Alam Melayu.
Jika sebelum kedatangan Islam pun orang-orang Melayu telah memuliakan wanita, apatah lagi setelah kedatangan Islam. Hal ini juga boleh dibuktikan dari catatan Ibnu Battutah. Beliau menceritakan bagaimana keadaan wanita yang dihormati dalam kerajaan Islam Samudera Pasai hatta oleh sultan sendiri. Jika sultan ingin meminang seseorang gadis, baginda akan mengutuskan sekumpulan wanita untuk melihat gadis tersebut.
Di samping itu, kewujudan adat pepatih dalam kehidupan suku Minang menjadi bukti betapa masyarakat di rantau ini begitu menyanjungi dan memelihara kepentingan wanita. Sehinggakan, dalam budaya orang-orang Minang zaman dulu, anak lelaki akan disuruh tidur di surau manakala anak perempuan diberikan tempat tidur di rumah.
Penghormatan ke atas wanita juga jelas kelihatan dalam adat dan budaya masyarakat Aceh. Semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda, wanita turut diberi peranan dalam pentadbiran. Maka dengan itu wujudlah pepatah:-
Adat bak Potue Meureuhum,
Hukum bak Syiah Kuala,
Kanun bak Putroe Phang (Puteri Pahang)
Resam bak Laksamana
Setelah kemangkatan Sultan Iskandar Thani, kerajaan Aceh Darussalam diperintah oleh 4 orang Sultanah (sultan wanita). Maka tidak hairanlah jika Aceh memiliki laksamana perang wanita yang bernama Keumalahayati dan angkatan jihad wanita yang terdiri dari kalangan para balu syuhada yang dinamakan angkatan Inong Balee. Aceh juga memiliki ulama wanita dan serikandi jihad yang masyhur iaitu Teungku Fakinah.
Banyak lagi perkara yang dapat ditulis tentang betapa naluri Melayu itu menyanjungi dan menghormati wanita. Adapun kes-kes kezaliman atau penganiayaan terhadap wanita yang berlaku adalah masalah individu, bukan adat dan budaya Melayu. Dengan itu, Ahmad bin Yaaqub al-Johori menulis dalam Kitab Adab Perempuan (1926) seperti berikut:-
“Kahwinkan anak (perempuan) engkau dengan orang yang takutkan Allah kerana jika kasihkan anak engkau, nescaya dimuliakannya. Dan jika ia marah, maka tiadalah dianiayakannya.”
Jadi untuk apa adanya gerakan feminism sebegini di sini melainkan ianya satu usaha pembodohan.
Kesamarataan itu belum tentu satu keadilan. Dalam keadaan tertentu, kesamarataan itu adalah satu bentuk kezaliman.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih