• Dilahirkan pada tahun 1797 di Jepun.

• Digelar dengan nama Nezumi Kozo yang membawa maksud ‘si tikus pencuri’ pada zaman pemerintahan Maharaja Ninko (Tokyo).

Ada perbezaan pendapat di antara sejarawan tentang gelarannya iaitu:

1. Taktik perompakannya menyamai seekor tikus, lincah melakukan kerja tanpa diketahui.

2. Nezumi dipercayai selalu membawa sekarung bungkusan yang terisi tikus yang ditangkapnya ke mana-mana sahaja.

3. Fizikal tubuhnya yang kecil dan halus seperti tikus.

• Penyamarannya tidak luar biasa. Hanya menjadi masyarakat biasa di siang hari dan berubah menjadi seorang pencuri licik pada malam hari.

• Taktik perompakannya mudah didengar, tetapi amat sukar dilaksanakan oleh orang lain, kecuali bagi si Nezumi.

• Cara beliau memecah masuk rumah si mangsa seperti berikut, iaitu:

1. Memanjat dan menuju ke bumbung rumah.

2. Merangkak di atas atap rumah dan melompat masuk ke dalam rumah si mangsa dengan senyap.

3. Ketika melakukan kegiatan ini, beliau akan melepaskan beberapa ekor tikus sebagai pengalih perhatian si mangsa yang sedang tidur.

Bunyian decitan tikus-tikus akan memudahkan beliau melakukan kerja tanpa disedari oleh si mangsa, kerana si mangsa pasti akan mengendahkan dengan bunyi-bunyian tikus di malam hari.

4. Apabila sudah selesai pekerjaaanya, beliau akan keluar dari rumah melalui jalan yang sama ketika memecah masuk rumah si mangsa.

• Nezumi pernah ditangkap pada tahun 1822 ketika zaman Edo, dan dihukum dibuang negeri dari Edo lalu lengannya ditato (sebagai amaran pertama). Jikalau beliau ditangkap sekali lagi, dan didapati mempunyai tato ini maka serta-merta beliau akan dihukum mati).

Pada zaman pemerintahan Edo, para penjenayah kelas ringan hanya akan diasingkan di wilayah Hachijojima atau di Miyakejima.

• Harta yang dicuri oleh Nezumi akan diberikan kepada orang miskin atau masyarakat yang berstatus kelas bawahan.

• Walaupun pernah ditangkap kerana mencuri, beliau masih belum serik dengan perbuatannya ini.

• Nezumi meneruskan gerak kerjanya ini sehinggalah tiba pada tahun 1832, keuntungan tidak menyebelahi keatasnya.

Beliau ditangkap oleh seorang anggota polis yang meronda di malam hari, tepat setelah beliau melaksanakan aksi pencurian di salah sebuah rumah.

• Nezumi dihadapkan ke mahkamah dan beliau mengaku bersalah di atas perbuatannya yang memecah masuk ke dalam kediaman para samurai mahupun bangsawan sebanyak 100 buah rumah dan jumlah harta rompakkan yang diambilnya adalah sebanyak 100 ryō.

Pada zaman Edo, dianggarkan, 1 ryō sahaja mampu menampung perbelanjaan keluarga yang sederhana selama setahun.

• Ketika ditahan, rumahnya digeledah dan didapati tiada suatu pun harta rompakkan yang disimpannya kerana kesemua harta yang dicurinya sebelum ini diberikan kepada golongan miskin.

• Pemerintah Edo, Maharaja Ninko (1800-1846) menjatuhkan hukuman mati ke atas Nezumi di atas pelanggaran peraturan setelah diberikan peluang yang kedua.

Nasib menyebelahi di pihak isterinya yang meninggalkan Nezumi sebelum beliau ditangkap oleh anggota polis. Undang-undang Edo, jika si penjenayah dijatuhkan hukuman mati, maka satu keturunannya turut serta dihukum dengan hukuman yang sama.

• 18 Ogos 1831, Nezumi diarak di hadapan masyarakat umum dengan diikat kedua kakinya pada kereta kuda menuju ke tempat hukuman mati. Beliau dipenggal kepala di ruangan Suzugamoni. Badannya dikebumikan di Eko-in, daerah Ryogoku, Edo (Tokyo).

Kepalanya ditusuk dengan sebatang kayu dan dipacakkan di tengah bandar Edo untuk tontonan umum serta disertakan dengan notis amaran daripada pihak pemerintah yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah Nezumi pasti akan menerima nasib yang sebegini.

• Walaupun Nezumi dipenggal kepalanya dan perbuatannya melanggar undang-undang pemerintah, tetapi golongan kelas bawahan menyanjung tinggi perjuangannya dalam membantu orang-orang yang memerlukan. Namanya banyak diabadikan ke dalam sajak, puisi, nyanyian mahupun kisah-kisah dongeng yang menyelitkan namanya sebagai pahlawan pembela rakyat sehingga ke hari ini.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.