Tuan-tuan membesar tengok filem Kung Fu, kan?

Mesti biasa tengok hero macam Jet Li (Wong Fei Hung) atau Donnie Yen dalam filem zaman Dinasti Qing.
Fesyen rambut mereka sangat ikonik. Bahagian depan kepala dicukur licin sampai berkilat dan bahagian belakang dibiarkan panjang serta diikat menjadi tocang panjang (dipanggil Queue).

Selama ni kita ingat, “Oh, mungkin ni fesyen orang Cina dulu-dulu. Nampak unik.”

Tapi hakikatnya Tuan-tuan, gaya rambut itu adalah simbol penghinaan paling besar dalam sejarah China.

Ia bukan fesyen. Ia adalah rantai leher hamba yang tak nampak di mata, tapi lekat di kepala.

Ceritanya bermula pada pertengahan tahun 1600-an (sekitar 1644).

Masa tu, orang Manchu (dari utara) berjaya tawan China dan tubuhkan Dinasti Qing. Mereka gulingkan Dinasti

Ming yang diperintah oleh orang Han (bangsa majoriti di China).

Orang Manchu ni minoriti. Mereka takut orang Han yang berjuta-juta ramai ni akan memberontak.

Jadi, pemerintah Qing (Putera Dorgon) keluarkan satu titah keramat pada tahun 1645 yang dipanggil “Titah

Cukur Rambut” (Queue Order).

Syarat dia mudah tapi gila:

Setiap lelaki Cina Han WAJIB cukur rambut depan gaya Manchu dan pakai tocang. Tempoh diberi cuma 10 hari.

Slogan rasmi kerajaan masa tu berbunyi:

“Liufa bu liutou, liutou bu liufa.”

(Simpan rambut hilang kepala, simpan kepala potong rambut).

Kenapa orang Han marah sangat? Cukur je lah, kan? Rambut boleh tumbuh balik.

Isu dia bukan pasal rambut, tapi pasal Maruah & Agama.

Dalam ajaran Confucius yang dipegang orang Han, tubuh badan, rambut dan kulit adalah pemberian mak ayah.

Memotong rambut dianggap perbuatan derhaka (Unfilial) dan menghina keturunan. Bagi orang Han, rambut itu maruah.

Bila Manchu paksa mereka cukur, ia ibarat memaksa mereka meludah muka mak ayah sendiri. Ia satu penghinaan jiwa.

Akibatnya, berlaku pemberontakan besar-besaran. Ramai cendekiawan dan pahlawan Han pilih mati daripada cukur rambut.

Tentera Qing balas dengan kekejaman yang tak masuk akal.

Di wilayah Jiading dan Yangzhou, berlaku pembunuhan beramai-ramai (massacre) semata-mata sebab rakyat enggan cukur rambut.

Ribuan nyawa melayang hanya kerana mempertahankan “rambut” di kepala.

Tapi akhirnya, ketakutan mengatasi prinsip.

Lama-kelamaan, orang Han terpaksa akur demi nyawa. Gaya rambut Queue tu kekal selama hampir 300 tahun.

Daripada simbol penghinaan, lama-lama ia jadi kebiasaan. Malah, bila masuk abad ke-19, orang Cina sendiri dah rasa pelik kalau tak ada tocang tu.

Dah jadi sebahagian identiti.

Sehinggalah tahun 1911.

Bila Dinasti Qing tumbang dalam Revolusi Xinhai, benda pertama yang rakyat buat untuk raikan kebebasan bukanlah bakar mercun.

Tapi mereka POTONG TOCANG.

Di jalan-jalan raya, orang ramai beratur gunting rambut tocang masing-masing sambil menangis gembira.

Ia simbolik bahawa “Kami bukan lagi hamba Manchu”.
Jadi Tuan-tuan,

Bila lepas ni kita tengok filem Kung Fu, jangan gelak tengok rambut tocang tu.

Di sebalik tocang yang berayun-ayun masa berlawan tu, tersimpan sejarah ribuan nyawa yang melayang di hujung mata pedang, semata-mata kerana mereka sayang pada rambut pemberian orang tua mereka.

Sejarah kadang-kadang kejam. Benda yang kita anggap fesyen, rupanya parut lama yang berdarah.

Lihatlah bagaimana manusia boleh menjadi begitu kejam hanya kerana sejemput rambut. Allah jadikan manusia ini sebaik-baik kejadian dengan pelbagai rupa dan bangsa untuk saling mengenali, bukan untuk saling menindas.

Moga kita dijauhkan daripada sifat sombong yang memaksa orang lain tunduk kepada nafsu kekuasaan kita, kerana akhirnya raja atau hamba, semuanya akan kembali kepada tanah yang sama.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.