3000 kes dah ni. Jadi, nak lockdown atau nak biarkan ekonomi berterusan? Ada matematik dalam mengulas mengenai isu ini. Setiap cara ada pro dan kontranya. Jadi, artikel ini cuba untuk membahaskan mengenai persoalan-persoalan tersebut.

Sama ada kalian benarkan orang semua keluar berekonomi dan kalian pacu ekonomi dengan polisi-polisi yang baik, kes mungkin tinggi tapi ekonomi sedap. Kalau 3000 kes tapi berita setiap bulan macam ni sedap juga.

Kalian lockdown, orang tak dapat keluar, ekonomi terjejas, tapi kes menurun dan terkawal. Bagi semula bantuan macam PKP pada Mac 2020. Restart balik ekonomi dalam 3 ke 4 bulan selepas itu.

Senario pertama tu sedang berlaku di Indonesia. Kes tinggi. Tapi dibalas dengan banyak berita-berita pelaburan baru masuk yang akan memacu negara ke depan. So basically you let go one end, and you grab tightly the other.

Kita pernah ambil langkah senario kedua tahun lepas tapi sekarang kita tidak di mana-mana.

Rakyat diberikan kebebasan untuk ke sana ke mari. Kes setiap hari tinggi, naik dan terus naik. Tapi masa sama ekonomi not doing well. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kita pernah ambil langkah senario kedua tahun lepas tapi sekarang kita tidak di mana-mana.

Rakyat diberikan kebebasan untuk ke sana ke mari. Kes setiap hari tinggi, naik dan terus naik. Tapi masa sama ekonomi not doing well. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

1. Ketidakstabilan dan tidak ketentuan politik
2. Kes yang semakin meningkat
3. Polisi ekonomi yang tak nampak hujung pangkal

So kepada siapa kita nak tunding jari lepaskan marah ni?

Ketidakstabilan dan ketidaktentuan politik ni senang cerita kita letak atas UMNO lah. Walaupun boleh pergi lebih dalam perbincangan ini tapi lets take it at that.

Regardless apa yang UMNO cuba terangkan saya merasakan UMNO tak ‘handle’ betul-betul penyampaian mesej serta apa saja UMNO buat sekarang orang akan kata ia sebab kes mahkamah.

Kalau UMNO cukup sekadar bagi jaminan yang pemimpin bermasalah akan diketepikan dan tidak akan bertanding, akan ada satu kelegaan buat ramai orang. Ia bukan lagi jadi isu nak gugurkan kes mahkamah mahupun tuduhan gila kuasa. Dan barulah kita boleh percaya bahawa ianya bukan isu menyelamatkan pemimpin mereka.

Then you focus on point (2) and (3).

Kes meningkat ni siapa yang ada kuasa hentikan? Siapa yang ada kuasa untuk buat ‘lockdown’ atau mengetatkan penguatkuasaan, atau menghalang kemasukan di pintu-pintu masuk negara, atau siapa yang boleh buat polisi? Kenapa polisi dalam menguruskan pandemik ini flip-flop?

Kes meningkat ni nak letak ke siapa? Kemudian lagi polisi ekonomi. Siapa yang ada kuasa gubal dan jalankan polisi? Nak kata Belanjawan tak disokong, disokong juga. Nak kata tak bagi idea, berlambak dah idea diberikan.

Pemimpin dalam kerajaan sendiri dan bukan kerajaan dah berpusu-pusu memberikan idea. Tetapi kesilapan demi kesilapan dibuat. Nak kata tak bagi amaran, dah bagi juga macam dalam isu pembatalan HSR.

HSR ni isunya bukan jimat kos, isunya juga bukan berapa yang negara bakal dapat kalau projek berjalan. Isunya adalah Malaysia SEKALI LAGI membatalkan projek pelaburan dengan negara lain.

Siapa yang suka ‘business partner’ yang suka-suka nak buat suka-suka batal ni? Kerajaan masih boleh dan ada kuasa mengawal kes dan masih ada kuasa menetapkan polisi ekonomi.

Untuk kerajaan Perikatan Nasional pula, saya betul-betul nak bertanya, sampai bila nak guna alasan Covid-19 setiap kali ada isu yang anda tak nak bertindak?

Bila tanya kes Adib contohnya. “Oh kita sedang sibuk urusan Covid-19”. Padahal mahkamah tetap berjalan, siasatan tetap berjalan untuk kes-kes lain. Kenapa kes Adib ni istimewa sebab Covid-19?

Bila ada isu ekonomi contohnya HSR, sama juga, Covid-19. Apa negara lain yang sedang memacu ekonomi, melaksanakan projek, menarik pelabur apa semua ni tak ada Covid-19 ke? Kenapa bila tang Malaysia je, sentuh pasal ekonomi, “Oh ini kerana Covid-19”.

Kalau betul risau akan Covid-19, laksanakan PKP semula. Ini tidak, semuanya berjalan macam tak ada apa. Kedai makan duduk beramai-ramai. Orang ke sana ke mari. Sekolah nak buka 20hb ni. Dah macam tak ada apa. Tapi bila bawa isu-isu besar, “Oh ini kerana Covid-19”.

Sebab rakyat Malaysia ni ‘gullible’ dan tak dapat lihat ‘the bigger picture’, jadi ambil kesempatan dengan semuanya alasan Covid-19 ke?

So kalau betul risau Covid-19, tunjukkan yang betul-betul risau. PKP semula. Flatten the curve. Buat 2nd round of moratorium dan ‘cash handouts’. Jangan asyik dok ratib “covid-19, covid-19” tapi realitinya semua dah tak kisah nak keluar ramai-ramai, rentas negeri bagai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.