Adatlah semua orang berangan jadi kaya macam Elon Musk atau Tony Stark. Nak capainya bagaimanapun bukan sesuatu yang mudah. Kena kerja keras dan bijak manfaatkan peluang yang terhidang. Tapi bagi sesetengah orang terutama tahi judi, nak kaya mudah saja: NGANGKUNG atau menurun panggil makhluk halus!
Sebut ngangkung ini, ramai pasti ingat filem dengan tajuk sama terbitan Metrowealth Movie Production satu ketika dahulu. Walaupun bergenrekan komedi seram, kisah tahi judi menurun di kubur untuk dapatkan nombor ekor ajaib bukan cerita baru. Kononnya makhluk halus yang dipanggil akan memberi senarai nombor bertuah kepada yang meminta. Bila angka yang dimenangi sama dengan nombor yang diberi, siapa tak menyengih bila tengok akaun bank.
Kes menurun untuk nombor ekor ni nampak menarik kan? Jadi kami nak cadangkan korang beli SATE UNTUK JEMBALANG. Kisah ngangkung ini sebenarnya sekelumit daripada cerita sisi mistik orang Melayu yang jarang diketahui. Ternyata ramai di luar sana rela menggadaikan agama demi wang ringgit. Dapatkannya sekarang, harga cun lagi kalau beli secara kombo.
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ
Secara ringkas, nak menang nombor ekor ni mudah. Hanya perlu teka satu set nombor, taruhkan duit dan beli tiket nombor. Selepas itu, 23 set nombor akan diumumkan dan kalau nombor yang dipertaruhkan tu ada dalam senarai, dapatlah hadiah duit berdasarkan jumlah wang yang dipertaruhkan.
Nak bertaruh nombor ekor guna angka rendah, boleh. Tapi kena pastikan nombor yang dipilih sama dengan nombor ekor yang berada dalam senarai tiga nombor teratas. Namun begitu, ada kelebihan bagi yang pilih angka rendah. Siapa yang letak jumlah pertaruhan rendah biasanya akan dapat hadiah lumayan dari RM1,000 hingga RM3,500.
Hanya dengan RM1, boleh dapat hadiah kemenangan RM3,500. Agaknya kalau letak angka pertaruhan yang lebih tinggi, hadiah kemenangan mesti lagi tinggi, kan? Itu sebab bagi tahi judi, mereka sanggup lakukan apa saja asal dapat nombor bertuah. Ini termasuk buat kerja ngangkung satu malam walaupun tahu itu kerja khurafat!
Kerja menurun nombor ekor punyalah terkenal sampai jadi tajuk kertas kajian terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)! Sebelum pergi membeli nombor, tahi-tahi judi akan mencari bomoh ekor dan menanyakan tentang nombor mana yang patut dibeli.
Kebiasaannya, bomoh-bomoh ekor akan menjalankan pelbagai ritual tertentu dengan tujuan menyeru makhluk halus untuk mendapatkan nombor ekor yang diminta. Salah satu ritual yang diketahui ialah menggunakan keris yang dilumurkan dengan darah binatang, mangsa bunuh atau mangsa kemalangan. Selepas dilumur dengan darah, ia akan diasap dengan kemenyan dengan tujuan memanggil semangat duit.
Tok bomoh kemudiannya akan memilih duit kertas yang mempunyai nombor siri ganjil. Duit tersebut kemudiannya akan dilalukan pada garisan bahagian tengah keris. Kononnya, dengan berbuat demikian, semangat duit dapat dipanggil dan duit yang dilalukan berguna sebagai duit beli nombor ekor.
Ada bomoh lain yang menggunakan cara meletakkan nombor 0-9 depan keris. Keris yang digunakan akan digantung dengan besi pemberat atau dililit dengan benang sebelum diasap kemenyan. Keris yang digantung ini kemudiannya akan berpusing dan membantu bomoh memilih nombor mana yang paling berkemungkinan menang nombor ekor.
Dan ini satu fakta paling kelakar, ingat bomoh saja ke ada jin nombor ekor? Eh, syarikat nombor ekor pun ada jin penjaga tau! Kononnya, syarikat perjudian nombor ekor turut mempunyai jin tertentu yang berperanan sebagai penjaga rahsia senarai nombor pemenang yang akan diumumkan. Kalau nak sangat nombor bertuah, maka tok bomoh dan jin-jinnya kena lawan ‘penjaga’ nombor habis-habisan!
Kebiasaannya, kerja mencuri nombor ini berlaku selepas 12.00 tengah malam, waktu manusia sedang tidur. Jadi, tok bomoh dan jin-jinnya kena lepasi dulu ‘penjaga’ nombor. Dah dapat kalahkan, barulah nombor yang diminta akan muncul pada besi keris. Ia muncul setakat tiga kali lepas tu hilang. Semasa nombor ekor yang diminta muncul, bomoh kena beri perhatian untuk pastikan nombor tak hilang. Dah dapat, kena bayar pengeras. Ingat kerja dapatkan
Selain jumpa bomoh, ada kaki judi sanggup pergi menurun di busut, batu besar atau kubur-kubur tertentu termasuk kubur wali dan orang yang dibunuh. Kebiasaannya, kerja ngangkung ini dibuat pada tengah malam Selasa dengan siapa yang mengikut kena diam. Yang boleh cakap masa tu hanya orang yang mengetuai upacara sahaja.
Semasa proses ini juga, kalau nampak benda pelik-pelik, jangan tegur dan jangan lari. Dah kata nak nombor, kena duduk dalam buatan, duduk diam dan jangan pejamkan mata. Tapi paling penting, mesti menurun di kubur orang yang baru mati. Kalau buat di kubur yang sama, kerja menurun takkan berhasil.
Kerja ngangkung perlukan orang berhati kering. Kalau berangan nak nombor tapi tak tahan kena ganggu, lupakanlah. Apa saja dugaan yang dialami tiga tahi judi dalam filem Ngangkung, itulah realiti yang dihadapi mereka. Silap haribulan, ada yang lari tak cukup tanah lagi-lagi kalau nampak hantu!
Cukuplah dengan semua kerja gila ni! Pertamanya, ini kerja syirik iaitu menyekutukan Tuhan dengan benda yang lain. Dahlah dosa besar di sisi agama, Tuhan haramkan lagi pelakunya masuk syurga berdasarkan firman-Nya dalam ayat 72, Surah al-Maidah, “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.”
Keduanya, judi terutama nombor ekor dah terang-terangan haram di sisi agama. Tuhan tegaskan melalui firman-Nya dalam ayat 90, Surah al-Maidah, “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Ketiganya, judi tak bawa apa-apa untung kecuali malang buat pelakunya. Betul, kaya memang kaya tak dinafikan. Tapi apa guna kaya kalau benda tu tak berkat dan datang dari sumber haram. Lepas itu, jadi punca keluarga berantakan lagi-lagi kalau kerap berhutang. Apa guna kaya kalau hidup sengsara kejar hantu nombor ekor. Itu bukan nikmat, itu celaka jahanam!
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN
Musa, A. dan Yunos, Y. (2013). BOMOH NOMBOR EKOR: SATU KAJIAN KES DI DAERAH PASIR
MAS KELANTAN. Jurnal Melayu Jilid 11.
Mastika. (2021, 19 April). Kali terakhir si KAKI JUDI menurun nombor ekor. Ini cerita yang mereka rahsiakan…. UtusanTV.
Soscili. (2021, 17 November). Jin bomoh berlawan dengan jin syarikat nombor ekor? Ini kajiannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih