Maharaja Pertama Dinasti Qin ni dah jadi maharaja paling power dalam sejarah China. Berjaya satukan tujuh negeri besar jadi satu empayar. Semua orang tunduk hormat, semua seteru kau dah lenyap.

Tapi ada satu benda yang kau tetap tak boleh lawan iaitu Mati. Itulah fobia paling besar dalam hidup Qin Shi Huang.

Dan dek kerana takut sangat nak mati, dia sanggup buat apa saja sampai akhirnya, mati jugak tertelan merkuri.

[Cari Maulhayat Sampai Habis Duit Negara]

Qin Shi Huang percaya, mesti wujud satu “maulhayat” atau eliksir ajaib yang boleh buat dia hidup selama-lamanya. Jadi dia kerah semua cendekiawan, dukun, tukang ramuan dan alkimia untuk cari benda tu.

Ada yang bagi herba, ada yang bagi janji palsu, tapi paling epik seorang ahli nujum bernama Xu Fu kata ada satu pulau dalam lautan sana, nama dia Penglai yang ada lapan manusia abadi jaga air keabadian.

Tapi nak pergi sana, Xu Fu mintak kapal mewah, 6000 anak dara dan macam-macam harta lain konon nak buat ritual. Qin Shi Huang pun bagi.

Maka berangkatlah rombongan tu, tapi sampai ke sudah Xu Fu tak balik. Rupanya dia enjoy hidup mewah entah kat mana.

Tiga tahun lepas Xu Fu lesap, ada orang cuba bunuh Qin Shi Huang. Dia terselamat, tapi makin paranoid.
Sampai dia arah bina laluan bertembok dalam istana sebab takut keluar. Dia arah pasang langsir besar tutup semua jendela. Kalau ada orang bocor lokasi dia? Mati.

Kemudian muncul batu besar jatuh dari langit (ada kata meteor), atasnya tertulis, “Maharaja Pertama Akan Mati.”

Dia mengamuk, tak jumpa siapa tulis, semua orang kampung dia bunuh. Bila dengar tukang ramuan istana menipu pasal eliksir abadi, dia hukum 460 orang dikubur hidup-hidup.

Apa-apa saja yang boleh ugut kelangsungan hidup dia, dia hapuskan.
Lepas hampir 9 tahun Xu Fu tak muncul, Qin Shi Huang sendiri pergi ke Pulau Zhifu nak tengok betul ke ada maulhayat.

Xu Fu bagi alasan lagi, konon ada “ikan gergasi” halang jalan nak ke Penglai. Tapi kali ni maharaja tak nak kena tipu. Dia bawak busur panah sendiri.

Entah kebetulan atau apa, muncul seekor ikan besar (mungkin paus). Xu Fu pun cepat-cepat kata, “Tu la raksasa laut tu!”

Maka Qin Shi Huang tembak dan ikan tu pun mati. Kat batu yang dulu dia ukir, dia tambah satu lagi tulisan: “Aku datang ke Fu dan bunuh seekor ikan.”

Still… tak jumpa juga eliksir abadi.

[Akhirnya Mangkat Juga… Sebab Ramuan Ajaib Tu Sendiri]

Dalam perjalanan pulang dari Pulau Zhifu, Qin Shi Huang jatuh sakit di satu tempat di Hopei. Dia makan ubat dari tabib diraja yang sebenarnya mengandungi merkuri.

Maharaja yang paling takut mati, akhirnya mati sebab tertelan benda yang konon nak bagi dia hidup abadi.

Dan lebih sadis, dia tak sempat umumkan pewaris takhta. Jadi bila dia meninggal, menteri terpaksa sorok mayat dalam pedati antara dua gerabak penuh ikan busuk supaya tak ada orang perasan bau busuk mayat maharaja.

Tak lama lepas tu, berita kematiannya terbongkar. Dan empayar yang dia satukan dengan susah payah, berpecah balik, dilanda perang saudara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.