Pada hari ini, bahasa Sepanyol merupakan bahasa yang dominan di Mexico dan kebanyakan negara di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Namun, terdapat suatu masa di mana Nahuatl, bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat asli di Lembah Mexico, menjadi bahasa kesenian, keilmuan, keagamaan dan kebudayaan bagi wilayah-wilayah Mesoamerika yang diperintah oleh Empayar Aztec.

Walaupun setelah dikolonikan oleh orang-orang Sepanyol, bahasa Nahuatl masih menjadi bahasa yang dipertuturkan seramai 1.6 juta orang dengan kewujudan sejumlah dialek. Di wilayah-wilayah yang mempunyai populasi asli Nahua yang ramai, bahasa ini meraih status yang sama seperti bahasa Sepanyol. Bahasa Nahuatl juga merupakan satu bahasa yang membantu meneguhkan identiti masyarakat Nahua.

APA ITU NAHUATL?

Bahasa Nahuatl klasik adalah lingua franca, yakni bahasa sejagat bagi seluruh masyarakat berbeza yang berada di bawah kelompok tamadun Aztec. Nahuatl adalah sebahagian daripada keluarga bahasa Uto-Aztec, sebuah keluarga bahasa yang dipertuturkan di bahagian barat Amerika Syarikat dan Mexico.

Bahasa Uto-Aztec ini juga merangkumi bahasa-bahasa seperti Shoshoni yang dipertuturkan di Amerika barat. Cabang Uto-Aztec yang merangkumi bahasa Nahuatl dikenali sebagai Uto-Aztec Selatan. Nahuatl mempunyai banyak dialek yang berbeza-beza, yang mana tidak semuanya saling difahami. Kepelbagaian dialek Nahuatl cukup besar hinggakan ia boleh dibahagikan kepada variasi barat dan variasi timur. Dialek-dialek Nahuatl dalam lingkungan masyarakat di Lembah Mexico merupakan dialek yang paling mirip denan Nahuatl Klasik.

Perkembangan dan kemunduran bahasa Nahuatl

Bahasa Nahuatl mempunyai tatabahasa yang rumit. Sifatnya sangat aglutinatif dan polisintetik. Permaknaan sesebuah ayat seringkali boleh diisyaratkan dengan lebih jitu menerusi penggunaan kata imbuhan pada sesebuah perkataan berbanding perkataan yang terpisah.

Nahuatl tidak mempunyai kata khusus bagi peristiwa mahupun jantina. Namun, ia membezakan antara kata nama bergerak dan tidak bergerak. Dialek-dialek Nahuatl juga membezakan antara kata nama yang boleh dimiliki dengan kata nama yang tidak boleh dimiliki. Kata-kata nama bergerak dan tidak bergerak pula mempunyai akhiran jamak yang berbeza dalam beberapa dialek.

SISTEM TULISAN NAHUATL

Tidak seperti Maya, Nahua tidak mempunyai alfabet penuh. Sistem tulisan mereka terdiri daripada campuran ideografik dan tulisan fonetik. Simbol-simbol sama digunakan bagi setiap sistem, dan mana satu yang digunakan bergantung kepada konteks. Justeru, sistem tulisan Nahuatl sebahagiannya bersifat foentik namun tidak secara keseluruhan. Hal ini membuatkannya lebih sukar untuk diterjemahkan terutama pada bahagian berkod (simbol).

Satu contoh simbol dalam bahasa Nahuatl yang digunakan untuk mewakili perkataan atau idea adalah penggunaan simbol skrol bagi menggambarkan ‘tutur kata’ atau ‘penutur’.

Dalam rajah dari Manuskrip Mendoza ini – seorang ayah mengajarkan kepada anak lelakinya yang berusia 12 tahun tentang seni p3rang, dan ibu pula mengajarkan kepada anak perempuannya tentang kerja-kerja rumah, dengan ibu bapa yang bertutur ini diisyaratkan menerusi glif skrol

Sebahagian simbol yang digunakan dalam tulisan Nahua cukup jelas tentang apa yang cuba ia gambarkan, hinggakan mereka yang tidak menuturkan bahasa itu pun boleh mendapatkan gambaran umum tentang apa yang sedang cuba disampaikan.

Misalnya, catatan-catatan tentang kota-kota yang dit4kluk oleh Aztec didokumentasikan dalam campuran glif dan teks dalam Manuskrip Mendoza. Untuk menunjukkan bahawa sesebuah kota itu telah dit4kluk, nama kota ditulis bersebelahan dengan glif yang membawa maksud ‘dit4kluk’, iaitu sebuah simbol kuil (piramid) yang berkeadaan berasap dan terbakar serta puncaknya tumbang.

Logogram yang mewakili kota-kota sedang dit4kluk oleh Aztec, dari Manuskrip Mendoza

Namun, simbol-simbol lain memerlukan pengetahuan berkenaan bunyi dan perkataan yang diwakili oleh simbol berkenaan. Pada hari ini, campuran di antara simbol tradisional dan abjad Latin digunakan untuk menulis bahasa Nahuatl.

Nama-nama tempat seperti Mapachtepec (“Bukit Rakun”), Mazatlan (“Tempat Rusa”), dan Huitzlan (“Tempat Duri”) yang ditulis dalam sistem tulisan Aztec, dari Manuskrip Mendoza


PENUTUR BAHASA NAHUATL: MASYARAKAT NAHUA

Masyarakat Nahua berkemungkinan berasal dari gurun di bahagian barat laut Mexico dan barat daya Amerika. Sekitar tahun 500M, masyarakat Nahua yang terawal tiba di Lembah Mexico dan mengamalkan kehidupan bertani dan urban yang sudah pun diamalkan oleh tamadun Mesoamerika. Menjelang kurun ke-13, Nahua menubuhkan sejumlah negara kota di seluruh Lembah Mexico.

Salah satu perpindahan terakhir suku Nahua ke Lembah Mexico dari wilayah utara adalah Mexica, yang tiba sekitar tahun 1200M dan kemudiannya menetap di sebuah pulau yang terletak di Tasik Texcoco. Di pulau tersebut, mereka membina kota yang kelak membentuk Tenochtitlan. Tenochtitlan berkembang dan meraih kekuasaan yang signifikan pada kurun ke-15. Lalu, ia membentuk persekutuan tiga serangkai dengan Tlacopan dan Texcoco untuk membentuk Empayar Aztec.

Menerusi perluasan Empayar Aztec, bahasa Nahua menjadi bahasa yang dipertuturkan secara meluas di Mexico dan Amerika Tengah. Menjelang tahun 1519, ketika para conquistador tiba, bahasa Nahuatl dalam bentuknya yang klasik merupakan bahasa pentadbiran, perundangan, keilmuan dan keagamaan.

Bahkan setelah pen4klukan Sepanyol ke atas Mexico, bahasa Nahuatl kekal menjadi bahasa penting yang dipertuturkan oleh masyarakat asli. Teks-teks Nahuatl dijadikan sebagai sumber utama oleh para arkeologis dan sejarahwan untuk mempelajari tentang budaya Mexico purba, termasuklah kepercayaan mereka.

Halaman pertama Manuskrip Mendoza

KEPERCAYAAN MASYARAKAT NAHUA

Sama seperti budaya-budaya Mesoamerika yang lain, Nahua mempunyai sistem keagamaan yang berpusat di sekitar dewa-dewa. Antaranya seperti dewa naga yang dikenali sebagia Quetzalcoatl. Mereka meyakini bahawa sejarah ini bersifat kitaran dan ia terbahagi kepada empat zaman. Setiap zaman diperintah oleh matahari yang berbeza.

Nahua juga mempercayai bahawa zaman kini adalah zaman keempat dan manusia yang wujud pada hari ini adalah ras manusia keempat. Sesiapa sahaja dewa yang memerintah sebagai matahari bertanggungjawab untuk memberikan keamanan buat alam semesta dan membolehkan kehidupan dilangsungkan. Tanpa matahari, dipercayai bahawa huru-hara akan menguasai alam dan kesemua hidupan akan berakhir.

Batu kalendar Aztec di Plaza Hutan Rumput “Plaza Warisan Mesoamerika”

Ketika para mubaligh Sepanyol menukarkan agama masyarakat Nahua menjadi Kristian, kepercayaan Nahua terhadap dewa matahari dapat dikekalkan. Kebanyakan Kristian-Nahua pada peringkat awal menganggap Christ sebagai permisalan bagi dewa matahari. Antara penemuan menarik berkaitan Kristian-Nahua adalah terjemahan Book of Proverb dan beberapa buku lain yang dikaitkan dengan Sulaiman yang diterjemahkan ke dalam bahasa Nahuatl, di mana kesemua manuskrip ini dipercayai dihasilkan pada era kolonial awal.

LEGASI MASYARAKAT NAHUA DAN BAHASA NAHUATL

Kepentinan yang dipegang oleh bahasa Nahuatl dan masyarakat Nahua sama seperti kepentingan yang dipegang oleh bahasa Latin dan masyarakat Latin bagi sejarah Itali purba, yang kelak melahiran pemerintah-pemerintah Empayar Rom.

Seandainya kehadiran Sepanyol tidak menamatkan sejarah Mesoamerika pada tahun 1519, berkemungkinan masyarakat asli Amerika akan mendapati Empayar Aztec saling tidak tumpah seperti Empayar Rom di mata Eropah Barat.

TERJEMAHAN:

Caleb Strom. (1 Ogos 2018). Nahuatl, The Language of the Aztec Nation. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/nahuatl-language-0010476


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.