Semua orang sukakan fantasi. Tak kiralah fantasi scifi, fiksyen, imaginasi, alternative reality atau surreal. Sebab tu kita suka tonton filem-filem yang banyak berunsurkan dunia fantasi. Contohnya, kita suka tonton filem superhero The Avengers, Man of Steel, scifi Interstellar, fiksyen Kingsman, dan filem-filem realiti alternatif seperti Suamiku Encik Perfect 10 (urgghh).

Siapa dah tengok filem Hobbit yang terbaru ni? The Desolation of Smaug dan The Battle of Five Armies? Atau filem How To Train Your Dragon 2? Shrek? Game of Thrones? Dah tentu anda akan perasan kewujudan karakter naga didalam filem tu kan? Siapa tak sukakan naga, ye tak?

Naga atau dragon (Greek : drákon – to watch), seperti yang anda tahu, adalah seekor haiwan mistik yang sangat popular dalam kisah-kisah mitos masyarakat dahulu kala. Bila kita sebut pasal naga, apa yang akan kita bayangkan adalah seekor haiwan reptilia besar berbentuk seperti cicak atau ular, bersifat karnivor, bersisik keras, bersayap (atau tidak) dan paling tidak, mampu menghasilkan nafas berapi daripada mulutnya.

Naga di bahagian barat dunia digambarkan sebagai satu entiti pemusnah, yang mana hanya dilambangkan sebagai pembawa bala, kematian, kerosakan dan kemusnahan. Ia seringkali dikaitkan dengan sifat menjaga pelbagai perkara yang bagi kita adalah bernilai, conntohnya puteri sesebuah kerajaan atau kekayaan emas sesebuah empayar.

Tapi ia sekadar satu simbolik heroic bagi mereka yang bakal menentang naga itu. Naga di bahagian Timur pula, terutamanya di kawasan Asia Tenggara diterima sebagai satu simbol kemakmuran, kuasa dan kesuburan. Naga hanya terkenal didalam kisah fiksyen dongeng, mistik, mitos dan cerita rakyat masyarakat dahulu kala. Simbolik naga juga sering dijadikan sebagai satu lambang kemegahan sesebuah kerajaan, empayar atau negara tertentu, sama seperti singa, harimau, ular dan helang.

Tapi, secara saintifik, adakah haiwan sehebat naga itu mampu wujud didalam dunia ini? Kalau naga itu wujud, macam mana ia mampu menyembur api, terbang dengan badan yang terlalu besar dan susah nak dikalahkan? Bagaimana ia berfungsi?

Kita akan selami keberadaan naga melalui dunia sains!

AWAS : Artikel ini adalah satu artikel sains fiksyen, dan akan penuh dengan teori sains yang tidak begitu mendalam.

KEWUJUDAN 

Sebenarnya, saya pun tak tahu. Tak siapa tahu berkenaan adakah naga itu wujud ataupun tidak. Ada beberapa pihak yang menafikan kewujudan naga kerana tiada sebarang fosil yang ditemui dari awal kemunculan kisah mistik ini. Tiada sebarang fosil, jejak, penampakan mahupun sebarang kejadian yang berkaitan dengan naga. Malah naga diklasifikasikan sebagai haiwan dongeng fantasi, sekumpulan dengan Big Foot, Loch Ness, dan UFO (alien).

Walaubagaimanapun, tiada bukti tidak bermaksud tidak wujud. Maksud saya, kemungkinan itu ada. Seperti jerung Megalodon, tiada siapa yang mampu buktikan kewujudan dan ketidakwujudan haiwan ini. Saintis mengesahkan bahawa setakat ini, manusia hanya menemui 14% spesies haiwan didunia ini. 86% lagi masih tidak diketahui dan ditemui (National Geographic Society). Tak mustahil naga tergolong dalam 86% spesies tersebut. Dan kita hanya meneroka kurang dari 5% lautan didunia (NOAA USA). 5% itu bukan satu angka yang besar.

Ia tersangatlah kecil. Mungkin ada naga yang menjadikan lautan dalam, dasar laut dalam sebagai habitatnya. Malah, manusia setakat ini baru sahaja mengali kedalaman tanah sehingga 12km sahaja (Kola Superdeep Borehole). Masih jauh lagi jarak yang perlu diteroka oleh manusia untuk sampai ke pusat Bumi. Ada kemungkinan terdapat banyak lagi poket tanah yang boleh dijadikan habitat naga dibawah tapak kaki kita ini.

Masih banyak lagi terra incognita yang wujud didunia ini. Bahkan segi tiga Bermuda pun masih menjadi suatu misteri, tak salah untuk saya katakan mungkin ada naga yang mendiami kawasan itu, selagi mana tiada penerokaan sebenar dibuat.

Peratusan kemungkinan untuk seekor naga itu wujud didunia ini adalah tinggi selagimana tiada sebarang penemuan diutarakan. Kemungkinan itu besar. Atau kemungkinan itu tiada. Tak siapa tahu.

KEBOLEHAN UNTUK TERBANG

Naga, dalam mitos Barat, digambarkan sebagai haiwan yang sangatlah besar, dari ukuran panjang hidung ke ekor dan ukuran lebar sayap ke sayap. Macam mana ia mampu terbang, mengimbangi tubuh badannya, dan memecut diudara?

Untuk memungkinkan seekor haiwan besar untuk terbang ke udara, kita kena faham apa itu BESAR, tapi RINGAN. Mula-mula jom kita fahami sifat gas hidrogen (hydrogen, H2). Hidrogen adalah satu gas tak berwarna, tak berbau, yang sangat mudah terbakar, 14 kali lebih ringan daripada udara (air).

Biohidrogen adalah hidrogen yang mampu dihasilkan secara biologikal, oleh algae dan bakteria. Dalam soal naga ini, saya lebih fokuskan pada bakteria clostridium butyricum yang boleh menghasilkan hidrogen 50% lebih efisien. Dan bakteria ini boleh dijumpai pada beberapa spesies haiwan. Apa akan berlaku kalau kita pamkan gas hidrogen dalam belon?

Ia terbang dan terapung, kan? Sekarang, bayangkan seekor naga mempunyai satu lagi organ lebih, berbentuk seperti paru-paru tetapi digunakan untuk menyimpan gas hidrogen. Ini akan mengurangkan ketumpatan badan dan membuatkannya lebih ringan untuk penerbangan. Dengan daya angkat (lift force) yang cukup daripada sayapnya yang teramat besar, naga mampu menerbangkan dirinya keudara.

[http://www.animalplanet.com/…/…/dragons-how-did-dragons-fly/]

Bukan setakat itu sahaja. Tulang-temulang naga juga memainkan peranan dalam penerbangannya. Seperti yang kita tahu, tulang manusia adalah padat, dan sesetengah tulang panjang manusia mempunyai bahagian yang kita panggil sebagai sum-sum tulang (bone marrow). Namun haiwan terbang seperti burung, mempunyai tulang yang kosong (hollow) dibahagian dalamnya. Sesetengah daripada tulang ini dipenuhi udara yang disalurkan daripada paru-paru tulang tersebut.

Tulang seperti ini berfungsi untuk mengurangkan berat badan burung dan meningkatkan penggunaan oksigen secara cepat dan berterusan. Sebab tu burung mampu berhijrah untuk jarak yang jauh tanpa rasa penat. Tapi, kalau tulang burung kosong didalamnya, tidakkah ia akan menjadi rapuh dan mudah patah?

Tidak, kerana didalam tulang ini terdapat struktur-struktur berbentuk seperti tiang yang menyokong bahagian dalaman tulang ini, dipanggil sebagai internal bone struts. Ini bermakna, dengan tulang besar yang dimiliki oleh naga, pastinya ruangan kosong itu lebih luas dan tiangnya lebih padat dan kukuh. Lihat pada gambar ini :

Bercakap soal penerbangan, salah satu faktor yang perlu kita fahami untuk mendapatkan penerbangan yang lancar adalah sistem aerodinamik naga. Seperti jet pejuang, ia mempunyai bentuk rangka yang aerodinamik, yang mana membantunya untuk mengurangkan rintangan dan meningkatkan kelajuan semasa memecut diudara.

Begitu juga dengan jerung, yang mana memerlukan bentuk yang lebih fluid dynamic. Jerung mempunyai sisik yang sangat unik, berbentuk V dan mempunyai tekstur pada sisik yang mana mengurangkan kesan geseran (drag friction) pada kulitnya.

Sisik jerung ini membantu dengan meningkatkan fluid dynamic dan seterusnya memudahkan ia pecut didalam air. Hal ini juga boleh dipraktikkan pada seekor naga.

Scanning electron micrograph of the overlapping placoid scales of a White Shark.

Dengan bentuk biologikalnya yang kompleks dan unik, sisik yang aerodinamik ditambah dengan tujahan yang kuat dari sayap gagahnya, naga mampu terbang ke udara.

KEBOLEHAN MENGHEMBUS API

Ini adalah salah satu soalan yang paling mengganggu fikiran logik kita bila kita fikirkan tentang naga. Kebolehan untuk menghembus api kearah pihak lawan dan merentungkan segala apa yang ada dihadapannya. Epik sungguh! Untuk kita rungkaikan kebolehan ini, kita kena tahu apa yang membuatkan api itu wujud. Apa faktor yang diperlukan untuk api itu menyala.

Api memerlukan empat perkara untuk memastikan pembakaran berlaku, iaitu haba (heat), bahan bakar (fuel), agen pengoksida (oxidizing agent) dan reaksi rantaian kimia (chemical chain rection). Ini dipanggil sebagai ‘fire triangle / tetrahedron’.

Contoh bagi haba adalah percikan api, geseran dan petikan api, bahan bakar adalah methane atau hydrogen. Dan agen pengoksida adalah oksigen itu sendiri. Semua ini memerlukan reaksi kimia berlaku antara satu sama lain, barulah api dapat dihasilkan. Perkara yang sama juga adalah perlu untuk seekor naga untuk menghasilkan semburan api.

Okay, untuk agen pengoksidaan, tak perlulah saya ceritakan. Kita semua pun dah tahu yang udara persekitaran kita ni terdiri daripada 21% oksigen, kan?

Bagi teori bahan bakar untuk semburan api oleh naga, terdapat beberapa teori. Salah satu yang dikemukakan oleh Henry Gee, pakar paleontologi, adalah penggunaan diethyl ether, satu pelarut organik. Ianya boleh dihasilkan dengan ‘mengeringkan’ ethanol dengan asid sulfurik. “Ia (diethyl ether) sangat sukar untuk dikendalikan tanpa ia terbakar secara spontan.

Sedikit tumpahan mampu menghasilkan sambaran api dengan begitu pantas sekali“, ujar beliau. Beliau menceritakan bagaimana naga mungkin mampu untuk mensintesiskan diethyl ether secara biologikal, iaitu dengan mempunyai satu komuniti mikrob yang terdiri daripada yis dan organisma lain (yang menghasilkan ethanol) dan bakteria (yang menghasilkan asid sulfurik) untuk menghasilkan bahan kumuh diethyl ether.

Dalam kata mudah, naga memerlukan yis yang menghasilkan ethanol dan bakteria yang menghasilkan asid sulfurik untuk mencipta diethyl ether. Api yang dinyalakan menggunakan diethyl ether akan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan ia tidak mudah dipadamkan dengan air, menunjukkan betapa hebatnya api yang dihasilkan.

Teori kedua adalah penggunaan gas hidrogen dan methane. Tadi kita dah terangkan bagaimana naga menyimpan gas hidrogen dan oksigen melalui paru-paru kedua dan tulang, bukan? Sekarang kita nak ceritakan penghasilan gas hidrogen dan methane dari sistem pencernaan naga.

Naga, dalam kebanyakan kisah dongeng, adalah bersifat omnivor, dan ada kalanya ia dikatakan memakan apa sahaja yang ada, termasuk dinding-dinding batu dan haiwan ternakan. Ini adalah sesuai dengan set gigi omnivor yang terdiri daripada gigi yang tajam (untuk mengoyak daging) dan gigi rata (untuk menghancurkan batu bata dan lain-lain).

Diet yang pelbagai ini memberikan kita satu soalan, mengapa ia memakan batu sedangkan batu bata tidak mempunyai nilai khasiat untuk dirinya. Jadi kita lihat haiwan yang menggunakan batu dalam diet untuk membantu proses pencernaan, iaitu burung. Burung mempunyai dua bahagian (chamber) perut. Bahagian pertama, proventriculus, bertindak untuk menghasilkan asid untuk memecahkan partikel makanan, sama seperti perut manusia.

Tapi disebabkan snek seperti biji dan kekacang yang ada dalam diet burung adalah keras dan susah untuk dicerna, burung perlu menelan batu-batuan kecil. Batu-batuan kecil ini akan berkumpul di bahagian perut kedua, gizzard untuk membantu memecahkan kekacang keras tersebut. Naga mengamalkan diet berbentuk binatang ternakan (dan kadang kala manusia), jadi ia menelan hampir apa saja yang ada didepannya tanpa peduli untuk mengunyah tulang-temulang simangsa.

Tulang ini akan menyukarkan pencernaan berlaku, jadi ia perlu menelan batu-batuan dan mengisarkannya untuk mudah dihadam. Tapi, berlainan dengan burung, sistem ini juga akan membantu dalam proses penyemburan api naga. Jika kita anggap naga mengikuti cara yang sama seperti burung, maka naga akan mempunyai asid dan makanan berlebihan didalam kedua-dua bahagian perutnya selepas pencernaan selesai. Bakteria didalam usus naga akan mencerna baki lebihan makanan ini dan menghasilkan gas usus yang terdiri daripada gas methane dan hidrogen melalui proses fermentasi.

Perkara ini juga berlaku dalam perut manusia, dan gas ini dimenghasilkan sendawa, kembung perut, dan kentut. Tapi tak best la kalau naga keluar kentut berapi kan? So kita teorikan bahawa naga mampu menyimpan gas methane dan hidrogen ini didalam ruangan tertentu, contohnya paru-paru kedua (yang kita bincang tadi) dan mampu menggunakannya bila perlu untuk menghasilkan api. Maka terjadilah bahan api melalui mulutnya, dan bukan kentutnya. Haha.

Dan yang ketiga, haba. Haba diperlukan untuk api menyala, seperti dalam combustion triangle tadi. Macam mana naga nak hasilkan haba? Naga menghasilkan haba melalui percikan api. Jawapannya terletak pada gigi naga yang besar dan keras ini. Apabila naga mengunyah dan mengisarkan batu-batuan tadi, serpihan batu yang tinggi dengan kandungan logam contohnya magnesium akan tertinggal diantara giginya.

Apabila naga menyembur gas methane dan hidrogen (atau diethyl ether) yang disimpan tadi, gas-gas ini akan bercampur dengan oksigen diudara dan dinyalakan dengan geseran logam di giginya. Maka gas-gas ini akan dinyalakan serta merta. Kombinasi percikan dari logam batuan dan penghasilan gas selepas pencernaan ini sangat sempurna bagi naga untuk menyembur api!!

“Tapi, tapi, tapi. Saya tengok cerita How To Train Your Dragon 2 tu, ada naga hembus ais! Camna tu?”

Mudah sahaja! Untuk naga menghasilkan semburan ais, mula-mula ia kena rendahkan suhu sekeliling. Ais akan terhasil dengan suhu yang rendah. Dan jawapannya adalah liquid nitrogen (LN2).

Liquid nitrogen akan berubah menjadi beku apabila ia mencecah suhu -210°C. Inilah yang diperlukan oleh naga untuk membekukan persekitarannya. 78% daripada udara persekitaran kita terdiri daripada gas nitrogen. Untuk mendapatkan nitrogen dalam bentuk cecair (liquid), naga perlu ada sebuah pundi yang mampu menyimpan udara didalamnya.

Pundi ini mampu menapis udara dan hanya menyimpan nitrogen sahaja. Apabila kuantiti nitrogen telah mencukupi didalam pundi ini, pundi ini akan mula menguncup (constrict) untuk meningkatkan tekanan didalam pundi tersebut. Peningkatan tekanan akan menyebabkan partikel nitrogen hilang tenaga untuk bergerak dan mula rapat antara satu sama lain. Dan ini akan mula menyebabkan gas nitrogen berubah menjadi nitrogen cecair LN2.

Namun begitu, apabila tekanan meningkat, suhu juga meningkat. Dan gas nitrogen memerlukan haba untuk mendapatkan tenaga. Suhu ini boleh dikurangkan dengan pengaliran darah yang kerap dan banyak pada kawasan dinding pundi dan berdekatan. Pengaliran darah akan membantu membawa haba keluar daripada pundi, tambahan pula reptilia seperti naga mempunyai darah sejuk.

Tambahan pula, libasan sayap naga dan habitatnya yang beraltitud tinggi mampu mengekalkan suhu badannya pada suhu yang rendah.Proses ini akan berlaku secara berterusan. Gas nitrogen akan menerima tekanan demi tekanan dan penambahan gas nitrogen akan berlaku secara berterusan sehinggalah gas nitrogen bertukar menjadi cecair sepenuhnya.

Akhirnya, LN2 akan dihasilkan dan disalurkan ke bahagian mulut untuk menyembur ais. Jika naga menyemburkan liquid nitrogen dalam bentuk semburan yang bertekanan tinggi (cth semburan paip bomba) dalam kuantiti yang sangat banyak kearah satu sasaran, ia mampu merendahkan suhu sasaran tersebut sehingga keparas yang sesuai untuk ia membeku sepenuhnya.

“Bagaimana dengan elektrik? Ada naga mampu menembak panahan elektrik kearah mangsa.”

Benar, dan kreatif. Naga hanya memerlukan tiga organ utama yang sama seperti belut elektrik untuk menghasilkan caj elektrik. Tiga organ tersebut adalah organ utama, organ Sach’s dan organ Hunter’s. Belut elektrik mampu menjana kira-kira 600V dan secara teorinya mampu membunuh manusia.

Belut elektrik mempunyai berat kira-kira 20kg sahaja. Kita bayangkan naga kita bersaiz kira-kira 500kali ganda, 10,000kg. Dengan saiz organ yang sepadan, naga mampu menjana kira-kira 300,000V. Ia hanya memerlukan sepasang taring atau gading untuk memfokuskan penjanaan elektrik yang bertindak seperti elektrod. Tapi bagaimana naga tersebut mengelak dari dipanah elektrik sendiri?

Untuk menjadikan tubuhnya penebat elektrik, naga perlu melapisi badannya dengan satu bahan organik terbaik sebagai penebat, beeswax. Sama ada ia mampu mengeluarkan beeswax daripada pori kulitnya atau ia menghabiskan masa melapisi dirinya dengan beeswax tersebut. Ini akan menghasilkan satu lapisan yang berkilat pada kulit naga tersebut, yang mana membuatkannya lebih cantik. Ia juga mampu dijadikan sebagai bahan kalis air.

KULIT SEAKAN BESI

Untuk memastikan haiwan gah ini tidak mudah dikalahkan dengan pedang, panah besi dan lain-lain senjata, ia harus mempunyai sisik yang sangat kuat. Dan ciri ini dapat ditemui pada bahan karbon nanotubes bernama carbyne, yang mana ia kuat berbanding diamond dan graphite.

Elemen karbon tersangatlah banyak kuantitinya didalam haiwan organic seperti naga dan lapisan nanotubes ini mempunyai tahap konduktiviti haba yang sangat tinggi, membuatkannya kalis api. Ciri kekuatan dan lapisan kalis api ini membuatkan ia tersangatlah sesuai dengan naga.

Link carbyne : http://www.technologyreview.com/…/new-form-of-carbon-is-st…/

Dari kacamata sains, kewujudan naga itu bukanlah satu ketidakmungkinan. Hanya dengan sistem biologikal yang unik dan penggunaan bahan yang sedia ada memungkinkan kewujudan naga di dunia moden ini.

Cuma kita perlu rajin cari kewujudannya !!

Harap anda terhibur dengan artikel scifi ini !

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Leave A Reply