Naga merupakan makhluk legenda yang cukup dikenali, lebih-lebih lagi kerana ia muncul dalam kebanyakan legenda di dunia. Secara umum, tubuh naga digambarkan seperti ular dan walau seberat mana pun badannya, ia berupaya untuk terbang. Rata-rata mengenali naga sebagai makhluk berkaki empat. Namun, ada juga yang hanya punya dua kaki dan ada pula yang langsung tiada.
Bagi masyarakat Eropah pada zaman pertengahan, naga dalam bayangan mereka dilengkapi dengan sayap dan nafasnya pula mampu melepaskan api. Kebiasaannya, naga dianggap sebagai makhluk jahat.
Namun, bukan semua lelaki sama dan bukan semua naga serupa. Bagi masyarakat di belahan timur bumi, naga tidak mempunyai sayap dan ia kebiasaannya dikaitkan dengan cuaca – khususnya hujan (dan juga banjir). Tambahan, ia dianggap sebagai makhluk suci, justeru dihormati dan dipandang tinggi. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa legenda berkaitan naga di serata dunia.
NAGA DALAM TAMADUN EROPAH: KISAH SAINT GEORGE DAN NAGA SILENE
Kisah berkaitan naga dari benua Eropah yang paling masyhur tidak lain dan tidak bukan adalah legenda Saint George. Beliau diyakini hidup pada kurun ke-3 Masehi. Namun, kisah pertarungannya dengan Naga Silene hanya tular seribu tahun kemudian, terutama menerusi karya The Golden Legend – himpunan riwayat hidup orang-orang kehormat (saint) dalam dunia Kristian. Ia disusun pada kurun ke-13 Masehi oleh Jacobus da Varagine, ketua biskop dari Genoa, dan kemudian dicetak ke dalam Bahasa Inggeris oleh William Caxton pada tahun 1483.
Menurut manuskrip itu, Saint George dilahirkan di Cappadocia, Turki moden. Setelah usianya menginjak dewasa, beliau menumpahkan khidmat dalam pasukan ten-tera Rom. Suatu hari, beliau membawa diri ke Libya dan berhenti di sebuah pekan bernama Silene. Sejak sekian lama, pekan tersebut menjadi mangsa seekor naga yang hidup di dalam tasik berhampiran.
Demi keselamatan, penduduk pekan rela memberikan kor-ban kepada naga itu pada setiap hari. Mulanya, dua ekor kambing. Kemudian, seekor kambing dan seorang manusia. Kemudiannya lagi, anak kecil dan anak belia. Kebiasaannya, mangsa kor-ban dipilih menerusi cabutan undi.
Beberapa detik kemudian, naga pun memunculkan diri. Saint George lantas dengan pantas membuat isyarat salib lalu memacu tunggangan dan menye-rangnya dengan lembing. Tikaman mengena dan naga pun tercedera. Saint George lalu meminta bengkung milik puteri untuk mengikat leher mangsanya itu.
Sebaik selesai, beliau pun membawa puteri pulang ke pekan sambil mengheret bersama si naga. Beliau mahu menamatkan riwayatnya di sana. Itu pun kalau mereka rela menjadi saudara seagamanya. Seperti yang kita boleh jangka; nyawa lebih berharga buat mereka. Maka, naga itu pun dihabiskan dan penduduk Silene dibaptiskan.
NAGA SEBAGAI PEMBAWA RAHMAT BAGI MASYARAKAT TIMUR
Di barat, naga dipandang jahat. Namun di timur, ia dihormati sebagai makhluk yang luhur. Dalam tamadun China, Jepun, dan Korea sebagai contoh, raja naga dinamakan sebagai pembawa rahmat dan penurun hujan. Hujan sememangnya nadi dalam pertanian. Maka, raja naga amat dimuliakan.
Kononnya, jika ia murka, maka bencana alam seperti banjir, puting beliung, dan ribut taufan akan ditimpakan ke atas manusia. Oleh kerana itulah raja naga perlu sentiasa dipuja. Bagi masyarakat timur, raja naga digambarkan berupa seperti manusia. Mereka diimaginasikan hidup di istana dasar laut, dengan kesemua makhluk di lautan adalah rakyat jelata yang tunduk pada pemerintahannya.
NAGA DI TIMUR MEMPUNYAI CIRI SEMBILAN HAIWAN BERBEZA
Asal-usul rupa fizikal naga dalam tamadun China dan rumpun yang seangkatan dengannya boleh dijejak dalam legenda Huangdi, maharaja yang dianggap sebagai leluhur seluruh masyarakat China. Dikisahkan, beliau meme-rangi sembilan suku yang hidup di Lembah Sungai Kuning. Kesemuanya berjaya ditewaskan.
Kemudian, totem atau simbol haiwan yang digunakan oleh setiap suku tersebut digabungkan lalu membentuk simbol naga milik Huangdi. Semenjak itulah, naga bagi tamadun China mempunyai ciri sembilan haiwan berbeza; mata udang, tanduk rusa, mulut kerbau, hidung anjing, misai ikan keli, bulu kepala singa, ekor ular, sisik ikan, dan cakar helang.
NAGA AYIDA-WEDDO DALAM AGAMA VODOU, AFRIKA BARAT
Bagi penganut agama Vodou, khususnya di Benin dan Haiti, mereka memuja suatu semangat (disebut loa) yang dikenali sebagai Ayida-Weddo atau Naga Pelangi. Rupa Ayida-Weddo agak berlainan dengan naga di timur mahupun barat. Ia saling tidak tumpah seperti ular gergasi, cuma sisiknya agak berkilauan.
Ayida-Weddo dipuja sebagai semangat kesuburan, pelindung air, ular, dan pelangi. Menurut mitos, penciptaan alam semesta dimulakan dengan bumi dilingkari oleh seekor naga – kononnya untuk mengelakkan bumi dari run-tuh. Kemudian, hujan pertama turun membasahi bumi lalu Ayida-Weddo pun memunculkan diri. Naga pertama yang bernama Dambala Wedo jatuh cinta pada Ayida-Weddo dan mereka pun berkahwin atau menyatu, membentuk seisi semesta.
Bagi penganut Vodou, kedua-dua naga tersebut dipercayai mengajarkan hal-ehwal kehidupan kepada manusia dengan harapan mereka dapat memupuk jiwa dan menjalani hidup yang lebih bermakna.
NAGA APEP SEBAGAI SETERU DEWA MESIR RA
Sama seperti Ayida-Weddo, Apep dalam tamadun Mesir digambarkan sebagai ular gergasi. Cuma bezanya, Apep dilihat sebagai makhluk jahat yang menebarkan kekacauan, kehan-curan, dan kegelapan. Salah satu mitos utama tentang Apep adalah perta-rungannya dengan dewa matahari Ra pada setiap malam.
Menurut masyarakat Mesir Purba, matahari muncul di dada langit kerana Ra mengembara dengan menggunakannya sebagai pedati (atau perahu). Setiap malam, Ra perlu mengharungi ranjau berduri di Alam Bawah. Antara ancaman yang paling bahaya di sana adalah Apep si naga.
Mitos tidak menceritakan secara jelas di manakah kediaman Apep. Versi umum mengatakan ia bersemayam betul-betul di sebalik ufuk dan muncul tepat sebelum subuh. Kisah pertarungannya dengan Ra juga tampil dengan banyak versi. Di sini, kami kongsikan secara ringkas satu versi yang biasa diceritakan.
Alkisah, Apep disifatkan sangat berbahaya. Renungan matanya mampu membelenggu pergerakan sesiapa pun jua, termasuklah Ra dan pengikut-pengikutnya. Mujur, Seth si dewa kekacauan yang memihak Ra (dalam versi ini) kebal dari pukauan Apep. Maka, Seth-lah yang meni-kam Apep dengan lembing dan membolehkan Ra meneruskan perjalanannya bersama matahari.
Tidak cukup begitu, mereka juga mengadakan upacara Pengusiran Apep pada setiap tahun. Dalam upacara itu, patung lilin Apep akan dibakar sebagai simbol keselamatan buat umat manusia bagi tahun tersebut.
Bagi masyarakat Mesir Purba, kekalahan dewa-dewi dalam perta-rungan menen-tang Apep akan mengakibatkan matahari tidak lagi terbit sekali gus mempercepatkan kiamat. Oleh kerana itu, mereka mengasaskan beberapa istiadat tertentu yang bertujuan melindungi dunia dari gangguan Apep. Ritual-ritual tersebut dilaksanakan oleh golongan pendeta pada setiap malam, dengan harapan dapat membantu Ra menewaskan naga pemus-nah itu.
MITOS NAGA PIASA BAGI MASYARAKAT ASLI AMERIKA
Dunia Baru turut tidak ketinggalan dari mitos berkaitan naga. Antaranya, Naga Piasa (atau Burung Piasa) yang dilukiskan rajahnya pada tebing bukit berhampiran Sungai Mississippi. Catatan terawal setakat yang diketahui berkenaan lukisan tersebut disediakan oleh Jacques Marquette, seorang peneroka dari Perancis yang menyaksikannya semasa mengunjungi Mississippi pada tahun 1673.
Menurutnya, lukisan tersebut mengandungi rajah dua ekor raksasa. Setiap satunya bersaiz seperti seekor anak lembu. Ia mempunyai tanduk rusa di kepala. Matanya merah. Wajahnya pula seakan manusia dengan bulu kepala singa. Tubuhnya panjang seperti ular dan penuh bersisik. Ekor pula seperti ikan, namun sedikit panjang.
Kemudian pada tahun 1836, bekas profesor bernama John Russel menyiarkan tulisan yang menceritakan kisah di sebalik lukisan tersebut. Kononnya, makhluk itu dikenali dengan nama Piasa. Dalam bahasa Illini, ia bermaksud ‘burung pemakan manusia’. Tambah Russell lagi, Naga Piasa pernah memangsakan kampung-kampung masyarakat asli. Ramai pahlawan mereka menjadi kor-ban.
Huru-hara sedemikian terus berlanjutan, hinggalah seorang penguasa bernama Ouataga memasang perangkap dan menawarkan diri sebagai umpan. Ketika Naga Piasa menyasarkan dirinya, 20 orang pahlawan yang sedia menanti segera keluar membuat se-rangan hendap dan membidik panah beracun. Piasa berjaya ditum-bangkan, justeru kampung pun terselamat.
Bagaimanapun, Russell kemudian membuat kenyataan bahawa cerita tersebut hanyalah rekaan beliau semata-mata. Terlajak perahu boleh diundur. Tetapi jika terlajak cerita, maka lahirlah legenda urban tanpa asal-usul seperti legenda Naga Piasa yang direka-reka bagi mensensasikan lukisan yang dijumpai di tebing bukit berhampiran Sungai Mississippi.
TEJU JAGUA – NAGA BERKEPALA TUJUH DALAM MITOLOGI GUARANI
Mitos terakhir ini diambil dari suku Guarani yang menetap di Amerika Selatan. Ia mengisahkan tentang seekor naga bernama Teju Jagua yang disifatkan sebagai cicak gergasi namun berkepala tujuh ekor anjing. Kononnya, mata Teju Jagua mampu mengeluarkan api yang membakar.
Naga tersebut lahir sebagai anak sulung kepada Tau (semangat jahat) dan Kerana (wanita dari kalangan manusia). Hendak dijadikan cerita, Tau mengurat Kerana dengan berubah menjadi pemuda tampan. Tujuh hari tanpa henti, Tau menziarahi Kerana namun tetap juga gagal menambat hatinya. Lantas, Tau bertekad mahu mencu-lik Kerana. Namun, hasrat itu dihalang oleh Angatupyry si semangat baik. Setelah berta-rung selama tujuh hari dengan Angatupyry, Tau pun tewas.
Namun, keka-lahan itu tidak menghalang Tau untuk mencu-lik Kerana. Dengan bantuan Pytajoyai si dewa keberanian, Angatupyry disekat sekali gus membolehkan Tau mencu-lik dan menghamili Kerana. Manusia kemudian memanjatkan doa kepada dewi bulan supaya Tau dihu-kum. Maka. Tau dan keturunannya pun menerima kutukan. Kesemua tujuh anaknya lahir menjadi raksasa, termasuklah naga Teju Jagua.
Walaupun rupa parasnya kelihatan ganas, Teju Jagua tidaklah berbahaya. Tupa, dewa tertinggi bagi suku Guarani, menciptakan Teju Jagua sebagai makhluk herbivor. Pemakanannya hanya merangkumi bebuahan, termasuklah madu. Justeru itu, Teju Jagua dipuja oleh suku Guarani sebagai pelindung bebuahan.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (13 Oktober 2019). Dragon Myths: Tales of Beasts, Beauties, and Brutes. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih