Nabi Musa memang terkenal dengan kegagahan baginda yang luar biasa. Nak tanya sikit, korang pernahkah dengar kisah baginda menumbuk malikat maut? Apa yang jadi sebenarnya?
Kisah ini disebut oleh Ismail bin Kathir atau lebih dikenali sebagai Imam Ibnu Kathir dalam kitab Qaṣaṣ ul-Anbiyāʾ. Ia juga disebut dalam Hadis Sahih al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Selepas kemenangan pasukan Bani Israil yang menewaskan bangsa Amaliqah, ajal maut baginda sudah tiba. Justeru, Allah menyuruh malaikat maut untuk menjemput Nabi Musa ke alam barzakh.
Malaikat maut turun ke padang Tiih dalam bentuk seorang manusia biasa yang tidak dikenali. Sewaktu ini, Bani Israil sedang bersiap sedia untuk memasuki Baitulmuqaddis. Pada suatu masa, malaikat maut mendekati Nabi Musa secara bersendirian. Ia mengatakan kepada baginda: “Oh Musa, penuhilah panggilan Tuhanmu!”
Cuba korang bayangkan, kalau ada lelaki tak dikenali bagitau nak cabut nyawa, apa korang buat? Apa yang Nabi Musa buat adalah Baginda menampar lelaki itu sekuat hatinya sampaikan mata sebelahnya tercabut!
Malaikat maut pulang dan mengadu kepada Allah: “Engkau mengutuskan aku kepada hamba-Mu yang tidak menginginkan kematian sampaikan mataku tercabut.”
Allah berfirman: “Kembalilah kepada Musa. Katakan kepadanya: ‘Berapa lamakah engkau mahu hidup? Letakkanlah tanganmu di atas badan lembu, sebanyak mana bulunya yang engkau sentuh, sebanyak itulah tambahan umurmu’.”
Allah menyembuhkan semula sebelah matanya yang tercabut. Malaikat maut turun semula dan mengatakan: “Hai Musa, berapa lama lagi engkau nak hidup. Kalau engkau letakkan tangan di atas seekor lembu, sebanyak mana buku yang kau sentuh, sebanyak itulah Tuhan menambah tahun usiamu!”
“Apa jadi selepas itu?” Tanya Nabi Musa.
“Selepas itu, engkau akan mati,” jawab malaikat maut.
“Kalau begitu, engkau cabutlah sahaja nyawaku sekarang,” jawab baginda. Nabi Musa reda untuk pulang kepada Allah. Baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menghabiskan seluruh umurnya berdakwah kepada kaumnya iaitu. Bani Israil.
Nabi Musa wafat di padang Tiih, beberapa waktu sebelum Bani Israil memasuki kota Baitulmuqaddis. Sebelum meninggal dunia, baginda meminta Nabi Yusha’ untuk memimpin Bani Israil bagi memasuki Baitulmuqaddis.
Nabi Musa dan Nabi Harun berasal dari keturunan suku Lawi. Baginda mewasiatkan keturunan baginda untuk menjadi ulama dan sarjana Bani Israil. Suku Lawi diamanahkan untuk menjaga hukum-hakam kitab Taurat. Baginda turut mewasiatkan agar Bani Israil beriman dengan Nabi akhir zaman yang bakal muncul kelak. Dalam suhuf baginda telah termeterai kelebihan-kelebihan umat Muhammad.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kisah seperti ini direkodkan dalam Qasasul Anbiya, Ibnu Katsir. Banyak lagi kisah menarik dalam agama Islam yang korang tidak tahu dalam MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://bit.ly/MuhammadDakwahDiplomasi
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih