Kewafatan Rasulullah (SAW) ialah musibah terbesar buat ummah. Hatta di hari duka itu, baginda tidak lupa menitipkan memori mesra yang menjadi kenangan buat isteri tercinta.
Aisyah (RA) berkata: “Antara nikmat yang Allah kurniakan kepadaku termasuklah Rasulullah (SAW) wafat di rumahku semasa giliranku dan dalam rangkulanku antara leher dengan dadaku, dan Allah telah mengumpulkan air liurku dan air liur Rasulullah (SAW) ketika kewafatan baginda.”
Kemuliaan yang ditakdirkan buat isteri Nabi yang digelar Humaira ini sudah cukup untuk membungkam mulut puak Syiah yang banyak mencercanya. Lihatlah kemesraan Rasulullah dengan perempuan mulia ini yang hangat hingga ke hujung nyawa.
Di saat itu, baginda sudah sangat gering.
“Hai Aisyah, aku masih lagi terasa bisa makanan yang aku makn di Khaibar, maka sekarang tibalah masanya aku berasa bagaikan hendak terputus urat leherku disebabkan oleh racun ini,” sabda Nabi Muhammad (SAW).
Ketika di ribaan Aisyah (RA), masuklah Abdurrahman (RA) dengan sugi di tangannya.
Aisyah (RA) cukuo mengenal luar dan dalam suaminya ini. Cukup dengan pandangan mata tanpa bicara, ia sudah mengerti. Baginda memandang saja kayu sugi yang ada pada Abdurrahman (RA).
“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?” Tanya Aisyah (RA).
Baginda mahu.
“Mahukah aku lembutkannya untukmu?”
Baginda ingin.
Lantas, Aisyah (RA) melembutkan kayu sugi yang kering itu dengan air liurnya seblum diserahkan kepada Nabi (SAW). Justeru di akhir hayat baginda, telah bercampur air liur Aisyah (RA) dengan air jernih dari mulut Rasul tercinta.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih