Sejak drama Korea terbitan Netflix, Squid Games ditayangkan kepada umum pada 17 September lalu, ia mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Drama yang menampilkan Lee Jung-jae dan Oh Yeong-su dengan penampilan istimewa Gong Yoo dan Lee Byung-hun itu dilihat resepi terbaik Hallyu Netflix untuk terus mendahului para pesaingnya dalam dunia digital.

Kini, satu lagi drama dijangka bakal membuat impak sama seperti Squid Game iaitu My Name. Drama ini menampilkan Han So-hee yang terkenal dengan drama bersiri Korea paling terkenal dari segi rating iaitu The World of the Married. Selain So-hee, drama ini turut menampilkan Ahn Bo-hyun (Yumi’s Cells) dan Kim Sang-ho (Alice).

Drama ini baru saja ditayangkan pada 15 Oktober lepas tatkala dunia diselubungi fenomena Squid Game. Tetapi ia sudah mula mendapat tempat di hati penonton dengan menduduki tangga kesembilan di carta 10 keseluruhan program Netflix di Amerika Syarikat dan keenam untuk carta 10 drama Netflix. Ini merupakan peranan drama terbesar So-hee sejak menceburi dunia lakonan pada 2017.

My Name berkongsi resepi sama dengan Squid Game iaitu seorang penulis/pengarah bagi setiap episod. Bezanya, tugas pengarahan dan pembikinan skrip Squid Game digalas sepenuhnya oleh Hwang Dong-hyuk. Sementara tugas pengarahan My Name digalas oleh pengarah televisyen berpengalaman Kim Jin-min dengan Kim Ba-da bertanggungjawab untuk penulisan skrip.

My Name mungkin tidak dapat mengatasi euforia fenomena Squid Game tetapi ia tidak mengecewakan dari segi rating. Di IMDB sahaja, My Name mencatat rating pengguna 8.1, sedikit ketinggalan di belakang drama popular itu yang mencatat rating 8.2. Dengan Netflix kini mencadangkannya sebagai drama yang patut ditonton mengatasi drama terbitan mereka lain seperti You musim ketiga, My Name merupakan drama yang tidak patut dilepaskan.

RUJUKAN

Tassi, Paul. (2021, 17 Oktober). Keep An Eye On ‘My Name,’ Netflix’s Next Potential Korean Megahit Post-‘Squid Game’. Forbes.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.