Banyak sebenarnya key takeaways yang aku dapat dari wacana Bicara Kenegaraan Siri 1 pagi beberapa hari lepas di di KPT, Putrajaya. Tapi yang paling terkesan pada aku adalah antara pembuka kata awal bagaimana Prof Dato’ Teo Kok Seong sendiri menceritakan perit getir dan keazaman beliau dalam usahanya mahu membentuk dan membina acuan negara bangsa atas satu identiti nasional;

“Saya biasa digelar anjing UMNO, dihina bangsa saya sendiri kerana advokasi awam saya, pendapat intelektual dan akademik saya tentang sekolah vernakular dan sekolah satu aliran dan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Malaysia. Tapi life must go on.”

Maaf kalau apa yang aku kongsi ni menjentik hati dan jiwa kau sendiri baik sebagai seorang Melayu atau bukan Melayu.

Prof Teo bercerita bagaimana dia dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan bagi satu proses perbicaraan melibatkan cubaan seorang Melayu yang mahu menukarkan bin anak luar nikahnya kepada namanya dan bukan Abdullah. Dari 7 hakim, 5 bersetuju dengan syor Prof Teo sendiri, bahawa anak tersebut tetap tidak boleh dibinkan nama ayahnya dan mesti kekal bin Abdullah kerana anak itu tidak sah taraf.

Prof Teo juga bercerita yang kini ada satu kes di mana keputusan Jawatankuasa dalam kerajaan di mana beliau menjadi ahlinya juga sedang menghadapi satu kes saman oleh plaintif yang merasakan keputusan jawatankuasa itu tidak adil buatnya.

Perbicaraan sedang berlangsung dan beliau tak menjelaskan butirannya, tapi aku pasti sebagai Prof pakar dalam bidang kajian etnik dan hubungan kaum, ia pasti melibatkan isu berkaitan agama atau bangsa.

Beginilah besarnya pengorbanan seorang akademia demi satu prinsip dan kepercayaannya bahawa Malaysia adalah milik kita semua.

Belum cerita hal bagaimana Prof Shamrahayu digelar Prof Kangkung (Prof Teo juga digelar murtad Cina oleh orang Cina sendiri) kerana nasihat dan advokasi mereka berkaitan Statut Rom beberapa bulan dahulu. Tapi mereka ini aktivis akademik, alah bisa tegal biasa.

Sekarang tanya diri sendiri, mampu ke kita buat sebagaimana Prof Teo dan panel-panel ni semua berkorban demi satu negara namanya Malaysia?

4 asas kenegaraan yang dikongsikan oleh Prof Shamrahayu dalam forum bicara ini ialah:

1. Pemahaman dan penghayatan kita tentang Perlembagaan Persekutuan.
2. 5 matlamat negara iaitu asas kepada 5 Prinsip Rukunegara.
3. Falsafah Pendidikan Negara.
4. Pemerkasaan dan penghayatan guru dan pendidik di akademia.”

Akhir kata, Prof Shamarahyu sempat menitipkan buah katanya:

“Saya tak setuju dengan label ‘rasis perlembagaan’ oleh sebuah NGO. Sebagai akademia, jika kita faham maksud rasis, adakah jika bersetuju dengan label ‘rasis perlembagaan’ itu, kita setuju bahawa Perlembagaan Persekutuan kita rasis? Saya tak setuju begitu.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.