Sebelum WCW dibeli oleh Vince McMahon pada 2001, WCW pernah buat show bersama NJPW di Korea Utara!
Macam mana benda macam ni boleh berlaku?
Collision in Korea, show Pay-Per-View yang diadakan selama 2 hari di Pyongyang ni dapat sambutan yang sangat gila. 150,000 penonton hadir setiap malam. Siap ada Muhammad Ali sebagai tetamu jemputan lagi!
Dan seperti biasa, ini Korea Utara. Bilangan penonton yang hadir pun dipertikaikan jumlahnya. Ada yang kata 165,000 dan 190,000 orang hadir pada malam pertama dan kedua.
Wartawan gusti Dave Meltzer melaporkan bahawa jumlah sebenar mungkin lebih hampir kepada 150,000 dan 165,000. Nak dibandingkan dengan Wrestlemania?
Wrestlemania 32 pada tahun 2016 di Arlington, Texas berjumlah 101,763.
Walaupun penggusti dan pengulas Amerika Syarikat untuk show ni datang dari WCW, tapi cetusan idea untuk bergusti di Korea Utara ni datang dari legenda gusti Jepun dan pengasas NJPW, Antonio Inoki.
Antonio Inoki sebelum ni merupakan penggusti prolifik era 70-an dan 80-an ni sempat ikut jejak bapa dia jadi Ahli Majlis pada 1989. Tapi, karier dia kat sana tak panjang, pada 1995 beliau gagal di dalam pemilihan semula disebabkan beliau dituduh terlibat dengan skandal kewangan.
Antonio Inoki nak pulihkan balik imej politik dia ni dengan mengadakan acara sukan Jepun di Korea Utara untuk tingkatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Kim Jong-il yang baru berkuasa nak tunjuk pada dunia walaupun Korea Utara masa tu dilihat sebagai negara yang penuh dengan rakyat kebuluran.
Inoki cuba cari bakat Jepun untuk mengambil bahagian, manakala ketua WCW Eric Bischoff ditawarkan peluang untuk kumpul senarai penggusti Amerika yang akan terbang ke Pyongyang. Beliau terima peluang ni memandangkan WCW cuba untuk bersaing dengan WWF dibawah McMahon.
Acara ni digelar sebagai Festival Sukan dan Kebudayaan Antarabangsa Pyongyang untuk Keamanan memandangkan impaknya terhadap diplomatik antara Jepun, Korea Utara dan Amerika Syarikat.
Ric Flair dakwa bekas Presiden AS Jimmy Carter sepatutnya hadir ke show ni. Untuk show yang gah macam ni, Bischoff perlukan nama yang cukup besar untuk memeriahkan acara.
Beliau cuba dapatkan Hulk Hogan, tapi Hulk Hogan tolak. Kemudian, beliau cuba dapatkan Ric Flair pula. Ric Flair dijadualkan berdepan Antonio Inoki dalam acara kemuncak pada malam kedua.
Bagaimanapun, nama terbesar Bischoff ialah legenda tinju yang dah bersara masa tu Muhammad Ali.
Bagaimanapun, masa ni Ali tak ada kuasa tarikan yang hampir sama seperti sebelum ni. Liputan berita kurang dilaporkan dan Pay-Per-View yang dibeli hanya 30,000 orang di Amerika Syarikat.
Kontra pula ceritanya di Korea Utara, ia sangat mendapat sambutan sampaikan dua malam acara itu menjana pendapatan tiket bersamaan dengan $7.5 juta dan $8.5 juta masing-masing. Ia meletakkan Collision In Korea antara acara gusti yang paling berjaya dari segi kewangan sepanjang masa sebelum dipecahkan oleh WWE yang mencatat rekod WrestleMania 32 memperoleh lebih $17 juta.
Dan seperti biasa di Korea Utara, penonton-penontonnya sangat tertib dan takde jeritan walaupun di kemuncak acara.
Malangnya, show ni tak banyak membantu meningkatkan diplomasi antara tiga negara. Imej Inoki mengangkat dan melemparkan Flair dicetak pada risalah dan dijatuhkan ke atas Seoul sebagai propaganda anti-Amerika.
Collision in Korea ni pun tak ada dalam arkib WWE. Bagi Eric Bischoff sendiri, beliau anggap WWE cuba memadamkan sejarah yang pernah dicapai oleh WCW suatu ketika dahulu.
Oleh: Azizul Farhan
___
Menarik kan sejarah Korea? Selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply