Awal kurun ke-20, idea pengasingan (segregasi) masih terlalu kuat di Amerika. Orang berkulit putih bertumpu di satu tempat, orang berkulit hitam pula di tempat lain. Tuntas, perte.gangan antara kaum menjadi satu norma.

Tambahan, wujud gerakan white supremacy seperti Ku Klux Klan yang terus-menerus menafi (malah menye.rang sehingga ma.ti) warga Afrika-Amerika. Hatta mereka yang dilantik sebagai wakil rakyat juga tidak selamat.

Hal sebegini lantas mengakibatkan berlaku beberapa siri ru.suhan kaum. Antaranya di South Carolina (1871; lapan orang ma.ut), Colfax (1837; 81 orang ma.ut), Elaine (1919; 200 orang ma.ut), dan Ocoee (1920; 6 orang ma.ut).

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Dalam semua insiden tersebut, majoriti kor.ban melibatkan warga berkulit hitam. Lantaran itu, insiden sebegini sepatutnya tidak disebut sebagai rusuhan, tetapi pemban.taian. Ini kerana ru.suhan melibatkan kedua-dua kaum pada kadar yang sama, sementara pemban.taian pula mengisyaratkan dominasi satu kaum ke atas kaum lain.

Dan sememangnya, ini yang lazim berlaku terutama di Tulsa dalam sebuah insiden yang dianggap antara paling berda.rah dalam sejarah Amerika. Sebagai makluman, Tulsa adalah bandar kedua terbesar di Oklahoma. Sepanjang kurun ke-20, ia tersohor sebagai ‘Hub Minyak Dunia’.

Walaupun kaya, Tulsa turut tidak terkecuali dari idea segregasi. Justeru, bandar ini terbahagi kepada dua – Tulsa Utara yang dihuni oleh orang berkulit hitam dan Tulsa Selatan yang didominasi oleh warga berkulit putih.

Di sempadan antara kedua-duanya pula, terdapat satu kawasan bernama Greenwood. Kawasan ini diduduki sepenuhnya oleh warga Afrika-Amerika. Lantaran itu, ia turut dikenali dengan nama Black Wall Street dan Little Africa.

Ia dibangunkan oleh seorang usahawan berkulit hitam bernama O.W. Gurley. Menurut sejarah, Gurley membeli sebidang tanah seluas 40 ekar di Tulsa pada tahun 1908. Lalu, kawasan yang dibeli itu dinamakan sebagai Greenwood.

Tanah-tanah di Greenwood kemudian dijual sesama komunitinya, yang rata-rata (bekas hamba dan buruh tani) berpinda dari tempat lain akibat ditekan. Menerusi galakan Gurley, mereka perlahan-lahan membangunkan perumahan dan perniagaan.

Sampailah satu ketika, populasi Greenwood mencapai 11,000 orang. Paling mustahak, ia mampu mandiri dengan segala utiliti dan fasiliti – seperti sekolah, perpustakaan, pejabat pos, pejabat guaman, klinik gigi, hospital, bank, hotel, pengangkutan awam, percetakan akhbar, restoran, kedai barangan dapur, kedai barangan kemas, kedai pakaian, salon, pawagam, kelab malam, dan gelanggang boling.

Ringkas kata, Greenwood memang serba-serbi lengkap. Namun, segalanya bakal ra.nap.

Insiden bermula pada pagi 31 Mei 1921. Tempatnya di tingkat tiga, bangunan Drexel. Hari itu sepatutnya berlalu seperti biasa – Sarah Page (17 tahun) datang memeriksa lif sebagai pegawai operasi, manakala Dick Rowland (19 tahun) pula singgah untuk menghantar kasut milik pelanggan yang selesai digilap.

Sarah Page semasa kecil (tiga dari kiri)

Namun entah bagaimana, takdir menentukan hari itu mereka berkongsi lif. Dan entah atas sebab apa, Sarah tiba-tiba menjerit dan meributkan suasana. Banyak jugalah timbul cerita yang cuba menjelaskan kenapa. Namun alasan paling munasabah, Rowland tersadung lalu terjatuh pada tubuh Sarah.

Sekali dengar, ia macam benda mudah. Tetapi bila orang mula berkerumun, Sarah mengubah kisah. Katanya, Rowland cuba memperko.sanya. Maka apa lagi, lelaki itu pun dihe.ret keluar. Langsung dia dibawa ke balai polis, dire.man untuk dibicarakan.

Tepat pada tengahari itu juga, akhbar tempatan Tulsa Tribune membuat liputan. Tajuk laporan, “Lelaki Negro Ditang.kap Cuba Memperko.sa Wanita Dalam Lif.” Memang macam sengaja mengundang ru.suhan.

Sebab, bukannya mereka tidak tahu. Tahun sebelumnya, Tulsa pernah menyaksikan seorang lelaki berkulit hitam diban.tai sehingga ma.ti gara-gara dituduh membu.nuh dua orang peguam. Sedangkan hakikatnya, tuduhan tersebut langsung tidak berasas. Jadi, kes Rowland kali ini bukanlah yang pertama. Tetapi yang pasti, ia paling menggila.

Lewat petang pada hari sama, sekumpulan peru.suh berkulit putih berbondong-bondong ke perkarangan mahkamah. Mereka meminta supaya sheriff menyerahkan Rowland untuk dikerjakan. Namun, Sheriff Williard McCullough enggan benarkan. Dia malah mengarahkan beberapa orang petugas untuk menyekat laluan – supaya Rowland tidak diapa-apakan.

Kemudian sekitar jam sembilan malam, datang pula kira-kira 25 orang lelaki berkulit hitam lengkap bersen.jata bagi membantu petugas melindungi Rowland. Namun, kehadiran mereka ini segera dipamit oleh sheriff. Mungkin, dia tidak mahu keadaan bertambah hangat dengan kehadiran mereka.

Keratan akhbar Tulsa Tribune

Jadi, mereka pun pulang. Namun sebaik malam makin larut, bilangan peru.suh pun makin mengarut – dari hanya beberapa puluh kini mencecah lebih 2,000 orang. Keadaan ini mencemaskan komuniti Greenwood. Mereka risaukan nasib Rowland. Jadi, sebilangan dari mereka pun kembali semula ke mahkamah. Kali ini, jumlahnya adalah 75 orang. Rata-rata merupakan veteran Pe.rang Dunia Pertama.

Keadaan lama-lama makin huru-hara. Ketegangan juga makin membimbangkan. Sampailah akhirnya, temba.kan dilepaskan ketika seorang peru.suh cuba meram.pas senja.ta dari warga Greenwood. Lantas, kega.nasan pun bermula. Masing-masing naik gila. Dengan nisbah 20 lawan 1, tiada apa yang dapat dilakukan oleh kumpulan dari Greenwood.

Mereka hanya mampu berlari pulang ke rumah, sambil dikejar oleh peru.suh yang dahagakan da.rah. Dengan serta-merta, api ru.suhan pun merebak ke sana. Tanpa rasa ihsan, ia mera.napkan lebih 60 bangunan perniagaan, 1256 buah rumah, belasan buah gereja, sebuah sekolah, sebuah hospital, dan sebuah perpustakaan.

Semuanya mus.nah dalam hanya satu malam. Ini belum termasuk 300 nyawa yang terkor.ban, tanpa mengenal usia dan jantina. Kecil besar, tua muda, lelaki dan wanita – semua pun ditem.bak.

Menukil cerita Viola Ford Fletcher (salah seorang yang terselamat), “Malam itu, saya dikejutkan oleh ibu. Kami lima beradik diberitahu supaya lari selamatkan diri. Jadi, kami pun lari. Sampai hari ini, saya masih lagi terbayangkan ma.yat yang bergelimpangan, asap-asap kebakaran, suara-suara jeritan, puing-puing runtuhan, dan pesawat-pesawat yang melepaskan tem.bakan…”

Iya, sampai ke pesawat pun turut digerakkan – untuk tujuan penge.boman dan membuat liputan. Ini tidak menghairankan. Sebab, polis pun masa itu lepas tangan. Bukan setakat lepas tangan, mereka malah memarakkan lagi api ru.suhan.

Dilaporkan, kira-kira 500 orang peru.suh dibekalkan dengan sen.jata oleh anggota keselamatan. Salah seorang dari mereka, Laurel G. Buck sendiri menyatakan yang ada seorang polis berkata kepadanya pada malam kejadian, “Get a gu.n and get a nig.ger.” “Pergi ambil pis.tol dan tem.bak seorang-dua.”

Kita yang membaca hari ini pun geleng kepala dan cuma mampu berkata, “Sampai macam itu sekali dibuatnya.”

Antara gambar perumahan yang dibakar

Dalam menangani ru.suhan ini, badan kerajaan memang lambat membuat tindakan. Hanya pada tengahari 1 Jun – setelah semuanya mula reda – barulah gabenor James B.A. Robertson mengisytihar darurat dan menggerakkan National Guard sebagai langkah menyelamat.

Namun, semuanya dah pun terlambat. Ru.suhan sudah reda. Greenwood pula sudah bina.sa. Jadi, apa kerja ‘besar’ yang National Guard buat? Mereka himpunkan sekitar 6,000 orang berkulit hitam yang terselamat dan bawa mereka ke Convention Hall and Fairground.

Tempat ini boleh jadi petempatan sementara, boleh juga jadi kem tahanan. Terpulang pada sumber mana yang diambil. Cuma apa yang pasti, di sini mereka diberikan tag pengenalan diri. Tanpa tag dan izin petugas berkulit putih, mereka tidak dibenarkan untuk ke mana-mana. Jadi, ramai yang kekal di situ berhari-hari dan ada juga yang sampai berbulan-bulan.

Tambahan, selain daripada Pertubuhan Palang Merah, mereka memang tidak menerima bantuan atau pampasan daripada sesiapa. Hatta tuntutan insurans pun sama sekali tidak membantu. Jadi, mereka terpaksa membina semula apa-apa yang mus.nah dengan tangan sendiri.

Dah kalau bantuan pun tiada, keadilan usahlah dicerita. Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan yang ru.suhan di Tulsa berpunca daripada orang berkulit hitam itu sendiri – kerana mereka menyertai perhimpunan, membawa sen.jata, dan memberi tindak balas. Jadi, 85 orang daripada mereka didakwa.

Gambar beberapa orang berkulit hitam ditang.kap semasa ru.suhan

Pertuduhan ke atas Rowland pula digugurkan. Ia gara-gara Sarah menarik semula kenyataan. Sarah sendiri kemudian hidup seperti biasa – mendirikan rumah tangga ketiga bersama Fred Voorhies, seorang petugas di bangunan bersebelahan Drexel dan hidup aman sehingga mening.gal pada tahun 1967.

Fasal Rowland pula, dia dibebaskan namun terkor.ban dalam le.tupan yang berlaku di bangunan Oregon pada 1960-an.

Antara semua, yang paling terkesan tentulah mang.sa-mang.sa pemban.taian. Sehingga hari ini, nasib mereka didiamkan tanpa sebarang pembelaan. Tidak seorang pun peru.suh dibawa ke muka pengadilan. Hatta silibus negara sendiri hanya menceritakan insiden ini dalam buku teks pada tahun 2000 dan mengakuinya sebagai satu pemban.taian (bukan ru.suhan) pada tahun 2018 – yakni hampir 100 tahun kemudian.

Ini memberi kita semua satu pengajaran – perselisihan memerlukan penjelasan, bukan pemban.taian. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Dan jangan kerana termakan berita palsu, nyawa manusia kita langgar. Jadi, sama-sama ambil iktibar.

RUJUKAN

Gaines, Allison. (2021, 25 May). 5 Things You Should Know About the Tulsa Race (ditapiskan). Medium.

History. (2021, 26 May). Tulsa Race (ditapiskan).

Richardson, Randi. (2021, 28 May). Tulsa Race (ditapiskan), 100 years later: Why it happened and why it’s still relevant today. NBC News.

Stanglin, Doug. (2020, 17 June). Fact Check: Devastating 1921 Tulsa Race (ditapiskan) wasn’t worst U.S. (ditapiskan), isn’t ignore in books. USA Today.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.