Sebagai seorang yang meminati sejarah, aku suka memerhatikan tarikh-tarikh dan peristiwa yang berlaku. Apa jua jenis sejarah, sama ada sejarah politik, perang, ekonomi, pop culture, makanan, cuaca – semuanya aku layan.

Buku ni aku baca sikit, pinjam kawan baik (bekas crush) yang merupakan seorang yang belajar arkeologi di Jepun. Walaupun dia belajar di Jepun, namun dia tahu tentera Jepun yang datang ke Tanah Melayu pada Disember 1941 bukanlah wira.

Sebab tu aku crush kat dia dulu. Sebab dia tak bodoh. Ehh, dah terlajak berbasa-basi dah. Kita sambung ulasan buku ni.

Buku ini bukanlah buku sejarah, tetapi buku mengkaji mengenai generasi. Seperti yang korang perasan ketagihan aku bercerita tentang generasi (GI, Babyboomers, X, Millennials, Z), daripada ketagihan ini aku melihat apa yang berlaku ketika generasi ini lahir, membesar dan menjadi dewasa.

Dalam buku ini kedua-dua penulis, Neil Howe dan William Strauss (NHWS) telah mengemukakan hujah bahawa sejarah manusia ni sebenarnya ada musim. 

Seperti juga alam, sejarah juga beredar mengelilingi masa. Kalau alam ada musim panas, sejuk, bunga, luruh, sejarah pun begitu juga.

Secara ringkasnya, NHWS telah membahagikan kesemua generasi-generasi yang ada pada sejarah Anglo-Amerika (kerana mereka Anglo-Amerika) sejak War of the Roses sekitar 1470 sehinggalah sekarang dan menjangkakan trend berulang sampai Transformasi 2050, dimana Khairy Jamaluddin berangan jadi Perdana Menteri pada masa itu.

NHWS membahagikan generasi kepada 4 kelompok orang iaitu Prophet, Nomad, Hero dan Artist. Dan setiap generasi akan melalui 4 musim sejarah iaitu High, Awakening, Unraveling dan Crisis.

Sebelum aku terangkan musim sejarah, eloklah aku terangkan jenis kelompok generasi ni. Menurut NHWS, “setiap generasi dipengaruhi sejarah, untuk mempengaruhi sejarah”.

Dalam erti kata lain, generasi membesar dalam era yang macam mana, akan mempengaruhi cara dia memimpin era bila sudah dewasa nanti.

Prophet ialah mereka yang suka berfalsafah. Kelompok ini lahir semasa High, menjadi remaja ketika Awakening, menjadi dewasa ketika Unraveling, dan memimpin ketika Crisis. 

Mereka ini sering bertelagah dan bercanggah pendapat. Pada ketika ini, pemenang pada perang ini akan membawa sejarah ke High. Contoh group ni ialah Babyboomers yang lahir dari 194-1961.

Nomad pula mereka yang skeptik semua perkara, menolak semua fahaman, dan bergerak sendirian. Rebel, tak suka terima arahan serta ranggi, generasi ini lahir ketika Awakening, menjadi remaja ketika Unraveling, menjadi dewasa ketika Crisis dan memimpin ketika High. Contoh group ini ialah Generasi X (1961-1981).

Hero ialah mereka yang bergerak secara berkumpulan, dan mereka akan menyerang bak fans K-Pop BTS apabila musuh cuba melawan. Suka bergerak secara rejimen, sama rata dan attitude suka ke depan. Suka ikut orang dan skema (terpulang kepada konotasi kau nak fikir). Generasi ini lahir ketika Unraveling, menjadi remaja ketika Crisis, menjadi dewasa ketika high, dan memimpin ketika Awakening.

Contoh generasi macam ni seperti millennials (1982-2000) dan GI Generation (1901-1925)

Artist pula ialah orang yang suka memerhati, menikmati keindahan, dan berjiwa-jiwa. Golongan ini lahir ketika Crisis, menjadi remaja ketika High, menjadi dewasa ketika Awakening, dan memimpin ketika Unraveling. Contoh generasi ini ialah Silent (1925-1941) dan Generasi Z (kat US dipanggil Homeland Generation) (2000-2020).

Lepas aku dah cakap pasal generasi, aku cerita pasal musim sejarah pula.

High ialah apabila ekonomi aman, masyarakat bersatu padu, dan kedudukan kerajaan stabil. Ideologi yang stabil untuk semua masyarakat. Contohnya dari lepas Perang Dunia Kedua sampai pembunuhan John F Kennedy (1945-1963).

Awakening ialah apabila ekonomi mulai slow, masyarakat mula meragui dan mula bertengkar, kedudukan kerajaan mulai goyang. Ideologi mula dipertikai. Contohnya zaman hippies dan The Beatles yang ditubuhkan pada tahun 1963 sampai Ronald Reagan jadi Presiden Amerika tahun 1982.

Unraveling pula ialah ekonomi kembali kuat, tetapi masyarakat mulai jadi individualistik, sombong, kedudukan kerajaan semakin luntur di hati masyarakat, dan semua orang dengan ideologi masing-masing. Contohnya dari zaman album Michael Jackson Thriller terjual 60 juta unit sampailah Krisis Ekonomi 2008.

Crisis pula ialah ekonomi merudum jahanam teruk, dan masyarakat mula rasa mahu bersatu untuk memulihkan kembali nilai, dan semua orang tidak mempedulikan ideologi dan bersatu demi bangsa dan negara. Contohnya, sejak 2008 sampai sekarang.

Pemenang kepada perang nilai dan ideologi akan pegang kuasa sampai seluruh musim berpusing kembali.

Sebab tu kiri sedang kuat lawan kanan, liberal, sedang lawan kuat dengan konservatif, fasis lawan anarkis. Siapa menang dia la tentukan orde dunia.

Kalau bangsa tu tak melawan masa Crisis, kena jajahlah sebuah bangsa untuk satu lagi pusingan. Kalau berjaya melawan ketika krisis, jadi sebuah bangsa akan capai zaman kegemilangannya (Pax).

Setiap musim ni antara 20-25 tahun, dan satu kali pusing memakan masa 80-100 tahun, dipanggil saeculum.

Sebab tu perhatikan tarikh-tarikh ketika membaca buku Sejarah. Tidak dilupakan juga untuk semua muzik dan pop culture, malah musim moral. Semua ni berlaku secaa bermusim.

Musim High, ekonomi mewah, orang suka bercinta dan indah-indah, dan romantik. Cubalah dengar lagu P Ramlee atau Buddy Holly. Frank Sinatra ke.

Musim Awakening, ekonomi mula susut, orang suka berfalsafah dan deep. Tak percaya dengarlah dari album The Beatles – Sgt Pepper’s Lonely Heart Club ke atas, Pink Floyd, Kopratasa, Kembara.

Musim Unraveling semua nak jadi solo. Kalau berkumpulan pun geng pailang. Artis solo tengah up masa ni. Kalau dia kumpulan pun sorang leader akan nampak paling menonjol.

Musim Crisis semua nak bergerak bersatu. Kalau sorang kena pukul, satu geng datang bash. Saling lindung melindungi, bagai stan Yoongi setiap kali fan K-Pop kena serang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.