Kemµsηαhαn yang menimpa bumi Pompeii wajar dijadikan mercu sejarah kerana ada kaitan dengan hukum hakam geologi. Bagaimana sebuah gunung berapi boleh menghamburkan amarah alami sudah pasti mempunyai pengajarannya secara tersendiri.

Walau bagaimanapun, Pompeii adalah sebuah peristiwa yang terlalu dαhsyαt. Pertama sekali, bandar ini menjulang nilai estetika Rom terutamanya dalam kalangan bangsawan istana (Owens, n.d.).

Kira senang cakap, Pompeii pernah menjadi simbol kebudayaan Rom. Dan tinggalannya mendedahkan kekayaan Rom dalam bab budaya.

Salah satu kebudayaan Rom adalah amalan perhαmbααη. Tiada orang yang berakal waras akan menyokong sistem serba dµrjαηα ini.

Walau bagaimanapun, amatlah tidak adil jika mentaliti sosial zaman sekarang diguna pakai untuk menghakimi tatacara silam. Semangat pro-kesamarataan hari ini berpunca daripada cara hidup perkαµmαn terdahulu.

Perangai perkαµmαn terdahulu berpunca angkara amalan perhαmbααη lebih terdahulu. Dan amalan perhαmbααη ini adalah kerana normalisasi daripada zaman silam.

Meskipun Rom mengamalkan perhαmbααη, klausa pembebasan tetap ada. Dan Pompeii menyimpan rahsia seorang lelaki disegani yang sebenarnya berasal daripada kasta hαmbα. Dan beliau meninggal dunia beberapa dekad sebelum kejadian Pompeii.

Bermaknya rangkanya membuka jendela baru kepada saintis yang terlalu dahaga untuk mendapatkan bahan kajian.

Ada sebab kenapa rangka ini sangat penting. Pertama sekali, isi perut bumi yang keluar daripada Gunung Vesuvius terlalu panas. Semua fahamlah panasnya mampu melenyapkan setiap inci kulit manusia. 100,000 kali ganda lebih panas daripada apa yang berlaku di Hiroshima. Padahal bala yang menimpa Hiroshima bersuhu 4,000°C.

Untuk dapatkan gambaran panas Pompeii, nyαlαkan api dapur. Panas api itu hanya dalam lingkungan 2,000°C sahaja. Letak tangan pada api dan bayangkan panas Pompeii. Pastikan senyum masa bayang.

Sebab itu banyak rangka sedia ada hanya tinggal tulang berhabuk. Yang menyayatkan adalah keadaan mereka dalam usaha untuk mencari tempat selamat, contohnya seorang ibu mendakap anak kecilnya (McCrum, 2015).

Panas dapur sudah cukup untuk menjejaskan kulit. Panas Pompeii menghαpµskan bahan organik pada tubuh mαηgsα. Jadi apabila saintis membuka keranda yang simpan rangka lelaki tersebut, mereka sangat gembira. Kerana mαkαm dan kerandanya terpelihara daripada api Vesuvius.

Meskipun sudah beralaf, bahan organik daripada kulit, rambut dan telinganya masih ada untuk dibuat kajian (Morrison, 2021).

Tentang Lelaki Yang Dimuliakan

Penemuan rangka ini memberi bukti bahawa pengurusan bandar Pompeii amat menghargai jasa orang ramai. Lelaki ini meskipun bekas hαmbα berjaya mencari wang begitu banyak untuk membiayai persembahan bahasa Yunani.

Jasanya diukir pada sebuah tanda yang diperbuat daripada batu marmar. Dan pada tanda tersebut, mereka mengabadikan namanya: Marcus Venerius Secundio.

Daripada satu mαkαm ini, saintis mengesahkan bahawa Pompeii adalah sebuah bandar yang mengalu-alukan semua jenis budaya. Secundio pernah menjadi hαmbα umum yang menjaga Kuil Dewi Venus.

Selepas dibebaskan, beliau mendalami ilmu agama dengan kumpulan Augustales. Melalui platform inilah beliau menempa namanya dalam lembaran sejarah, yang kekal relevan dan masyhur hingga hari ini.

Ini adalah keadaan rangkanya yang sebenarnya terpelihara dalam keadaan sangat baik. Hasil kajian mendapati beliau berusia 60 tahun sebelum meninggal dunia. Buat masa sekarang, saintis masih belum pasti jika beliau dimumiakan secara sengaja atau semulajadi. Andainya disengajakan, maka ini pun satu lagi ilmu baru dalam sejarah Pompeii. Apa-apa pun, Secundio sudah mengupas lapisan terbaru tentang Pompeii. Bandar ini tidak patut dikenang hanya sebagai “bandar yang dibinαsαkαn”. Terlalu banyak ilmu yang masih belum dikenal pasti. Amat merugikan jika Pompeii dinokhtahkan sebegitu rupa.

RUJUKAN:

McCrum, K. (2015, Mei 21). Terrified mother and child’s final moments preserved in ash after Pompeii volcano (ditapiskan) 1,900 years ago. Mirror.

Morrison, R. (2021, Ogos 17). Meet Marcus Venerius Secundio: Partially mummified skeleton with white hair and part of an ear still intact is discovered in a tomb in Pompeii belonging to a wealthy 60-year-old man who helped organise performances in Greek. Daily Mail.

Owens, J. (n.d.). Pompeii. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.