Asal cakap pasal mumia pasti terfikir Mesir Purba. Tamadun ini meninggalkan legasi yang sangat kukuh. Walau bagaimanapun, Mesir Purba bukan satu-satunya tamadun yang memumiakan rangka. Banyak tamadun lain yang menuruti amalan ini, seperti bangsa China misalnya. Semua sedia maklum China sememangnya kaya dengan sejarah. Banyak figura timbul dalam sejarah bangs aini. Salah seorang figura adalah Xin Zhui, atau lebih dikenali sebagai Lady of Dai… isteri seorang pemerintah bernama Li Cang.
Xin Zhui meninggal dunia sekitar 168 S.M., pada usia 50-an. Mayatnya diawet sebaik-baik mungkin untuk menjaga kesempurnaannya. Selepas proses pengawetan, mumianya dibungkus dengan 20 lapisan kain sutera. Dan kemudian dikunci dalam empat keranda kedap udara, dalam rendaman cecair berasid 80 liter. Tidak cukup dengan itu, keranda ini disimpan 12 meter dalam bumi.
Nampak betapa kayanya pembudayaan di China yang berjaya membina empayar-empayar agung? Untuk tahu lebih lanjut, kami ingin mempelawa korang beli buku KITAB TAMADUN CINA. Dalam buku ini, korang boleh tahu macam-macam tentang contohnya perbezaan antara Cina Malaysia dan Cina China. Link pembelian: https://bit.ly/3dpq6fh
Dan selama ribuan tahun, mumia Xin Zhui merentasi laluan masa. Empayar-empayar China jatuh dan bangun, sebelum revolusi memberi laluan kepada Parti Komunis China… yakni pada tahun 1968, apabila China sedang membina sebuah perlindungan serangan udara (air raid shelter) untuk hospital di Changsha. Buruh-buruh pembinaan ini menemui makam Xin Zhui. Tetapi projek arkeologi bermula empat tahun kemudian, yang akhirnya mengeluarkan Xin Zhui daripada empat kerandanya.
Saintis boleh kata terduduk melihat betapa kemasnya kerja mumiafikasi ini. Kulit Xin Zhui masih lembut, dengan sendinya bergerak-gerak. Keningnya masih elok dan bulu hidung juga kekal ada. Dalam perutnya pula ada 138 biji tembikai yang belum dicernakan… bermakna beliau memakan tembikai dalam lingkungan sejam sebelum ajal. Darah Xin Zhui juga mengalir elok daripada urat. Dari segi organ pula, saintis nampak kesempurnaan saraf paru-parunya. Dan dari sini, mereka mula mengenal pasti punca kematian.
Rupa-rupanya Xin Zhui adalah pesakit bersiri. Mereka menemui jangkitan parasit yang menyebabkan demam siput babi. Salur ke jantungnya pula ada bukti darah beku. Malah pembuluh darah Xin Zhui sudah mengeras (Cheng, 2012). Maka punca kematian Xin Zhui adalah serangan jantung, dengan segala faktor penyumbang seperti kencing manis dan darah tinggi. Setiap hari, Xin Zhui mengalami sakit badan yang sangat teruk… barangkali kerana keadaan tulang belakangnya yang sudah rosak. Masih tidak cukup, Xin Zhui merana kerana sakit batu karang.
Kurang bergerak dan makan terlalu banyak, Xin Zhui mengalami penyakit obesiti. Penghujung hayat sudah teruk. Jadi keluarganya memberikan pengebumian terbaik menurut kepercayaan silam. Saintis percaya proses pengawetannya bermula sebaik sahaja beliau mati. Mayatnya diuruskan begitu rapi yang memperlahan fasa awal pereputan (Liu-Perkins, 2014). Kemudian mayat terawet disimpan pula dalam keranda-keranda kedap udara. Yang terakhir adalah ruangan makam itu sendiri, disimpan 12 meter dalam timbunan arang kayu dan tanah liat putih.
Air dan udara tidak masuk dan keluar. Suhu pula kekal seimbang. Dan cecair misteri semasa mengawet juga membantu. Cecair inilah yang merunsingkan saintis, kerana banyak saja mayat dalam dan luar China disimpan macam Xin Zhui. Tetapi tiada siapa bertahan macam Xin Zhui. Apa-apa pun, sisi sejarah ini dikenang hingga kini kerana bercerita sedikit sebanyak tentang kehidupan semasa zaman Dinasti Han. Penemuan ini juga telah merangsangkan azam China untuk teruskan penggalian. Sebagai penutup, ini adalah gambar Xin Zhui sekarang… yang rosak sebaik sahaja terdedah pada oksigen.
Ada rasa macam tengok cermin?
RUJUKAN:
Cheng, T. (2012). Coronary Arteriosclerotic Disease Existed in China Over 2,200 Years Ago. US National Library of Medicine.
Liu-Perkins, C. (2014, April 8). At Home in Her Tomb: Lady Dai and the Ancient Chinese Treasures of Mawangdui. Charles Bridge Publishing
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih