Dunia kita hari ini telah lengkap dengan pelbagai teknologi canggih yang membolehkan kita menentukan anggaran usia setiap penemuan arkeologi yang bersejarah, termasuk lah mumia. ya, sebut pasal mumia tentu semua orang terbayangkan Mesir, piramid Giza dan Firaun.
Walau bagaimana pun teknologi ciptaan manusia tetap ada kekurangannya, setiap mumia yang ditemui perlu berada di dalam kelas atau kategori mereka yang tersendiri, boleh dikatakan hampir tidak ada kiraan tepat berkenaan mumia paling tua di dunia tetapi mumia-mumia ini ditentukan ‘ranking’ mereka mengikut kategori.
Contohnya, The Spirit Cave Mummy adalah mumia yang paling terkenal di dunia. Ia pertama kali ditemui pada tahun 1940 oleh Sydney dan Georgia Wheeler, kumpulan arkeologi suami dan isteri.
The Spirit Cave Mummy adalah mumia paling tua jika mengikut kiraan usia nya yang mencecah 9,400 tahun sejak kem4tiannya. Namun ia bukanlah mumia yang sengaja ‘dimumiakan’ tetapi proses pengawetan nya berlaku tanpa sengaja secara semulajadi kerana terlindung dari cuaca dan kedinginan gua tempat ia ditemui.
Manakala, tentu kita menyangkakan mumia yang memang melalui proses mumifikasi paling tua pernah ditemui adalah mumia di Mesir kan?
Sebenarnya ada mumia yang lebih tua daripada mumia Firaun di Mesir, mumia Empress di China mahu pun mumia dewa bertattoo di Filipina . tetapi mumia yang memegang ‘top ranking’ sebagai yang mumia yang tertua diawet adalah ditemui dan berada di Chile, malahan ia ditemui dalam skala yang banyak.
Chinchorro Budaya Mumifikasi Yang Tertua
Mumia Chinchorro dianggap sebagai salah satu mumia tertua di dunia. Sejak pertama kali ditemui pada tahun 1917, lebih daripada 282 mumia telah ditemui di tapak pemakaman sepanjang jalur pantai yang sempit dari Ilo di selatan Peru ke Antofagasta di utara Chili.
Sekitar 29 peratus daripada mumia-mumia itu diawet secara semula jadi, termasuk mumia tertua dalam kumpulan itu yang diberi nama Acha Man. Sekitar 5000 BCE, orang-orang Chinchorro mula mengawet m4yat orang dari kaum mereka kira-kira 2,000 tahun sebelum orang Mesir memulakan amalan tersebut.
Chinchorro terus meneruskan proses mumifikasi sehingga kira-kira 3000 BCE dan mengembangkan tiga gaya mumifikasi yang berbeza – hitam, merah, dan tanah liat.
Mumia Chinchorro adalah mumia tinggalan dari masyarakat budaya Chinchorro Amerika Selatan, iaitu di utara Chile sekarang. Mereka adalah contoh artifikal tertua manusia yang dimumiakan dan dikebumikan dua ribu tahun sebelum Mesir mula mengawetkan golongan bangsawan mereka.
Walaupun mumia yang diawet paling awal telah ditemui di Mesir bertarikh sekitar 3000 BC, mumia zaman Chinchorro melalu kajian secara antropogenik ditentukan telah ada sekitar 5050 SM.
Manakala mumia Chinchorro yang terawet secara semulajadi paling tua pula ditemui di Gurun Atacama berusia sekitar 7020 SM. Penemuan fosil kulit kerang dan ujian kimia terhadap sisa tulang mencadangkan bahawa 90% daripada makanan masyarakat itu adalah makanan laut.
Terdapat banyak kesan kebudayaan nelayan kuno ditemui di lembah Sungai Andes yang lembap. Namun Chinchorro menjadikan budaya mereka unik dengan amalan pengawetan ‘khusus’ si m4ti.
Sosialisme Mungkin Telah Diamalkan Chinchorro
Lazimnya, menjadi satu kebiasaan mana-mana tamadun dan budaya di seluruh dunia yang sinonim dengan pemumiaan akan meletakkan prioriti pengawetan terhadap m4yat golongan elit atau raja-raja yang, dan sangat jarang ahli arkeologi menemui mumia dari kalangan rakyat biasa di Mesir.
Sebaliknya, tradisi kaum Chinchorro agak berlainan kerana mereka melakukan pengawetan m4yat terhadap setiap kelas anggota masyarakat mereka, teori ini menjadikannya satu penemuan arkeologi yang penting.
Keputusan melaksanakan proses pemuliharaan tubuh si m4ti tanpa mengira darjat dan kelas ini dibuktikan dalam penelitian terhadap kaedah dan situasi mumia itu sendiri.
Antara contohnya ialah penemuan beberapa mumia yang memiliki sifat fizikal mewakili golongan yang datang dari kelas masyarakat yang kurang produktif (yang bermaksud mereka yang tidak dapat menyumbang kepada kebajikan orang lain, orang tua, anak-anak, bayi dan janin yang gugur).
Beberapa kes menunjukkan bahawa kanak-kanak dan bayi melalui proses awet yang paling rumit.
Perbezaan usia mumia-mumia Chinchorro yang ditemui menunjukkan cara Chinchorro memumiakan kaum mereka melalui beberapa perubahan mengikut tahun. Untuk beberapa tahun yang terawal, beberapa sifat fizikal rata-ratanya masih kekal sepanjang mereka dimumiakan.
Namun ada sesetengah mumia yang di temui, ahli arkeologi mendapati kulit, semua tisu lembut dan organ, termasuk otak, telah dikeluarkan dari m4yat.
Selepas tisu-tisu lembut telah dikeluarkan, tulang-temulang dan sendi dikukuhkan dengan batang kayu sementara bagi menggantikan kulit dan tisu lembut, tubuh mereka disumbat dengan bahan sayur-sayuran sebelum m4yat itu di ‘pasang’ kembali seperti asal.
Mumia juga dipakaikan topeng yang dibuat dari tanah liat walaupun mumia itu sudah pun ditutup sepenuhnya di dalam tanah liat kering; satu proses membungkus menggunakan buluh sebelum dibiarkan selama 30 hingga 40 hari untuk dikebumikan.
Budaya Tattoo Terawal Di Amerika
Sekurang-kurangnya satu mumia Chinchorro membawa unsur simbolik identiti mereka iaitu tattoo yang membuktikan telah lama wujud tradisi tattoo di rantau Amerika Selatan ini.
Mumia lelaki dengan garis bertitik-titik seperti misai dikesan telah dicacah di atas bibir nya dan bertarikh 1880 +/- 100 SM (2563-1972 BC), ia telah mewakili bukti secara langsung budaya tattoo yang tertua di Amerika dan yang keempat tertua di dunia dalam kategorinya.
Ya, mumia bertattoo pula berada di dalam kategori yang berbeza pula. Antara penemuan yang popular pada zaman moden adalah mumia bertattoo Appo Anno di Filipina.
Ia adalah satu mumia yang terkenal dan dihorm4ti di Filipina dari kalangan orang Kankanaey di Cordillera, Apo Anno dilihat sebagai nenek moyang yang dihorm4ti dan suci menurut legenda Kankanaey. pendek kata, mumia itu adalah ‘dewa’ bagi kaum mereka.
Menurut kisah tradisi, Appo Anno dibesarkan oleh seorang manusia yang menjadi bapanya, bapanya itu seorang pemburu bernama Togtogaka, sedangkan ibunya adalah Kuyapon, seorang Tomongao (dewa pegunungan) yang merupa bentuk sebagai manusia.
Bagaimanapun bapa kepada Kuyapon menolak anak itu kerana baunya seperti bau manusia lalu dia diserahkan kepada Togtogaka oleh Kuyapon untuk membesarkan anak itu kerana dia tidak diterima oleh datuknya.
Togtogaka mengambil anak itu dan membawanya pulang ke rumah sebagai hadiah untuk isterinya yang tidak dapat melahirkan anak. Kedua-duanya membesarkan anak itu sebagai anak mereka sendiri dan oleh itu Anno dilihat sebagai hadiah kepada pasangan tanpa anak oleh dewa-dewi.
RUJUKAN:
- History Channel
- Ancient Origins
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih