Apabila disebut fakta bahawa Cassius Marcellus Clay Jr. merupakan salah seorang peninju lagenda, pastinya ramai yang akan ternganga. Hal ini kerana, nama tersebut tidak semegah nama Islam Cassius, iaitu Muhammad Ali. Ali merupakan seorang gergasi dalam dunia t!nju, dan di luar sukan t!nju, Ali amat terkenal dengan sikapnya yang ramah namun tegas, lebih-lebih lagi dalam beberapa isu besar serta pengakhiran hidupnya yang boleh dikatakan amat tragis.
Cassius dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat, pada 17 Januari 1942. Sewaktu kecil, Cassius pernah dibuli, dan basikalnya dicvri. Dia berhadapan dengan pencvri basikalnya di gelanggang t!nju, dan sejak dari hari itu, hatinya terpaut dengan sukan t!nju. Dia memulakan latihan dan membina kerjayanya sebagai peninju amatur, berlatih di gymnasium berhampiran rumahnya.
Kejayaan pertamanya hadir pada tahun 1954, sewaktu dia berumur 12 tahun. Pada waktu itu, Cassius bert4rung dengan Ronnie O’Keefe, seorang lagi peninju amatur, dan menang dengan keputusan split decision. Antara kejayaan Cassius adalah menjuarai enam kali Golden Glove peringkat Kentucky, dua kali Golden Glove di peringkat kebangsaan, dan yang paling besar, pemenang pingat emas sukan t!nju kategori Light Heavyweight pada tahun 1960 di Rom.
Ya, meskipun Cassius merupakan pemenang pingat Olimpik, namun keadaan pada zaman 60-an dan awal 70-an masih lagi tidak memihak kepada Cassius. Dilahirkan sebagai seorang lelaki berkulit hitam, masyarakat tidak memandang apa yang dia lakukan itu sebagai “membanggakan”. Sebaliknya, dalam buku autobiografi beliau pada tahun 1975, Ali menceritakan bahawa beliau pernah melempar pingat emas Olimpiknya ke sungai kerana berang dengan satu restoran yang tidak memberi layanan kepada orang kulit hitam.
Cassius memulakan kerjaya professional beliau pada tahun 1960, pada usianya baru 18 tahun. Pada awal kariernya, Cassius berjaya mengalahkan l4wan yang lebih professional dari dirinya sendiri. Antara perkara menarik berkenaan personaliti Cassius sewaktu baru memulakan kerjaya professionalnya adalah – dia amat suka membuat provokasi terhadap pihak l4wannya. Provokasinya bukan kaleng-kaleng. Provokasinya selalu berkenaan dengan bagaimana dia lebih laju daripada l4wannya, dan bagaimana dia lebih hebat berbanding l4wannya, dan perkara menarik mengenai Cassius adalah, dia berjaya menunjukkan segala perkataan yang dia keluarkan itu benar di atas gelanggang.
Cassius hanya mengambil masa 3 tahun sebelum dia menjadi pencabar utama kepada juara kategori Heavyweight ketika itu, Sonny Liston. Sewaktu sidang media sebelum pert4rungan antara Cassius dan Liston berlangsung, Cassius seperti biasa membuat provokasi terhadap Liston dengan mengatakan bahawa “ada orang akan m4ti malam ini”. Cassius juga turut memanggil Liston dengan gelaran beruang, gelaran gelanggang bagi Liston, “Big Bear”, seperti “dia busuk seperti beruang”, dan “selepas pert4rungan ini, aku akan hantar beruang itu ke zoo.”
Pert4rungan Cassius dengan Liston merupakan satu kejutan kepada dunia t!nju. Anggaran betting adalah 7-1, dan Cassius merupakan seorang underdog dalam perterungan tersebut. Liston memulakan pert4rungan dengan terburu-buru, mungkin kerana baginya, dia ingin menghancurkan semua kata-kata Cassius di luar gelanggang dengan penvmbuknya sendiri. Namun Cassius ternyata amat laju untuk Liston. Bahkan sehingga ke hari ini, Cassius/Muhammad Ali masih lagi dianggap sebagai peninju paling laju antara juara kategori heavyweight.
Pert4rungan antara Cassius dan Liston adalah amat menarik. Pada pusingan ketujuh, Liston tidak mampu untuk meneruskan pert4rungan, dan tidak menjawab sahutan pengadil ke tengah gelanggang, dan hasilnya, Cassius diisytiharkan pemenang pada malam itu, dan menjadi Juara T!nju Dunia kategori Heavyweight pada usia 22 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=Hb2WFHhXDyw
Dari Cassius Clay ke Muhammad Ali, dan Nation of Islam.
Menurut buku Black is Best: The Riddle of Cassius Clay, Ali pertama kali mendengar cerita berkenaan Islam dari pendakwah jalanan di Harlem. Dia kemudiannya menghadiri perjumpaan Nation of Islam, satu kumpulan keagamaan Islam yang wujud di Amerika pada waktu itu. Pada tahun 1962, Ali berjumpa dengan Malcolm X buat kali yang pertama, yang kemudiannya menjadi mentor dalam hidupnya. Meskipun Ali berminat untuk menyertai gerakan Nation of Islam, namun akibat kerjayanya, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi berkenaan penglibatan dirinya dengan Nation of Islam.
Selepas kemenangang Muhammad Ali menentang Sonny Liston dan ditabalkan menjadi juara dunia, barulah Ali berterus terang dengan pihak media berkenaan dengan penglibatan beliau dengan kumpulan tersebut. Nation of Islam, pada dasarnya, merupakan kumpulan Muslim kulit hitam yang berusaha mel4wan penindasan golongan kulit putih. Meskipun ada nama “Islam” dalam kumpulan mereka, kumpulan ini, pada waktu tersebut, boleh dianggap sesat kerana mereka mengambil ketua mereka, Elijah Muhammad sebagai seorang rasul.
Setelah berterus terang dengan pihak media berkenaan dengan penglibatannya dengan kumpulan Nation of Islam, Cassius Clay bertindak menukar namanya menjadi Muhammad Ali. Ali menganggap nama Cassius itu sebagai nama hamba kulit hitam, dan dia ingin memerdekakan dirinya dari nama tersebut. Nama itu juga adalah nama yang diberi oleh Elijah, ketua mereka pada waktu itu, kepada Ali.
Berita pertukaran nama dan agama Muhammad Ali tidak diterima dengan baik. Akhbar tempat lahirnya sendiri masih menggunakan nama Cassius untuk beberapa tahun selepas berita pertukaran agama Ali tersebar. Di gelanggang t!nju sendiri, l4wannya tidak mahu menggunakan nama barunya, Muhammad Ali, kerana mereka jijik dengan nama tersebut dan masih menggunakan nama Cassius untuk memanggil Ali. Ali membuktikan bahawa nama barunya itu perlu dipahat di ingatan pihak l4wannya dengan satu cara – membelasah l4wannya yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap dirinya.
Dalam salah satu bukunya, Muhammad Ali pernah mengatakan bahawa salah satu kesalahan paling besar dalam hidupnya terjadi apabila dia membuang Malcolm X daripada hidupnya. Malcolm X dan Muhammad Ali sama-sama berada dalam organisasi Nation of Islam, namun pada satu tahap, Malcolm X tersedar bahawa apa yang dibawa oleh Nation of Islam bukanlah perjuangan Islam sebenar, kerana mereka menganggap orang kulit putih sebagai musuh utama mereka, sedangkan orang Islam sebenar sepatutnya menghorm4ti orang lain, meskipun berbeza warna kulit.
Sejak Malcolm X menarik diri dari Nation of Islam, hubungan Malcolm X dan Muhammad Ali terputus. Ali mendapat keluarga baru dalam Nation of Islam, manakala Malcolm X meneruskan perjuangannya mencapai kemakmuran bersama sendirian. Kesedihan menimpa Ali apabila Malcolm X dibvnuh oleh ahli Nation of Islam sendiri, sewaktu Malcolm X sedang berucap di satu perhimpunan di New York.
Pada akhir hayatnya, Ali menukar kepercayaannya kepada aliran Sunni dan fokus kepada mempelajari ajaran Sufi.
Muhammad Ali dan P3rang Vietnam.
P3rang Vietnam terjadi akibat konflik antara Perancis dan Jepun sewaktu P3rang Dunia ke 2. Akibat daripada ketidakstabilan politik di Vietnam, warga lelaki Amerika Syarikat telah dipaksa untuk terlibat sama dalam p3rang tersebut dengan cara cabutan loteri. Pilihannya adalah dua – bantu Amerika untuk berp3rang, atau dipenjara. Muhammad Ali merupakan salah seorang yang dipanggil untuk membantu p3rang tersebut.
Dan Ali menolak.
Menurut Ali, p3rang bukanlah salah satu ajaran al-Quran, dan dia tidak ingin terlibat dengan p3rang tersebut, kalau bukan untuk Allah dan rasulnya sahaja. Tambahan lagi, menurut Ali, perkara yang perlu dip3rangi Amerika sebenarnya adalah ideologi rasis – “di Vietnam tiada pun orang yang memanggil aku ‘Nigga’, kenapa aku perlu berp3rang dengan mereka?” – kata Muhammad Ali dalam satu temuramah.
Akibat dari penolakan Ali terhadap draft tersebut, Muhammad Ali dilucutkan dari takhta Juara Dunianya, dan dia ditahan oleh pihak berkuasa. Lesen t!njunya juga turut dilucutkan selama tiga tahun. Muhammad Ali dijatuhkan hukuman pada tahun 1967 kerana enggan berkhidmat untuk negara, dan dia membuat rayuan yang akhirnya disemak pada tahu 1971. Sepanjang 3 tahun Ali menunggu rayuan, dia bebas untuk berada di kelompok masyarakat dengan pengawasan ketat pihak berkuasa.
Zaman itu juga, terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan masyarakat. Muhammad Ali mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Amerika kerana mereka berpandangan bahawa Amerika seharusnya fokus terhadap kebajikan di negara sendiri terlebih dahulu, lebih-lebih lagi dengan kebangkitan aktivis hak asasi manusia pada zaman itu yang memperjuangkan hak orang kulit hitam, serta hak kebebasan manusia lain untuk membuat pilihan ingin menyertai p3rang atau tidak.
Sewaktu 3 tahun dalam pembuangan, Ali tidak dibenarkan bekerja dan dia juga tidak dibenarkan untuk keluar dari Amerika. Seumur hidupnya telah diserahkan kepada t!nju, dan lesennya kini ditarik. Pada waktu tersebut, Ali mengakui bahawa dia berasa amat tertekan kerana dia tidak dapat mencari pendapatan, sehinggakan dia terpaksa membuat penampilan di bot di kawasan tempat kelahirannya, Kentucky, semata untuk mencari wang.
Akhirnya tuah berpihak kepada Ali apabila dia mula dipanggil memberi ceramah berkenaan anti-p3rang di universiti dan kolej di Amerika, membolehkan dia untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara anak dan isterinya.
Selepas rayuan dibuat pada tahun 1971, Muhammad Ali didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepada dirinya pada awalnya. Muhammad Ali kini dilihat sebagai ikon kepada anti-pep3rangan dunia, dengan meletakkan kariernya sendiri semata-mata untuk mel4wan pep3rangan.
Hidup Setelah P3rang: Perseteruan Ulung.
Setelah dibebaskan dari segala tuduhan berkenaan lari dari p3rang, Muhammad Ali kemudian menghidupkan semula lesen t!njunya, dengan harapan untuk mengambil kembali takhta Juara Heavyweight yang dilucutkan tanpa relanya. Juara Dunia ketika itu, Joe Frazier, maklum dengan keengganan Ali untuk terlibat dengan p3rang di Vietnam dan memanggil Ali pengecut.
Pert4rungan antara Muhammad Ali dengan Joe Frazier diberi nama “F!ght of the Century”, kerana kedua-dua jaguh dunia ini belum pernah kalah dalam mempertahankan kejuaraan dunia mereka. Muhammad Ali, juara dunia yang dilupakan, menentang Joe Frazier, juara dunia pada waktu itu.
Pert4rungan mereka juga menjadi kontroversi akibat impak P3rang Vietnam. Penonton melihat pert4rungan Ali dan Frazier ini sebagai satu bentuk p3rang ideologi – di sudut Ali, idea bahawa menarik diri dari p3rang itu adalah satu bentuk kebaikan, dan dari sudut Frazier, menganggap mereka yang melarikan diri dari p3rang itu satu bentuk “kepenakutan” – kau tak layak berada di atas gelanggang kalau kau tak mampu bert4rung untuk negara kau sendiri.
Akibat pertembungan ideologi ini dua ikon besar ini, pert4rungan Ali dan Frazier merupakan pert4rungan paling besar pada tahun itu. Ali dan Frazier, menang atau kalah, kedua-duanya bakal membawa pulang USD 2.5 juta. Boleh dikatakan seluruh negara Amerika Syarikat berminat untuk menyaksikan pert4rungan Ali menentang Frazier, dan jualan tiket di Madison Garden sold out dengan jumlah pengunjung seramai 20,455 orang dan siaran television ketika itu menjana USD 45 juta.
Pert4rungan Ali menentang Frazier merupakan pert4rungan yang amat menarik, namun mampu dilihat Ali yang ada pada ketika itu adalah Ali yang sudah 3 tahun tidak berada di dalam gelanggang. Meskipun Berjaya melahirkan perl4wanan yang menarik, dengan mereka berdua bert!nju sehingga ke pusingan terakhir (pusingan 15), kemenangan berpihak kepada Frazier kerana Frazier lebih mendominasi hamper kesemua pusingan.
Dalam satu buku biografi Ali tertulis (berkenaan perl4wanan ini):
Both men left the ring changed men that night. For Frazier, his greatness was gone, that unquantifiable combination of youth, ability and desire. For Ali, the public hatred he had so carefully nursed to his advantage came to a head and burst that night and has never been the same. To his supporters he became a cultural hero. His detractors finally gave him grudging respect. At least they had seen him beaten and seen that smug look wiped off his face.
Selepas kekalahan menentang Joe Frazier, Ali bert4rung beberapa menentang beberapa lagi peninju lain sebagai jalan untuk kembali menentang Frazier. Namun begitu, Frazier telah terlebih dahulu kalah menentang George Foreman, sekaligus takhta Juara Dunia telahpun bertukar tangan. Ali kemudian bert4rung dengan Joe Frazier untuk merebut tempat mel4wan juara baru, Georger Foreman. Ali menang pert4rungan kedua ini, dan dia bakal diberi peluang sekali lagi untuk mengambil semula kejuaraan dunianya.
Muhammad Ali kini terpaksa berhadapan dengan George Foreman, salah seorang penvmbuk terkuat division heavyweight pada zaman itu. Pert4rungan Ali dan Foreman ini dipanggil sebagai “Rumble in Jungle”.
Pert4rungan Ali menentang Foreman juga mengeluarkan satu sisi unik dari Ali. Sewaktu bert4rung, peninju selalunya akan mengelakkan diri dari dihimpat ke arah tali, untuk mengelakkan diri mereka tidak mempunyai ruang untuk melarikan diri.
Namun bagi Ali, Ali tidak kisah berada di bahagian tali, dan taktik ini kini dipanggil sebagai “Rope-a-dop”, satu umpanan membawa pihak lain menyerang di bahagian tali manakala peninju berusaha untuk mengelak dari tvmbukan l4wan, dengan harapan pihak l4wan akan kehilangan tenaga dan kemudian melakukan serangan balas. Ali berjaya menang dengan cara ini, dan membawa pulang takhta kejuaraan dunia semula. Selepas pert4rungan tersebut, Ali dan Foreman menjadi kawan baik.
Selepas pert4rungan menentang Foreman, Ali kemudian bert4rung semula dengan Joe Frazier untuk kali ketiga, dan pert4rungan ini dimenangi oleh Ali, apabila jurulatih Frazier tidak membenarkan dia meneruskan pert4rungan di pusingan ke-15. Ali terus menjadi juara untuk beberapa tahun selepas itu, sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 1979. Keputusan bersara itu kemudiannya terpaksa ditunda kerana Ali kekurangan duit, dan dia melihat peluang untuk mencabar Larry Holmes untuk kejuaraan tali pinggang WBC.
Pert4rungan antara Holmes dan Ali ini merupakan salah satu pert4rungan paling tragis dalam hidup Ali, kerana pada waktu itu, dia mula melemah akibat penyakit tyroid yang dia hadapi, tambahan pula dengan Ali yang pada waktu ini baru mendapat tanda-tanda penyakit misteri – kesukaran bercakap dan tangannya menggeletar.
Pert4rungan Ali terpaksa dihentikan oleh pengadil pada pusingan ke 11, kerana Ali tidak mampu untuk bertahan, dan hadirin yang menyaksikan pert4rungan itu sendiri tidak mampu terus menonton Ali diseksa. Sylvester Stallone yang berada di luar gelanggang ketika itu mengatakan bahawa melihat perl4wanan itu seumpama melihat orang hidup yang sedang dibedah. Amat menyedihkan.
https://www.youtube.com/watch?v=DAjFEyoOZcI
Parkinson dan hari-hari akhir.
Masyarakat sedar akan perubahan yang terjadi kepada Ali. Orang yang pada usia mudanya banyak berceloteh dan bercakap, mula kehilangan kemampuan untuk bertutur. Meskipun begitu, hanya pada tahun 1984, 5 tahun selepas pert4rungan Ali dan Larry Holmes, barulah Muhammad Ali didiagnos menghidap penyakit Parkinson. Doktor dan pakar membuat hipotesis bahawa penyakit Ali ini terjadi akibat karier t!njunya – terlampau banyak menerima tvmbukan, lebih-lebih lagi dari pert4rungan ekstravaganzanya bersama Frazier dan Foreman.
Parkinson menyerang minda manusia. Ya, sepanjang hidupnya, Ali merupakan seorang pejuang. Namun bert4rung dengan Parkinson, itu adalah pert4rungan yang dia tidak mampu menang. Amat menyedihkan sewaktu melihat idola t!nju kegemaran Amerika ini ditemuramah di dalam television, dengan tuturkatanya yang sukar ditafsir oleh orang lain, Ali kelihatan amat redha dengan apa yang terjadi ke atas dirinya. “Ini semua ujian tuhan ke atas diri saya. Saya sudah bersedia untuk m4ti, dan berfikir mengenainya sepanjang solat saya.”
https://www.youtube.com/watch?v=-3l6diJ2oZ4&t=23s
Meskipun kesihatan Ali tidak mengizinkan, beliau masih membuat penampilan di khalayak ramai, dengan yang paling diingati pastinya sewaktu perasmian Sukan Olimpik pada tahun 1996, yang bertempat di Amerika. Ramai yang berada di dalam stadium, tersentuh hati mereka melihat Muhammad Ali menyalakan obor Olimpik, lebih-lebih lagi dengan keadaan kesihatan bekas juara t!nju pada waktu itu.
Pada tahun 2002, Muhammad Ali dilantik sebagai duta keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia menjadi tetamu kehormat UN di Kabul selama tiga hari. Ali juga muncul pada sukan Olimpik 2012, menjadi pemegang bendera bersama isterinya, kerana pada waktu itu, Ali telah hilang keupayaan untuk berjalan.
Pada 2016, sewaktu usianya 74 tahun, Muhammad Ali mengh3mbuskan n4fasnya yang terakhir di Arizona akibat masalah pernafasan. Keh!langan Muhammad Ali ditangisi seantero dunia, kawan dan lawannya seperti Larry Holmes dan George Foreman turut sama hadir sewaktu j3nazah Muhammad Ali disemadikan.
RUJUKAN:
“Muhammad Ali exhibited slowed, slurred speech well before Parkinson’s diagnosis, study finds.” William Weinbaum, ESPN (2017). https://www.espn.com/boxing/story/_/id/20420022/muhammad-ali-speech-study-reveals-early-indications-parkinson-disease
“His longest round: Muhammad Ali’s f!ght with Parkinson’s disease.” Patrick Sawer, The Telegraph (2016). https://www.telegraph.co.uk/news/2016/06/04/his-longest-round-muhammad-alis-f!ght-with-parkinsons-disease/
“Muhammad Ali.” United States Olympic & Paralympic Digital Museum https://usopm.org/muhammad-ali/
“Exclusive: The Real Reason Muhammad Ali Converted to Islam.” Sean Gregory, TIME (2017). https://time.com/4798179/muhammad-ali-islam-conversion/
“Muhammad Ali: all of his 61 f1ghts as a professional.” Rob Smyth, The Guardian (2016). https://www.theguardian.com/sport/2016/jun/05/muhammad-ali-every-f!ght-professional-61-
“F!ght by f!ght: Muhammad Ali’s legendary career.” Bob Velin, USA Today (2016). https://www.usatoday.com/story/sports/2016/06/04/muhammad-ali-f!ght-by-f!ght-career/85341622/
“‘Shoot them for what?’ How Muhammad Ali won his greatest f!ght.” DeNeen L. Brown, The Washington Post (2018). https://www.washingtonpost.com/news/retropolis/wp/2018/06/15/shoot-them-for-what-how-muhammad-ali-won-his-greatest-f!ght/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih