Kerajaan Mughal (1526–1857) adalah salah satu empayar Islam terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah Asia Selatan. Empayar ini menguasai wilayah yang kini terdiri daripada negara moden India, Pakistan, Bangladesh, dan Afghanistan. Sungguh luas bukan jajahan takluknya!
Masyhur dengan sumbangan besar dalam bidang seni, budaya, dan pemerintahan, kerajaan Islam ini mencapai puncak kejayaannya di bawah pemerintahan beberapa maharaja yang terkenal!
Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur (1526–1530) pada tahun 1526 selepas kemenangan dalam Pertempuran Panipat Pertama. Babur, yang berasal dari keturunan Turko-Mongol, berjaya menewaskan Sultan Ibrahim Lodi. Kemenangan ini lantas membuka ruang kepada Babur untuk bina asas bagi Empayar Mughal.
Kerajaan Mughal capai puncak kegemilangan ketika di bawah pemerintahan penguasa ketiga Mughal iaitu Akbar yang Agung (1556-1605). Akbar bukan saja seorang panglima tentera yang hebat tetapi juga seorang pentadbir yang bijaksana. Baginda perkenalkan dasar toleransi agama, hapuskan cukai jizyah yang dikenakan ke atas bukan Muslim, dan galakkan perpaduan budaya antara berbagai etnik dan agama.
Akbar juga perkenalkan sistem pentadbiran yang efisien, termasuk pembahagian wilayah empayar kepada sistem provinsi (Subah). Dalam bidang seni dan budaya, era Akbar menyaksikan perkembangan pesat terhadap bidang seni bina, lukisan, muzik, dan sastera, yang menggabungkan elemen-elemen India, Parsi, dan Islam.
Dinasti Mughal juga terkenal dengan sumbangan besar mereka dalam seni bina, terutamanya pembinaan Taj Mahal oleh Shah Jahan (1628–1658) sebagai makam untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ikonik ini menjadi lambang seni bina Mughal yang terunggul.
Selain Taj Mahal, seni bina Mughal juga termasuk pembinaan kubah, masjid, dan taman-taman indah yang dikenali sebagai Charbagh. Antara Charbagh yang masyhur yang dapat kita lihat hari ini adalah di Taj Mahal dan Makam Humayun.
Selepas Aurangzeb memerintah (1658–1707), kerajaan Mughal mula alami kemerosotan. Berbeza dengan Akbar, Aurangzeb telah perkenalkan dasar-dasar yang lebih keras terhadap bukan Muslim dan hapuskan banyak reformasi toleransi yang diperkenalkan oleh Akbar.
Hal ini menyebabkan ketidakpuasan dalam kalangan penduduk bukan Muslim dan lantas menimbulkan pemberontakan. Antara pemberontakan yang berlaku ialah pemberontakan Hindu Jat yang diketuai oleh Gokula. Pemberontakan ini berpunca daripada tindakan kerajaan Mughal yang merobohkan kuil Hindu di Mathura.
Kemerosotan empayar Mughal juga disebabkan oleh serangan luar. Serangan oleh Nadir Shah (1736–1747) dari Parsi pada tahun 1739 dan serangan-serangan daripada Maratha (1960) telah melemahkan lagi Mughal. Akhirnya, empayar ini menjadi semakin kecil dan lemah sehingga kedatangan British pada abad ke-19 yang menamatkan pemerintahan Mughal secara rasmi selepas Pemberontakan India 1857.
Walaupun empayar Mughal tidak lagi wujud, namun warisannya tetap hidup subur dalam lipatas sejarah Islam dan Asia Selatan.
Oleh: Fakhry Harraz
Nak baca sejarah Mughal dengan lebih ‘detail’?
Sini saya sarankan satu judul yang sesuai untuk kalian. Perkenalkan, MUGHAL: MUTIARA ISLAM DI INDIA

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply