Konflik Salib adalah antara yang paling menarik bagi saya. Sebab konflik ini disemai untuk menyelamatkan pekung masing-masing. Ia tiada kena mengena langsung antara agama Islam dan agama Kristian. Sekadar satu pihak ingin merawat kerosakan dalam khemah sendiri… dengan cara mencari “common enemy” yang semua sama-sama boleh benci.

Kalau ditanya pada orang ramai, mesti mereka jawab umat Islam punca Perang Salib Pertama. Katanya puak Seljuk selalu mengancam keselamatan Byzantium. Lalu Dunia Kristian membalas. Logik ini runtuh kalau kita ambil kira:

  1. Byzantium sudah dikafirkan Katolik secara berkala. Ada macam-macam kejadian dalam tempoh beberapa abad. Eropah tidak peduli langsung apa benda umat Islam buat pada Byzantium.
  2. Eropah tengah berpecah-belah. Gelombang sekular sedang mencabut akar agama. Pope Gregory menjatuhi hukuman kafir pada Raja Jerman (ketika itu kuasa rantau). Lalu Raja Jerman melantik Pope Clement (pope sendiri) dan mengkafirkan Gregory.
  3. Pope sendiri sudah dihalau keluar dari Vatican (Holy City). Hidup dalam buangan.

Jadi pada ketika “semua membenci semua”, Dunia Kristian perlu suatu entiti untuk dibenci secara bersama. Maka umat Islam Turki Seljuk menjadi entiti tersebut kerana berada betul-betul rapat pada gigi Byzantium. Namun pihak Pope berhempas-pulas fikir cara untuk memujuk Eropah. Satu-satunya cara adalah untuk menyentuh tentang “nasib saudara seagama kita di Jerusalem”. Maka itulah gam yang diperlukan.

Kalau kalian ingin tahu secara mendalam, saya galakkan sangat beli buku PERANG SALIB PERTAMA: KELAHIRAN TEMPLAR melalui pautan ini: https://bit.ly/perangsalibpertamaa

Gambar sekadar hiasan. Pautan adalah E-BUKU.

Perjuangan Yang Hampir Terkubur

Tentera Salib tidak terdiri daripada “peserta-peserta bernegara”. Paus Urban II sengaja pilih kalangan pembesar kecil yang ingin menempa nama dalam sejarah kerana tiada harapan untuk berkuasa di negara sendiri. Sebab itu yang turun berjuang bukan para raja tinggi.

Sebaliknya puak pejuang adalah dalam kalangan Raymond of Toulouse, Godfrey of Bouillon, Baldwin of Boulogne, Hugh of Vermandois, Stephen of Blois dan tidak lain tidak bukan pewira agung Viking Normandy Bohemond of Taranto… anak Robert Guiscard.

Kata orang, semua ini bersatu untuk membawa neraka ke Dunia Islam. Hakikatnya semua dalam kalangan mereka adalah ibaratkan jemaah babi hutan, babi pink, babi tonyok dan babirusa di hutan yang sama. Pakat bergaduh. Tak habis-habis. Ada masa mereka jadi beruk, mawas, monyet dan gorila yang berebut pokok sama. Takut kalau salah seorang berjaya.

Perkara ini terbukti di Antioch, sebuah kota yang sangat penting secara logistikal untuk menyerang Jerusalem. Selama lapan bulan mereka mengepung Antioch. Punyalah susah nak tundukkan kota Seljuk dipimpin Yaghi-Siyan dan Duqaq. 40,000 anggota Salib mengepung. Ribuan mati bukan kerana diserang… sebaliknya kerana lapar dan penyakit cirit-birit.

Padahal dalam kota Antioch ada 5,000 tentera jer. 5,000 ni hampir menang kalau pengawal tembok Firouz tak buat hal. Siapa Firouz ni?

Pengkhianatan Yang Halal?

Binalah rumah dengan kayu lawa macam mana pun. Tapi kalau dibina atas sarang anai-anai, mesti runtuh. Itulah terjadi pada Antioch. Kerajaannya penuh dengan anai-anai. Sebelum tengok Firouz, kita tengok dulu sistem dan pegawai-pegawai dalam kerajaan Yaghi-Siyan.

Menurut tulisan Antony Bridge, Firouz ni dah bengang sangat-sangat sebab beliau tidak dapat naik pangkat. Kena jaga tembok semata-mata. Tak cukup, beliau baru didenda atas kesalahan yang tidak direkodkan. Dan paling teruk, seorang pegawai tinggi telah meniduri isterinya. Ada dua versi pasal kes pegawai ni.

  1. Isterinya sendiri merelakan kerana inginkan anak.
  2. Pegawai tinggi ini merogol isterinya, dan kesalahan tersebut tidak dihukum Yaghi-Siyan.

Dua versi barangkali akibat dua pihak berkepentingan yang berbeza (Seljuk dan Salib). Apa-apa pun versinya, memang isteri Firouz telah disentuh lelaki lain. Lalu Firouz bertindak untuk memberi laluan kepada Bohemond. Beliau pasang tangga bertali (rope ladder) di tempat yang tidak diketahui sesiapa. Dan tentera Salib pimpinan Bohemond panjat… dan berjaya merampas Antioch.

Bohemond menyaksikan tenteranya panjat.

Penutupnya, Firouz diceritakan mendapat sedikit ganjaran dan berjaya lari ke tempat lain bersama isterinya. Maka mungkin versi kedua itu yang paling tepat. Tetapi entah bala apa menanti Firouz. Pengkhianatan beliau dah membuka jalan untuk Tentera Salib rampas Jerusalem. Dan keg-nasan yang ditimpa umat Islam kat Jerusalem tu memang sangat zalim.

Dalam masa sehari dua, jalanraya Jerusalem dibanjiri darah yang naik sampai ke buku lali. Semua ni takkan berlaku jika Firouz berlaku setia.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply