Sabtu, 17 Oktober 202617 Okt 2026
Lembaran Malaysia

Muafakat Nasional: Jangan Jadi Macam Hamas Dan Fatah

14 September mungkin akan jadi hari yang bersejarah
buat negara kerana telah temeterai piagam antara dua parti Melayu yang dominan
di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Kita sama sama mengharapkan gabungan di antara
dua parti ini akan mengulangi kejayaan bersejarah pada PRU 1974. Tetapi artikel
ini bukanlah nak fokuskan berkaitan penyatuan nasional yang telah dibuat ini.
Mungkin akan diceritakan pada artikel yang lain.

Masih ingatkah kita tanah Palestin? Yang menjadi
rebutan kepada 3 agama samawi di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi kerana
dalam Palestin terdapat tempat yang dianggap suci iaitu BaitulMaqdis.
Pertembungan antara tiga agama ini telah bermula 1400 tahun lampau dan ini juga
yang membuatkan Kristian dan Yahudi sangat berdendam kepada Islam. Palestin
telah melalui sejarah yang panjang sehinggalah kini Palestin telah didiami
secara haram dengan menubuhkan negara haram Israel di atas tanah pemilikan
Islam di Palestin. Apa yang tinggal bagi Palestin adalah Semenanjung Gaza dan
Tebing Barat saja.

Tapi tahukah kita bahawa punca Palestin tidak dapat
disatukan dan rakyat masih menderita akibat Israel adalah kerana dua parti
politik utama Palestin yang tidak sefahaman dalam fikrah politiknya? Ya, kita
setuju Palestin mula dimasuki oleh British dan pendatang Yahudi selepas
kejatuhan Turki Uthmaniyah pada 1924. Tetapi tidakkah sepatutnya dua kuasa
politik yang tertubuh selepas Perang Enam Hari pada 1967 antara Arab dan Israel
ini akan menjadikan Palestin lebih baik dari keadaannya yang sekarang?

SEJARAH HAMAS DAN FATAH

Secara ringkas saya akan terangkan apakah HAMAS dan
juga FATAH ini.

HAMAS atau nama panjangnya  Harakat
al-Muqawwamatul Islamiyyah
yang bermaksud Gerakan Pertahanan Islam dan
Hamas itu membawa maksud ketekunan. Organisasi ini adalah sebuah organisasi
militan yang mempunyai sayapnya yang bernama Briged al-Qassam yang mendapat
ilham dari nama salah seorang pelopor HAMAS iaitu Izuddin al-Qassam. Organisasi
ini didirikan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada 1987 dengan mendapat sokongan
Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. HAMAS juga menganggotai Palestin
Liberation Organization atau PLO bersama sama FATAH. Parti ini dianggap parti
Islamis di Palestin.

FATAH atau
Harakat al-Taḥrīr al-Waṭanī al-Filasṭīnī
yang bermaksud Gerakan Kebangsaan
Pembebasan Palestin dan Fatah itu membawa maksud kemenangan. Organisasi ini
didirikan oleh Yasser Arafat pada 1950 dan dipimpin oleh beliau sehingga 2004. FATAH
menjadi kekuatan utama dalam Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) pada 1964
sebagai wakil pelbagai parti yang ingin menentukan nasib sendiri. Parti
dianggap parti Nasionalis dan ada juga yang mengatakan parti ini adalah parti
yang bersifat secular di Palestin.

KONFLIK HAMAS DAN FATAH

Tujuan kedua dua parti ini sama iaitu untuk membawa
dan membebaskan Palestin dengan acuan rakyat Palestin sendiri tanpa melibatkan
pihak luar. Setelah perang gerila selama enam hari pada 1967 ini tamat, FATAH
menjadi wakil utama dalam perbincangan di pihak Palestin. Mereka persetujui
bahawa penyelesaiannya adalah 2 negara dengan Jerusalem sebagai ibu kota
bersama dengan Israel. Sebaliknya HAMAS tidak menerima kewujudan negara haram
Israel, dan berjuang untuk menghancurkannya.

Setelah Yasser Arafat meninggal dunia pada tahun 2004, ketegangan di antara HAMAS dan FATAH lebih menjadi-jadi. Ketika Pilihanraya Palestin pada 25 Januari 2006, HAMAS telah mendapat kemenangan besar dan ini menjadikan keretakan ini lebih dalam. Tanpa disedari, Amerika dan Israel serta Kesatuan Eropah menyuntik jarum permusuhan dan cuba menjadi batu api dengang mengambil kesempatan keretakan hubungan FATAH dan HAMAS. Tujuan mereka hanya satu, untuk mengiktiraf negara haram Israel.

Lagi menimbulkan ketegangan apabila selepas
kedua-dua parti ini gagal dalam rundingan damai yang berulang kali menyebabkan
HAMAS mengambil alih Gaza pada Jun 2007. Bermula dari sini secara rasminya
pakatan antara HAMAS dan FATAH dibubarkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Setelah
HAMAS berkuasa di Semanjung Gaza, dan FATAH di Tebing Barat, pada 2011 telah
ada permulaan untuk mengadakan rundingan perdamaian di antara keduanya yang
disokong oleh Mesir.

Dalam persengketaan antara kedua dua parti politik
ini, Israel dan Amerika Syarikat cuba menjadi ‘penyelamat’ dengan menyokong
kepimpinan FATAH yang lebih diplomasi dan lembut berbanding HAMAS. Untuk
menekan lagi kekuasaan HAMAS pada Semenanjung Gaza, mereka telah menutup
sempadan Rafah, pintu masuk ke Palestin dari Mesir sebagai menghalang sebarang
bantuan dan bertujuan menekan HAMAS yang dianggap pengganas dan penghalang
usaha Israel untuk mendapatkan Palestin secara keseluruhan.

Kemuncak ketegangan adalah pada 2013 apabila telah
berlaku perang saudara antara HAMAS-FATAH. Ketika ini juga berlaku Revolusi
Mesir pada Julai 2013 yang menumbangkan Presiden Morsi dari tampuk kepimpinan.
Revolusi ini diketuai oleh Ketua Tentera Mesir, Jeneral Al Sisi yang disokong
Amerika Syarikat dengan memberi bantuan ketenteraan sebanyak $1.5 bilion setiap
tahun. Dengan ini juga sebenarnya nak pastikan bahawa pintu Rafah sentiasa
ditutup sehinggalah HAMAS menerima kepimpinan Mahmoud Abbas. Padahal kita boleh
baca bahawa Mahmoud Abbas hanya boneka Israel dan Amerika.

Ketika dalam situasi penyelesaian konflik Israel-Gaza 2014, Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) melaporkan bahawa ada plot jahat HAMAS nak singkirkan FATAH di Tebing Barat. Ini semua permainan Israel hendak mengapi apikan dua parti Islam Palestin ini. Tapi plot ini hanya membawa kerugian kepada rakyat Palestin. Sepanjang konflik berlaku, kematian rakyat Palestin dianggarkan sekitar 300-600 orang. Sedihnya lagi ia adalah pembunuhan sesama saudara Islam.

Betullah bahawa Islam kini telah dikerumuni seperti
semut oleh musuh Islam. Kita tak mampu untuk berbuat apa selagi kita dipecahkan
dengan fahaman politik yang ekstrem dan merasakan diri cukup baik. Moga
penyatuan nasional yang dibuat di Malaysia akan menyatukan umat Islam dan
Melayu. Tapi sayang, di Malaysia juga parti politik yang memecahkan bangsa.
Umat Melayu yang majority terpecah kepada kumpulan kecil sehingga golongan
minoriti menjadi seakan akan majority. Moga artikel ini memberi kesedaran
kepada kita untuk bangkit. Wallahu a’lam.

#NastiaUmmah

RUJUKAN:

1. PAS-Perikatan catat sejarah PRU 1974. https://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/pas-perikatan-catat-sejarah-pru-1974-1.858058

2. Hamas dan Fatah: Siapakah mereka?. https://www.dw.com/id/hamas-dan-fatah-siapakah-mereka/g-40920861

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet