14 September mungkin akan jadi hari yang bersejarah buat negara kerana telah temeterai piagam antara dua parti Melayu yang dominan di Malaysia iaitu UMNO dan PAS. Kita sama sama mengharapkan gabungan di antara dua parti ini akan mengulangi kejayaan bersejarah pada PRU 1974. Tetapi artikel ini bukanlah nak fokuskan berkaitan penyatuan nasional yang telah dibuat ini. Mungkin akan diceritakan pada artikel yang lain.

Masih ingatkah kita tanah Palestin? Yang menjadi rebutan kepada 3 agama samawi di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi kerana dalam Palestin terdapat tempat yang dianggap suci iaitu BaitulMaqdis. Pertembungan antara tiga agama ini telah bermula 1400 tahun lampau dan ini juga yang membuatkan Kristian dan Yahudi sangat berdendam kepada Islam. Palestin telah melalui sejarah yang panjang sehinggalah kini Palestin telah didiami secara haram dengan menubuhkan negara haram Israel di atas tanah pemilikan Islam di Palestin. Apa yang tinggal bagi Palestin adalah Semenanjung Gaza dan Tebing Barat saja.

Tapi tahukah kita bahawa punca Palestin tidak dapat disatukan dan rakyat masih menderita akibat Israel adalah kerana dua parti politik utama Palestin yang tidak sefahaman dalam fikrah politiknya? Ya, kita setuju Palestin mula dimasuki oleh British dan pendatang Yahudi selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah pada 1924. Tetapi tidakkah sepatutnya dua kuasa politik yang tertubuh selepas Perang Enam Hari pada 1967 antara Arab dan Israel ini akan menjadikan Palestin lebih baik dari keadaannya yang sekarang?

SEJARAH HAMAS DAN FATAH

Secara ringkas saya akan terangkan apakah HAMAS dan juga FATAH ini.

HAMAS atau nama panjangnya  Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang bermaksud Gerakan Pertahanan Islam dan Hamas itu membawa maksud ketekunan. Organisasi ini adalah sebuah organisasi militan yang mempunyai sayapnya yang bernama Briged al-Qassam yang mendapat ilham dari nama salah seorang pelopor HAMAS iaitu Izuddin al-Qassam. Organisasi ini didirikan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada 1987 dengan mendapat sokongan Ikhwanul Muslimin yang berpusat di Mesir. HAMAS juga menganggotai Palestin Liberation Organization atau PLO bersama sama FATAH. Parti ini dianggap parti Islamis di Palestin.

FATAH atau Harakat al-Taḥrīr al-Waṭanī al-Filasṭīnī yang bermaksud Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin dan Fatah itu membawa maksud kemenangan. Organisasi ini didirikan oleh Yasser Arafat pada 1950 dan dipimpin oleh beliau sehingga 2004. FATAH menjadi kekuatan utama dalam Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) pada 1964 sebagai wakil pelbagai parti yang ingin menentukan nasib sendiri. Parti dianggap parti Nasionalis dan ada juga yang mengatakan parti ini adalah parti yang bersifat secular di Palestin.

KONFLIK HAMAS DAN FATAH

Tujuan kedua dua parti ini sama iaitu untuk membawa dan membebaskan Palestin dengan acuan rakyat Palestin sendiri tanpa melibatkan pihak luar. Setelah perang gerila selama enam hari pada 1967 ini tamat, FATAH menjadi wakil utama dalam perbincangan di pihak Palestin. Mereka persetujui bahawa penyelesaiannya adalah 2 negara dengan Jerusalem sebagai ibu kota bersama dengan Israel. Sebaliknya HAMAS tidak menerima kewujudan negara haram Israel, dan berjuang untuk menghancurkannya.

Setelah Yasser Arafat meninggal dunia pada tahun 2004, ketegangan di antara HAMAS dan FATAH lebih menjadi-jadi. Ketika Pilihanraya Palestin pada 25 Januari 2006, HAMAS telah mendapat kemenangan besar dan ini menjadikan keretakan ini lebih dalam. Tanpa disedari, Amerika dan Israel serta Kesatuan Eropah menyuntik jarum permusuhan dan cuba menjadi batu api dengang mengambil kesempatan keretakan hubungan FATAH dan HAMAS. Tujuan mereka hanya satu, untuk mengiktiraf negara haram Israel.

Lagi menimbulkan ketegangan apabila selepas kedua-dua parti ini gagal dalam rundingan damai yang berulang kali menyebabkan HAMAS mengambil alih Gaza pada Jun 2007. Bermula dari sini secara rasminya pakatan antara HAMAS dan FATAH dibubarkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Setelah HAMAS berkuasa di Semanjung Gaza, dan FATAH di Tebing Barat, pada 2011 telah ada permulaan untuk mengadakan rundingan perdamaian di antara keduanya yang disokong oleh Mesir.

Dalam persengketaan antara kedua dua parti politik ini, Israel dan Amerika Syarikat cuba menjadi ‘penyelamat’ dengan menyokong kepimpinan FATAH yang lebih diplomasi dan lembut berbanding HAMAS. Untuk menekan lagi kekuasaan HAMAS pada Semenanjung Gaza, mereka telah menutup sempadan Rafah, pintu masuk ke Palestin dari Mesir sebagai menghalang sebarang bantuan dan bertujuan menekan HAMAS yang dianggap pengganas dan penghalang usaha Israel untuk mendapatkan Palestin secara keseluruhan.

Kemuncak ketegangan adalah pada 2013 apabila telah berlaku perang saudara antara HAMAS-FATAH. Ketika ini juga berlaku Revolusi Mesir pada Julai 2013 yang menumbangkan Presiden Morsi dari tampuk kepimpinan. Revolusi ini diketuai oleh Ketua Tentera Mesir, Jeneral Al Sisi yang disokong Amerika Syarikat dengan memberi bantuan ketenteraan sebanyak $1.5 bilion setiap tahun. Dengan ini juga sebenarnya nak pastikan bahawa pintu Rafah sentiasa ditutup sehinggalah HAMAS menerima kepimpinan Mahmoud Abbas. Padahal kita boleh baca bahawa Mahmoud Abbas hanya boneka Israel dan Amerika.

Ketika dalam situasi penyelesaian konflik Israel-Gaza 2014, Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) melaporkan bahawa ada plot jahat HAMAS nak singkirkan FATAH di Tebing Barat. Ini semua permainan Israel hendak mengapi apikan dua parti Islam Palestin ini. Tapi plot ini hanya membawa kerugian kepada rakyat Palestin. Sepanjang konflik berlaku, kematian rakyat Palestin dianggarkan sekitar 300-600 orang. Sedihnya lagi ia adalah pembunuhan sesama saudara Islam.

Betullah bahawa Islam kini telah dikerumuni seperti semut oleh musuh Islam. Kita tak mampu untuk berbuat apa selagi kita dipecahkan dengan fahaman politik yang ekstrem dan merasakan diri cukup baik. Moga penyatuan nasional yang dibuat di Malaysia akan menyatukan umat Islam dan Melayu. Tapi sayang, di Malaysia juga parti politik yang memecahkan bangsa. Umat Melayu yang majority terpecah kepada kumpulan kecil sehingga golongan minoriti menjadi seakan akan majority. Moga artikel ini memberi kesedaran kepada kita untuk bangkit. Wallahu a’lam.

#NastiaUmmah

RUJUKAN:

1. PAS-Perikatan catat sejarah PRU 1974. https://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/pas-perikatan-catat-sejarah-pru-1974-1.858058

2. Hamas dan Fatah: Siapakah mereka?. https://www.dw.com/id/hamas-dan-fatah-siapakah-mereka/g-40920861


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.