Kapasiti MRT memang dirangka untuk khidmat radius berpusat di Kuala lumpur dan sekitar Lembah Kelang sahaja. Jika pembinaannya menjangkaui radius luar dari kawasan operasi sekarang akan menyebabkan kos pengoperasiannya meningkat sekaligus menjadikan ia tidak praktikal.

Ini kerana jika jajaran landasan dan stesen-stesen MRT dibina luar dari Lembah Kelang, maka stesen atau hentian MRT terpaksa dibina di kawasan-kawasan yang tidak ramai penduduk memaksa ia beroperasi di bawah tahap optimum.

Walaupun MRT adalah milik kerajaan sepenuhnya, ia tidak boleh dibiarkan mengharungi operasi tidak optimum, tambahan pula di luar rangkaian MRT telah lama ada perkhidmatan Komuter, ETS, ERL dan KTM Antarabandar bagi menyokong keperluan pendudukan di sepanjang kawasan luar Lembah Kelang ini.

Namun demikian, memang ada perancangan kerajaan untuk meluaskan lagi jajaran landasan MRT, seperti MRT 3 misalnya yang akan menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) yang akan mula beroperasi pada 2022.

Jadi dengan rangkaian pengangkutan awam termasuk MRT beserta feeder dan infrastruktur sokongan yang lengkap untuk MRT ini kelak akan menjelmakan kesan limpah dan fenomena seperti berikut;

1. Rangkaian pengangkutan awam untuk keluar masuk Kuala Lumpur menjadikan lebih ramai yang akan memilih untuk tinggal di luar Lembah Kelang, sekalipun pejabat dan kerjaya mereka berpusat di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang. Selain faktor kos sara hidup yang tinggi di Lembah Kelang, mereka akan memilih tempat tinggal yang lebih selesa dan luas di luar jika dibandingkan nilai kemampuan sama untuk kekal tinggal di Lembah Kelang.

2. Apabila ada permintaan maka akan ada penawaran. Pergerakan keluar masuk para pekerja keluar masuk Lembah Kelang ini akan meningkatkan kadar pemilikan rumah di kawasan luar Lembah Kelang. Lebih banyak kawasan perumahan akan dibina bagi menampung keperluan yang semakin meningkat. Kawasan perumahan akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

3. Ia sekaligus meningkatkan nilai dan harga tanah dan aset luar bandar. Lebih banyak peluang urusniaga tanah dan aset, lebih banyak aktiviti ekonomi berkaitan hartanah sekaligus meningkatkan nilai milikan hartanah bagi pemiliknya yang ada di luar Lembah Kelang.

4. Dengan urustadbir dengan baik, ia akan mempengaruhi pembangunan ekonomi yang lebih seimbang antara Lembah Kelang dan kawasan luar Lembah Kelang. Aktiviti ekonomi yang pesat kerana perhubungan logistik yang baik ini juga akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk sedia ada atau yang tinggal di luar Lembah Kelang. 

5. Apabila semua ini dicapai, infrastruktur lain yang menyokong akan turut dibina di kawasan luar dari Lembah Kelang ini tadi. Bermula sebagai bandar biasa yang terletak bersebelahan Kuala Lumpur, ia berkembang menjadi bandar yang menyokong Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, kemudian berkembang pesat sama maju dengan ibu negara itu tadi. Dari sekadar menampung keperluan penempatan dan perumahan, pendidikan, hospital, hospitaliti, perkembangan aktiviti ekonomi dan sosial yang lain akan turut berkembang.

6. Pemusatan ini seterusnya membantu menarik pembangunan lain yang menyokong seperti pejabat-pejabat, pusat beli belah, sukan dan riadah pelancongan dan kesenian akan turut dibangunkan seterusnya turut memcambah aktiviti komersial dan pendapatan penduduk setempat.

7. Ia akan turut mewujudkan peluang pekerjaan melalui aktiviti ekonomi di situ. Lebih banyak akan memilih untuk kekal tinggal dan bekerja di luar Lembah Kelang ini tadi kerana pembangunan fizikal dan ekonomi yang hampir seimbang menyamai ibu negara dan Lembah Kelang.

8. Sebenarnya jika ada yang perasan, ke Selatan Lembah Kelang, fenomena ini sudah lama berlaku. Bangi, Kajang, Dengkil, Nilai dan Seremban menyokong Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Begitu juga ke Utara Kuala Lumpur dengan bandar Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang membawa ke Tanjung Malim menyokong atas tujuan yang sama.

9. Fenomena ini menjadikan bandar besar bertaraf metropolitan disokong kemandiriannya dengan kewujudan mapan bandar-bandar sekitar. Kuala Lumpur suatu masa kelak akan hanya sesak dan sibuk semasa waktu pejabat semata-mata. Pekerja akan keluar ke rumah masing-masing di luar Lembah Kelang apabila tamat waktu bekerja.

10. Dengan perhubungan pengangkutan awam dan rangkaian sokongan yang cekap para pekerja akan keluar dan tinggal di bandar sekitar secara total, mencari ruang yang lebih selesa dan berbaloi dengan kos ditanggung, juga menjauhi taraf hidup yang lebih tinggi di Kuala Lumpur.

11. Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, ECRL yang menghubungkan Pantai Barat dan Timur, termasuklah Pan Borneo di Malaysia Timur, serta projek-projek pengangkutan awam atau jalan awam negeri dan persekutuan lain akan turut membantu mempercepat perhubungan dan perkembangan ini berlaku. Tanpa kemelut politik atau dipolitikkan, ia akan siap lebih cepat memberi kemudahan kepada rakyat di sekitar kawasan yang terlibat ini.

12. Kuala Lumpur akan terus kekal sebagai pusat liburan, kesenian atau komersial, tetapi nisbah penduduk/kawasan akan menjadi jauh lebih kecil apabila tamat waktu bekerja. Cetusan migrasi songsang ini menjadikan Kuala Lumpur seakan lebih lengang, meninggalkannya seperti donut yang berlubang di tengah-tengah di luar waktu puncak. Ini bakal memberi lebih kelegaan kepada penduduk asal Lembah Kelang, selain menikmati kehidupan kotaraya yang lebih berkualiti; makin kurang pencemaran udara, bunyi serta kesesakan lalulintas.

13. Fenomena inilah yang dinamakan Kesan Donut (Doughnut Effect). Fenomena sama yang berlaku pada London, Barcelona, Paris, Sydney dan lain-lain kota besar metropolitan dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.