Di wilayah Rajasthan di India, sekitar 50 km dari kota Jodhpur, di sepanjang Lebuhraya Nasional 65, terdapat sebuah kuil. Dari luarannya, ia kelihatan seperti perkara biasa kerana kuil wujud hampir di mana-mana tempat di seluruh India, tetapi yang peliknya ialah dewa yang disembah di kuil yang penulis hendak ceritakan ini adalah sebuah motosikal lama Royal Enfield 350cc dan pemiliknya yang sudah meninggal dunia.
Kisah kuil “Om Bana” atau “Bu-llet Baba” bermula dari satu kejadian kema-langan jalanraya yang berlaku hampir tiga dekad yang lalu. Pada 23 Disember 1988, Om Singh Rathore, seorang pemuda berusia 23 tahun dari sebuah kampung di Chotila, daerah Pali sedang dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikalnya sebelum dia hilang kawalan, merem-puh sebatang pokok dan tercampak sejauh 20 kaki, di mana dia ma-ti di tempat kejadian. Ma-yatnya ditemui pada keesokan harinya, dan motosikal “pe-luru” (bu-llet) yang rosak itu dibawa ke balai polis. Dan dari situlah perkara aneh bermula.
Legenda mengatakan bahawa pihak polis kemudian mendapati bahawa motosikal yang dibawa ke balai polis itu tiba-tiba hilang. Ia kemudian ditemui berada kembali di tempat kema-langan, dan sekali lagi ia dibawa ke balai polis. Mengesyaki ia diambil oleh saudara-mara si ma-ti, polis mengosongkan tangki petrol dan menanggalkan rantai roda motosikal itu, tetapi sekali lagi kenderaan itu hilang dan muncul di tempat kema-langannya.
Bimbang kejadian itu melibatkan kuasa ghaib, pihak polis memutuskan untuk mengembalikan motosikal itu kepada keluarga Om Singh, yang dikatakan telah menjualnya kepada seorang lelaki di Gujarat, tetapi ia tetap muncul kembali di lokasi kema-langan, yang berjarak 400 km. Pemilik baru motosikal itu kemudian tidak lagi menginginkan kembali motosikal itu selepas itu.
Misteri mengenai motosikal yang hilang itu merebak seperti api, dan ramai orang yakin bahawa motosikal Royal Enfield dan penunggangnya yang ma-ti adalah dewa yang harus disembah. Mereka segera membina sebuah kuil kecil di lokasi kema-langan, dengan kuil pemujaan Om Singh Rathore dan bekas kaca terlindung untuk motosikal itu. Pada hari ini beribu-ribu orang dari seluruh Rajasthan mengunjungi Kuil Bu-llet Baba untuk menyembah dewa yang lain dari kelaziman ini dan untuk memohon tuah.
Pemandu teksi dan bas tempatan, pelancong yang memandu di Lebuh Raya Nasional 65, dan para pemandu lori sering berhenti singgah di kuil ini untuk berdoa memohon perjalanan yang selamat. Mereka percaya bahawa Om Singh dan motosikal Royal Enfield itu akan melindungi perjalanan mereka di lebuhraya dan membawa mereka pulang ke rumah dengan selamat, dan menurut penduduk tempatan, sejak kuil itu didirikan, kema-langan di lebuhraya telah menurun secara mendadak.
Barang pemujaan yang paling popular di kuil Bu-llet Baba adalah alko-hol, kebiasaannya minuman keras seperti wis-ki. Ini menambahkan lagi rasa pelik, memandangkan orang ramai datang ke kuil ini untuk memohon agar dilindungi keselamatan mereka di jalan raya, tetapi penulis rasa jika para pemandu tidak minum dan memandu, pasti tak ada masalah.
Kuil motosikal di Rajasthan telah menjadi sangat terkenal sehingga kini ia telah memiliki sami sepenuh masanya sendiri yang menjaga, melakukan ritual harian dan mengumpul derma. Di seberang jalan, terdapat vendor telah didirikan sebagai kompleks perniagaan komersial, di mana pengunjung boleh membeli pelbagai jenis barang pemujaan, dari minuman alko-hol, bunga dan benang suci untuk diikat pada roda Royal Enfield, hinggalah cenderahati berbentuk keychain dan poskad.
Terdapat juga lagenda yang mengatakan bahawa kadangkala pada tarikh kema-langan yang membu-nuh Om Singh Rathore, motosikal Royal Enfield kesayangannya hidup dengan sendirinya. Ini mungkin hanya cerita sensasi yang direka-reka tetapi bagi para penyembah di kuil Bu-llet Baba, itu tidak menjadi masalah. Bagi mereka, Om Banna adalah menjangkaui logik akal. Kepercayaan mereka amat teguh dan mereka percaya bahawa dewa motosikal itu melindungi semua orang yang memandu di lebuhraya itu.
RUJUKAN:
The legend of ‘Bu-llet Baba’, a motorcycle revered as saviour of troubled travellers. Deccan Chronicle
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih