Dalam klim.aks Jurassic World (2015), Tyrannosaur berganding dengan Velociraptor untuk menewaskan dinosaur fiksyen Indominus Rex. Tetapi akhir sekali, Indominus dibµnµh seekor Mosasaurus yang melompat daripada permukaan kolam berhampiran.

Kena ngap dalam Jurrasic World.

Babak ini sekadar fiksyen sahaja tetapi secara tidak langsung menunjukkan mosasaur sebagai haiwan pemang.sa yang menakutkan.

Dan mosasaur memang wujud sejak 145.5 juta tahun lalu, melalui evolusi daripada reptilia bersisik (squamate).

Tetapi ada sesuatu yang sangat menarik tentang mosasaur. Walaupun berevolusi daripada jenis haiwan berdar.ah sejuk, mosasaur sebenarnya berdar.ah panas.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Suhu badan mosasaur dipercayai berada antara 33.9ºC hingga 36.1ºC, lebih tinggi berbanding suhu air habitat mereka (24ºC hingga 29ºC).

Masalahnya, mosasaur tiada lapisan lemak untuk mengekalkan haba. Jika berdar.ah sejuk, air yang lebih sejuk ini akan meresap keluar semua haba dalam badan mereka.

Jadi satu-satunya cara untuk mosasaur hidup adalah jika mereka mempunyai dar.ah panas (Everhart, 2017).

Malah mosasaur juga mempunyai paru-paru seperti ikan paus hari ini.

Indah…

Mereka bernafas terus daripada udara terbuka. Tetapi mosasaur ialah reptilia laut, kaya dengan 40 genus (kumpulan spesis). Ia bukan mamalia seperti ikan paus.

Dan ia juga bukan dinosaur. Jangan kerana haiwan ini hidup berpuluh juta dulu, terus dipukul rata sebagai dinosaur.

Pada masa ini, dinosaur menguasai darat. Mosasaur pula merupakan raja dalam laut.

Lukisan untuk bantu pemahaman.

Seekor mosasaur seperti Tylosaurus misalnya mempunyai ekor panjang, sangat sesuai unuk berenang. Rahangnya pula kuat, amat membantu semasa mengg.igit tambah pula dengan 70+ gigi dalam mulut.Mosasaur paling kecil ialah Dallasaurus turneri, yang mungkin sama saiz seperti biawak hari ini iaitu sekitar 100 sentimeter panjang sahaja. Tetapi bukan semua mosasaur comel seperti dallasaurus.

Banyak yang boleh mencecah 400 sentimeter pun, mungkin diperlekehkan sebagai buaya purba. Mosasaurus hoffmani pula ialah spesis paling besar. Berdasarkan fosil yang ditemui, hoffmani boleh mencecah 17 meter panjang. Jadi ada spesis mosasaur yang boleh menelan manusia.

Ada yang mungkin boleh dibuat haiwan peliharaan… mungkin relevan kalau dibandingkan dengan felidae (ada spesis bertenaga seperti harimau; ada pemalas abadi yang perasan raja iaitu kucing).

Dulu mosasaur dipercayai berenang seperti belut atau ular. Tetapi kajian lebih terkini mendapati yang mosasaur berenang seperti jerung – tubuhnya tidak bergerak kiri dan kanan. Sebaliknya, mosasaur menggunakan ekor yang kuat untuk memecut laju (Lindgren, et al., 2010).

Mungkin mosasaur lebih suka bersembunyi untuk menyer.ang hendap (Kaddumi, et al., 2013).

Dengan saiz dan keupayaan agung ini, mosasaur bermegah sebagai spesis pemang.sa puncak (apex pred.ator).

Ia boleh memakan apa sahaja. Contohnya, saintis menemui fosil mosasaurus Missouriensis di Kanada… dan dalam bahagian perut, terdapat ikan yang lebih besar daripada kepala mosasaur itu sendiri (Black, 2014).

Saintis juga menemui satu lagi spesis mosasaur iaitu prognathodon kianda. Dalam penemuan ini, kianda telah menelan spesis mosasaur lain (Hall, 2018).

Kepµpµsan Mosasaur

Jerung pun ditelannya.

Kewujudan mosasaur sebenarnya memenuhi fitrah alam semulajadi. Sebelum zaman mosasaur, ada jenis haiwan lain yang menguasai laut sebagai pemang.sa puncak. Dulu ichthyosaur menguasai laut sebelum diwarisi plesiosaur.

Selepas plesiosaur, barulah mosasaur naik takhta. Tanpa mosasaur, jenis crocodilian pula yang menguasai perairan.

Sekitar 66 juta tahun lalu, sebutir batu angkasa telah menimpa Bumi. Tidak pasti sama ada asteroid atau komet., batu ini telah melenyapkan potensi kehidupan di muka bumi ini.

Banyak spesis dihilangkan begitu sahaja. Salah satu jenis spesis ialah mosasaur, yang tidak lagi mampu mencari makanan akibat rantaian kepµpµsan terlalu melam.paui batasan norma semulajadi (Pester, 2021).

Satu demi satu spesis mosasaur pergi buat selamanya. Dan hari ini dunia hanya mempunyai kenangan sahaja, bahawa satu masa dahulu laut luas dikuasai sejenis reptilia yang sangat menakutkan.

RUJUKAN:

Black, R. (2014, September 16). A Mosasaur’s Last Meal. National Geographic.

Everhart, M.J. (2017). Oceans of Kansas, Second Edition: A Natural History of the Western Interior Sea. Indiana University Press. Halaman 259.

Hall, D. (2018). Meals of the Mighty Mosasaur. Smithsonian Magazine.

Kaddumi, H. F., et al. (2013). Soft tissue preservation in a fossil marine lizard with bilobed tail fin. Nature Communications. 4: 2423.

Lindgren, J., et al. (2010). Convergent Evolution in Aquatic Tetrapods: Insights from an Exceptional Fossil Mosasaur. PLOS ONE. 5 (8): 11998.

Pester, P. (2021, April 21). Mosasaurus: Apex ocean predator of the dinosaur age. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.