Dalam satu karya Nietzsche iaitu On The Genealogy of Morals, adapun moraliti itu terbahagi kepada dua jenis. Moraliti Tuan dan Moraliti Hamba. Moraliti Tuan adalah moraliti yang ideal dimana moralitinya adalah di luar kerangka baik-buruk sebagaimana Moraliti Hamba.
Moraliti Tuan melihat tindakan berdasarkan kesan baik-buruk sedangkan Moraliti Hamba melihat tindakan berdasarkan niat baik-buruk. Kebanyakan penganut Moraliti Tuan adalah golongan elit dan berpengaruh, di mana merekalah yang cipta kod moraliti bagi penganut Moraliti Hamba.
Sebagai contoh, Tuhan mempunyai Moraliti Tuan, dan manusia dengan Moraliti Hamba. Sekiranya agama itu tidak wujud, manusia akan menganggap aktiviti homoseksual itu bukan benda buruk kerana ianya atas nama cinta, sedangkan ianya adalah buruk menurut Moraliti Tuan. Oleh sebab itulah aktiviti homoseksual dilihat buruk kerana kita yang mempunyai kod Moraliti Hamba adalah berdasarkan pandangan Moraliti Tuan.
Secara abstraknya, moraliti yang disebut di atas bersifat hakikat, absolute dan menyeluruh. Tak salah untuk mempunyai Moraliti Hamba kerana kita sememangnya hamba kepada Tuhan, tapi berlebihan dalam kod moral tersebut adalah teruk (bagi beberapa kes), dan itulah benda yang nak saya sampaikan sekarang. Antara masalah Moraliti Hamba yang paling teruk sekarang ialah Hamba Politik dan Hamba yang Ingat Dia Sentiasa Betul a.k.a Mr. Always Right.
Secara jujurnya, dulu saya adalah seorang anarkis dan rebel, up to the point that saya jadi buta kebenaran, buta fakta dan seterusnya menjadi Hamba Politik. Sehinggalah suatu hari, saya rasa tak kena dengan perjuangan saya. Bermula daripada itu, saya mencari kebenaran di sebalik perjuangan saya hinggalah saya mencapai tahap Moraliti Tuan, dengan membuang emosi dalam melihat dan mencari kebenaran.
Sekurang-kurangnya selepas daripada itu, saya tahu mana yang betul dan mana yang salah, dan saya rasa lebih rendah diri(dalam cara positif) dan kagum apabila dapat berkenalan dengan persona-persona hebat seperti bos JB dan HE yang penuh dengan ilmu. Rata-rata (bukan semua) masyarakat mempunyai Moraliti Hamba Politik. Ciri-ciri utama yang ada pada mereka adalah:
1. Suka berdebat tanpa fakta.
2. Bila bagi fakta, taknak dengar.
3. When all else fails, resort to name calling
Golongan sebegini sangat mengingatkan saya waktu zaman rebel. Too dumb and too immature. Saya tak kisah kamu nak berfahaman politik mana, tapi tolonglah bersikap macam orang bertamadun.
Golongan kedua adalah Mr. Always Right. Yang ni sesiapa pun boleh kena tanpa sebarang jenis bias. Selalu mereka yang macam ni adalah mereka yang telah tinggalkan landasan ilmu. Sebagai contoh, mereka merasakan mereka sahajalah yang betul dan pantang ditegur. Ciri-ciri mereka:
1. Mereka akan berdebat dengan fakta, namun kalau mereka salah, mereka akan pertahankan melalui emosi
2. Bila bagi fakta, mereka akan pusing jauh.
3. When all else fails, resort to name calling
4. Ada kebarangkalian mereka ini akan jadi sangat angkuh, mereka taknak terima walaupun ditegur oleh orang yang lebih berilmu dan teguran yang baik oleh agamawan.
Berikut adalah sedikit klasifikasi permasalahan Moraliti Hamba. Selalunya kalau saya jumpa orang macam ni, saya diam dan tengok je sebab lawak tau tengok orang tunjuk ketidakcerdikan diri sendiri (and yes, saya ni agak sadis dalam menilai orang, sekalipun orang anggap saya ni budak baik).
Apa yang saya boleh kata untuk elakkan daripada bermoraliti Hamba ialah buang emosi apabila berkata-kata tentang ilmu dan benda mustahak. Kalau nak masukkan juga emosi tu, masukkan emosi KESOPANAN. Mereka yang berlebihan ini sangat-sangat mudah dipergunakan oleh golongan Moraliti Tuan yang negatif, sebagaimana mereka (ahli politik) menggunakan emosi rakyat (Moraliti Hamba) untuk memenangkan perjuangan mereka dengan menolak tepi fakta dan hujah yang rasional yang disediakan oleh musuh politik mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih