Baru-baru ini penulis terbaca satu pertanyaan semasa sedang berbincang dengan rakan-rakan di sebuab kumpulan Facebook peminat sejarah Asia, soalannya lebih kurang begini: “Adakah Mongolia Dalam itu berbeza dengan Mongolia?” dan “Mengapa sebahagian Mongolia telah menjadi milik China?”.
Maka, berbekalkan sedikit pemahaman hasil dari bacaan terperinci mengenai sejarah Mongol sejak beratus-ratus tahun yang lalu, artikel ini akan menyediakan serba sedikit jawapan bagi soalan-soalan tersebut.
Pemahaman penulis merangkumi bahan bacaan luar daripada sumber Mongolia terutamanya China dan Rusia. Oleh itu, artikel ini akan memberikan jawapan yang paling mudah dihadam untuk persoalan tersebut. Jawapannya akan dibahagikan kepada tiga bahagian berikut.
- Terlalu besar untuk dikawal hingga terpecah menjadi terlalu banyak unit-unit kerajaan kecil
Setelah kejatuhan Dinasti Yuan pada tahun 1368, Empayar Mongol hilang kestabilan terutamanya berpunca daripada konflik dalaman dan perebutan kuasa yang sengit di antara para putera kekhanan Golden Horde.
Oleh kerana empayar ini menak-luki tanah tunggal yang begitu luas, maka semakin luas wilayah mereka, semakin sukar untuk mereka memerhatikan apa yang sedang berlaku di penghujung barat empayar di saat Khan Agung berpusat di penghujung timur, misalnya.
Persaingan yang sengit untuk merebut takhta diburukkan lagi dengan halangan dari segi logistik melahirkan banyak kekhanan yang diperintah oleh beberapa Khan yang mengisytiharkan pemerintahan sendiri yang merdeka di beberapa wilayah dalam empayar. Oleh itu, tempoh di antara tahun 1368 – 1634 digelar sebagai era ‘Baga Khan’ (bermaksud kecil dan bertentangan dengan pusat) dalam sejarah Mongolia.
Dalam tempoh yang ditetapkan itu, 22 orang Khan yang berbeza-beza berjaya memegang takhta sementara Genghis Khan kekal berkuasa selama 37 tahun berturut-turut dan Kublai Khan selama 34 tahun. Era Baga Khan dianggap sebagai salah satu era Mongol yang begitu sengit namun menarik.
- Kegemilangan Tidak Kekal Selama-lamanya
Sementara Khan-khan Mongol sedang sibuk berper-ang dari dalam sesama sendiri, satu lagi suku nomad yang lain bernama Jurchen atau akan datang dikenali sebagai bangsa Manchu membina kekuatan sendiri di sebelah timur Mongolia dan timur laut China. Mereka berjaya memecah belahkan kegemilangan ratusan tahun zaman pemerintahan Dinasti Ming Agung yang pernah mengambil alih kekuasaan setelah menjatuhkan Dinasti Yuan di China.
Namun, dek kerana kekurangan pemimpin tentera atau pentadbiran yang berkelayakan untuk memerintah sebuah negara yang luas seperti China, Dinasti Manchu atau lebih dikenali sebagai Dinasti Qing memilih untuk bekerjasama dengan bangsa Cina Han dan melantik ramai pemimpin-pemimpin Han bagi memainkan peranan-peranan penting sebagai wakil pemerintah Manchu.
Setelah mengetahui bagaimana cara untuk menangani kemungkinan berlakunya pemberon-takan dalaman, pemerintah Manchu juga ingin memastikan bahawa pemerintahan mereka tidak akan dicabar atau diganggu oleh kuasa luar seperti bangsa Mongol yang terkenal dengan ser-angan agresif mereka.
Oleh itu, Dinasti Qing mula menerapkan taktik diplomasi dengan Khan Mongol seperti mengusulkan perkahwinan politik sejak awal penubuhan Dinasti Qing lagi. Bukti nyata yang masih ada boleh dilihat tidak jauh dari Taman Nasional Terelj, yang terletak hanya 50km dari kota Ulaanbaatar, ia menempatkan tapak bersejarah yang dikenali sebagai ‘Kuil Puteri’ yang dahulunya merupakan tempat kediaman seorang puteri Manchu yang berkahwin dengan seorang bangsawan Mongol.
Kemudian pada tahun 1600-an, Dinasti Qing turut mengamalkan taktik politik halus untuk menarik para bangsawan Mongol ke pihak mereka dengan menganugerahkan mereka pelbagai gelaran dan menjanjikan mereka hadiah yang berbeza-beza.
Taktik mereka tidak sentiasa konsisten dengan rapi dan diplomatik, fakta menunjukkan bahawa mereka pernah memberi ancaman dan melakukan penyek-saan untuk memaksa orang Mongol juga mematuhi perintah mereka. Di Muzium Sejarah Nasional Mongolia ada memaparkan keseluruhan bahagian yang dikhaskan untuk menunjukkan pelbagai cara bangsa Manchu menindas dan menyek-sa bangsa Mongol.
Kema-tian Ligden Khan, iaitu Khan Golden Horde yang terakhir pada tahun 1636, dan kebangkitan Dinasti Qing pada tahun 1644, menjadikan bahagian selatan Mongolia (Mongolia Dalam) terdedah terhadap penja-jahan luar.
Walaupun dahulu Mongol merupakan salah satu empayar yang paling kuat di dunia, namun Dinasti Qing berjaya mengatasi semua pecahan kerajaan Mongol pada akhir 1700-an. Mongolia selatan jelas merupakan zon paling terdedah dan paling mudah untuk jatuh di bawah pengaruh Qing kerana mereka benar di sempadan.
Seperti yang kita perhatikan, istilah ‘Mongolia Dalam’ sendiri berasal dari bagaimana cara orang Manchu memanggil bahagian selatan Mongolia, begitu juga dengan istilah Mongolia Luar. Oh ya, Mongol bukan satu-satunya bangsa yang dija-jah oleh Dinasti Qing, tetapi turut melibatkan Tibet, Nepal, dan Uighur.
- Pengaruh Per-ang Dunia terhadap kemerdekaan Mongolia
Setelah hampir 300 tahun memerintah, riwayat Dinasti Qing juga akhirnya berakhir sama seperti dinasti-dinasti pada tahun 1911 akibat revo-lusi besar-besaran di yang melahirkan kerajaan Republik China. Dinasti Qing menjadi pemerintahan imperialis monarki yang terakhir di China walaupun bukan diperintah oleh orang China.
Dengan itu, orang Mongol juga berjaya menyingkirkan pentadbiran Manchu di tanah air mereka dengan bantuan Rusia, di mana mereka sendiri terpecah kepada dua entiti politik arus perdana pada tahun 1911. Namun, malangnya, kemerdekaan Mongolia Luar tidak banyak membantu dalam membebaskan saudara mereka di Mongolia Dalam walaupun merekalah yang memainkan peranan utama dalam pergeseran politik 1911 di Mongolia Luar.
Seperti fitrah politik di negara mana sekali pun, para pemimpin revo-lusi China pada tahun 1911 juga sudah tentu akan bertegas bahawa mereka akan mempertahankan semua wilayah, termasuk Mongolia Luar, yang pernah dija-jah di bawah Dinasti Qing.
Oleh itu, China menolak kemerdekaan Mongolia Luar pada tahun 1911. China hanya terpaksa menerima kemerdekaan Mongolia setelah Per-ang Dunia Kedua sebagai hasil dari pertemuan tiga hala antara perdana menterk Britain, Winston Churchill, premier Kesatuan Soviet, Joseph Stalin, dan Presiden Amerika Syarikat, Franklin D Roosevelt pada awal Februari 1945.
Ketika para pemimpin tersebut bersetuju dengan perancangan tatanan dunia baharu pasca-per-ang, Soviet yang diwakili Joseph Stalin meminta sekutu-sekutu zaman per-angnya, Amerika Syarikat dan British, untuk membenarkan Mongolia mempertahankan “status quo” selepaa per-ang, dan mereka mencapai persetujuan terhadap cadangan ini.
Pada musim panas tahun 1945, barulah jelas apa yang Stalin maksudkan dengan “status quo”, ketika dia memaklumkan kepada China yang tidak turut serta dalam persidangan Yalta dan tidak diberitahu mengenai keputusannya – mengiktiraf kemerdekaan Mongolia.
Banyak alasan boleh mendorong Stalin untuk memperjuangkan kemerdekaan Mongolia pada masa itu. Namun, kerana tidak pernah ada sebarang alasan yang benar-benar sahih lagi pasti, kita bebas untuk membuat apa saja andaian yang boleh dikaitkan dengan peristiwa.
Oleh itu, secara ringkasnya beberapa siri kebangkitan dan kejatuhan politik dalaman dan luaran Mongolia menyebabkan bahagian selatannya (Mongolia Dalam) kekal sebagai sebahagian daripada wilayah China. Oleh itu, untuk menjawab persoalan sesiapa yang masih tidak faham, ya, Mongolia dan Mongolia Dalam suatu ketika dahulu berada di dalam satu sempadan yang sama.
Namun sayangnya, kerana beberapa peristiwa penting yang bersejarah dan kekurangan dari segi kuasa politik pada masa itu, mereka tidak dapat tinggal bersama sebagai satu bangsa. Jelas lagi nyata hari ini, berikutan penyatuannya dengan China, Mongolia Dalam telah berubah menjadi sebuah entiti gabungan dua budaya.
Hasil dari pertukaran budaya, transmigrasi etnik Han, dan asimilasi penduduk tempatan, ia melarat sehingga menyebabkan etnik Mongol hanyalah sekadar kaum minoriti berpopulasi 17% di Mongolia Dalam, dan ia didominasi oleh bangsa Cina Han dengan populasi sehingga 79%, sementara di negara Mongolia, bangsa itu telah mengalami jatuh dan bangun dengan hegemoni mereka sendiri.
Hari ini, pembu-nuhan budaya nomad Mongol masih berlaku di Mongolia Dalam, dengan isu kontroversi yang bermula tahun lepas di mana kerajaan Republik Rakyat China mahu mengenakan polisi yang melarang bahasa Mongol digunakan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah Mongolia Dalam. Secara praktikalnya, Mongolia adalah sebuah negara yang merdeka, manakala Mongolia Dalam hanya sekadar wilayah autonomi China di atas kertas sahaja.
RUJUKAN:
Borjigin, Monkbat.(2014). A case study of Language education in the Inner Mongolia. Journal of Chiba University Eurasian Society. Chiba University Eurasian Society.
Charleux, Isabelle (2015). Nomads on Pilgrimage: Mongols on Wutaishan (China), 1800-1940. BRILL.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih