Bagaimana satu ketumbukan pasukan ten-tera yang bermula dengan hanya seramai kira-kira 100,000 pejuang nomad berperisai ringan yang dilengkapi dengan busur dan anak pa-nah berupaya menewaskan hampir setiap pasukan ten-tera pihak lain yang menentang mereka? Sejarah mencatatkan sebilangan besar mu-suh ten-tera Mongol mengatasi mereka dengan jumlah ratusan atau ribuan as-kar.
Lalu, bagaimana ten-tera Mongol masih mampu meneruskan kemenangan melawan kelaziman tersebut? Jika kita teliti cara hidup bangsa Mongol itu sendiri, gabungan latihan, taktik, disiplin, kecerdasan dan taktikal baru dan sifat semulajadi mereka yang sentiasa mahu menyesuaikan diri dengan sebarang perkara baru memberikan ten-tera Mongol kelebihan dari segi kekuatan dalam menentang pasukan yang lebih perlahan dan lebih berat pada masa itu.
Ten-tera Mongol sememangnya tidak kebal dan pernah ditewaskan dalam beberapa pertem-puran, namun mereka biasanyaa akan kembali berpe-rang lagi pada waktu yang lain untuk menang dalam pertem-puran buat kali kedua.
Ia kerana mereka tidak berundur begitu saja dan membiarkan kekalahan terus menghantui mereka, sebaliknya mereka akan melakukan ‘post-mortem’ kekalahan dan mengkaji taktikal tem-pur pihak mu-suh. Mongol hanya gagal semasa era Kublai Khan memerintah Dinasti Yuan di China, di mana mereka tewas berulang kali, bahkan berturut-turut dalam setiap kempen di Jepun, Dai Viet dan Champa, serta Singhasari.
Berbeza pada era yang lain, terutamanya semasa awal kema-tian Genghis Khan, apa yang dilihat oleh ten-tera Eropah dan Timur Tengah sebagai satu kelemahan sebenarnya adalah beratus kekuatan terdapat dalam ten-tera Mongol: kuda mereka yang jauh lebih kecil dan tangkas berbanding kuda pihak lawan yang dilengkapi dengan perisai berat.
Busur majmuk ringan yang digunakan oleh pemanah Mongol memiliki jarak dan daya kekuatan yang luar biasa, anak pa-nah mampu menembusi perisai besi pada jarak dekat.
Orang Mongol diwajibkan mahir menunggang pada usia muda, dan haruslah mahir berburu sebaik saja mereka sudah biasa memegang busur. Kuda Mongol dan penunggangnya sama kuat, tangkas dan lasak dengan daya ketahanan yang tinggi.
Ten-tera Mongol berterusan melatih pasukan ten-tera dalam konsep putaran, formasi dan taktik muslihat. Mereka dilatih dalam seberapa banyak situasi yang mampu mereka fikirkan agar mereka mampu bertindak balas dengan cepat dan yakin terhadap apa jua taktik mu-suh yang bakal dihadapi dan bentuk muka bumi.
Keutamaan sayap ten-tera Mongol adalah as-kar pemanah berkuda yang menggunakan busur majmuk terbuat dari tanduk, kayu dan tendon. Jangkauan busur mereka tiada tandingan dari segi kekuatan dan ketepatan, dan pemanah Mongol mampu menembak dalam posisi dan arah mana sekali pun. Bahkan mereka mahir membidik sasaran yang sedang mengejar mereka di belakang ketika sedang menunggang kuda.
Para pemanah menjadi faktor penting yang memungkinkan keberkesanan dalam kebanyakan taktik Mongol di medan tem-pur, seperti menunggang secara mengelilingi kubu dalam dua barisan mengikut arah yang bertentangan untuk mengepung pihak mu-suh sambil menghujani mu-suh di dalam kubu dengan se-rangan beribu-ribu anak pa-nah menghujani mu-suh, ia satu strategi yang mampu membu-nuh ramai as-kar mu-suh dan kuda dari kejauhan.
Setiap as-kar mendapat bahagian masing-masing dari semua harta rampasan yang diperoleh. Pahlawan Mongol berpe-rang di bawah disiplin yang amat ketat, dan setiap as-kar tanpa mengira pangkat akan patuh kepada ketetapan ini baik mereka itu dari seorang panglima tertinggi hinggalah ten-tera paling rendah.
Namun itu semua hanyalah berkesan semasa mereka berada di tengah-tengah medan pertem-puran sahaja, bahkan mereka perlu melaksanakannya secara ke-jam. Tetapi bagaimana Mongol memastikan kedudukan mereka di peringkat pentadbiran kekal tanpa sebarang ancaman di sekeliling mereka?
Salah satu jawapannya adalah AGAMA.
Bangsa Mongol sejak dahulu lagi berpegang kepada kepercayaan Tengrisme, yang dikongsi bersama dengan beberapa kaum nomad yang lain seperti Turkik. Ia merupakan sejenis sistem kepercayaan kedukunan yang sentiasa menghargai alam semulajadi.
Tengrisme bermaksud suatu amalan yang menghormati roh atau dewa. Di sebahagian Turki moden dan Kyrgyzstan, istilah Tengrisme disebut sebagai Tengricilik atau Göktanrı dini (agama Tuhan Langit); Gök (langit) dan Tanrı (Tuhan) adalah perkataan Turki yang dianggap selaras dengan perkataan Mongol iaitu Khukh (Biru) dan Tengeri (langit).
Shamanisme adalah salah satu cabang kepercayaan animisme, yang mempercayai bahawa segala sesuatu kejadian alam memiliki inti pati kerohanian, termasuk batu, air dan tumbuh-tumbuhan. Manusia adalah makhluk yang hidup di alam semangat / kuasa / dewa, dengan Semangat Teragung adalah Koke Mongke Tengri, Syurga/Langit Biru Abadi, dan Dewa Bumi.
Semangat-semangat langit, tanah, air, tumbuhan, batu, nenek moyang dan haiwan ini amat dihormati. Tengrisme mempunyai tiga prinsip utama: menjaga dan menghormati roh, mempunyai tanggungjawab peribadi dan menjaga keharmonian di antara semua elemen persekitaran, masyarakat, dan diri sendiri.
Apabila suatu masalah atau ben-cana timbul, mereka percaya bahawa itu bermaksud semua pantang larang itu tidak seimbang dan seorang lelaki atau wanita yang dianggap suci seperti seorang dukun akan dipanggil untuk memperbaiki keadaan.
Pengasas Empayar Mongol, Genghis Khan, adalah seorang yang sangat berminat dengan semua agama. Kerana itu kebanyakan orang Mongol mengamalkan budaya pluralisme, contohnya mengamalkan ritual kedukunan namun pada masa yang sama mereka mengamalkan ibadat keagamaan yang lain.
Hülagu Khan misalnya, beliau mengahwini seorang wanita Kristian Nestorian, walau bagaimanapun mereka juga mengamalkan kepercayaan Tengrisme. Ketika bangsa Mongol mula menak-luki tanah dan kerajaan asing di sekitar mereka, Genghis dan penasihatnya menetapkan budaya toleransi beragama sebagai salah satu dasar pemerintahan.
Bagi mereka, daripada memu-suhi bangsa yang sudah sedia tertekan akibat ditak-luk dengan menekan lagi kepercayaan agama mereka, pemerintah Mongol memilih untuk mengecualikan para pemimpin keagamaan dari sebarang cukai dan membenarkan ibadat mana-mana agama diamalkan secara bebas sama ada agama Buddha, Kristiani Nestorian, Manichaeisme, Taoisme atau Islam.
Dasar ini memastikan mereka boleh memerintah dengan lebih mudah di wilayah yang ditak-luki.
Genghis Khan dan keturunannya sentiasa melantik orang-orang Buddha dan Muslim dalam pentadbiran mereka, kebiasaannya orang Islam akan dilantik sebagai ketua jurutera untuk membina jentera pengepungan yang digunakan dalam pe-rang. Genghis bahkan mempunyai penasihat terdekat yang berpegang kepada kepercayaan agama yang berbeza dengannya.
Oleh itu, bagi orang Mongol, toleransi beragama bukan hanya sekadar satu dasar pemerintahan, tetapi ia juga telah menjadi cara hidup mereka. Pemimpin Mongol kadangkala menjemput para pemimpin agama yang berbeza untuk hadir dalam forum perdebatan antara satu sama lain sebagai kaedah untuk meneroka dan mempelajari pelbagai agama di bawah pemerintahan mereka.
Ketika Ögedei Khan membina ibu kota Mongol di Karakorum, dia mengizinkan para pemimpin agama untuk membina masjid, gereja, lamera dan kuil untuk bagi kegunaan ibadat penganut masing-masing.
Ketika kemuncak zamannya, Empayar Mongol membentang dari Lautan Pasifik ke Laut Mediterranean dan menggabungkan pelbagai bangsa dan agama. Tadbir urus tanah yang besar ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa dasar toleransi beragama Mongol.
Khan Agung dan Khan-khan Ulus semuanya mematuhi dasar ini, walaupun mereka telah berpecah belah dan memeluk agama atau kepercayaan lain. Mahmud Gazan, Khan dari negeri Ilkhanat di Iran, misalnya, memeluk agama Islam pada tahun 1295. Kublai Khan mengamalkan agama Buddha, tetapi membiarkan semua orang yang diperintahnya bebas mengamalkan agama mereka sendiri.
Bangsa Mongol adalah kumpulan nomad yang bergantung pada hubungan sekutunya dengan bangsa yang lain. Sejarah melukiskan mereka sebagai bangsa yang sangat mahir dalam strategi keten-teraan, tetapi sangat bertolak ansur dari segi keagamaan. Khan-khan Mongol mungkin menindas dan mengawal aspek-aspek utama kehidupan masyarakat di bawah mereka, tetapi mereka sangat bertoleransi dalam agama.
Mereka menyembah dewa Tengri yang mereka percayai dan pada masa yang sama sentiasa menyokong pelbagai amalan keagamaan dan menerapkan pelbagai ritual dan kelaziman dari rakyat yang dibawah pemerintahan mereka.
Sejarawan orientalis sering mengambil jalan mudah dengan mendakwa Mongol bertoleransi dengan agama kerana pemerintahan akan lebih mudah dengan cara itu; ini kurang tepat.
Para pemerintah Mongol lebih cenderung bersikap strategik dalam bertoleransi dalam hal agama kerana ia menghasilkan lebih banyak manfaat daripada mereka berusaha menekan rakyatnya dengan melarang amalan fahaman agama yang lain.
Benar, bersikap toleransi terhadap agama lebih mudah, tetapi Mongol menggunakan toleransi beragama sebagai taktik untuk berjaya dan berkembang maju di Asia. Dengan toleransi dalam agama, pemerintah Mongol mengeratkan lagi hubungan mereka dengan pelbagai kumpulan agama, yang mana hasilnya akan mewujudkan peluang bermanfaat bagi mereka, dan akhirnya menyatukan Asia Timur dan Barat.
Toleransi juga memberikan Mongol sekutu yang kuat. Sekiranya Mongol hanya menerima satu agama, kumpulan agama yang lain mungkin akan mengalihkan sokongan dari Empayar Mongol dan kepercayaan akan hilang lalu menyebabkan kekacauan meletus. Mongol percaya dengan tidak memilih satu agama untuk dijadikan agama rasmi mereka, mereka akan meraih banyak kesetiaan dari pelbagai bangsa di seluruh Asia.
Orang Mongol juga menerapkan berbagai amalan dan kepercayaan untuk mendapat sokongan dari kumpulan agama yang berlainan, dan dengan mengisytiharkan hanya satu sahaja agama pegangan mereka, ia dikhuatiri akan menghalang mereka untuk mengamalkan ritual kepercayaan lain.
Kepercayaan terharap ramalan dukun bahawa mereka telah menerima mandat dari syurga untuk menak-luki seluruh dunia, dan dengan menganut agama yang lain, ia bererti mereka telah kehilangan identiti asli mereka. Memandangkan kaedah bertoleransi dengan agama berjalan agak lancar bagi mereka, orang-orang Mongol percaya, sedikit saja gangguan boleh mengalahkan mereka sekaligus menghilang mandat bangsa mereka sebagai pemerintah.
Maka, dengan tidak terikat pada satu agama, Mongol berupaya menjalinkan hubungan dengan pelbagai kumpulan agama dan mendapatkan sokongan mereka tanpa perlu risau tentang kon-flik etika di antara mereka.
Percampuran sosial, linguistik, keagamaan, dan budaya di China adalah yang paling rumit. Pihak sekutu harus dijaga demi memulihara kedamaian: yang bermaksud orang Mongol tidak boleh mengisytiharkan kepercayaan agama mereka.
Para pemerintah ketika zaman pra-Mongol memiliki pendekatan yang berbeza mengenai kaedah untuk menguruskan diversiti kaum dan kepelbagaian agama di China, jika menentang, kau akan ma-ti; jika bekerjasama, kau akan mendapat manfaat.
Para pemerintah era Mongol menolak budaya menekan begini apabila mereka menyedari bahawa lebih baik mereka membiarkan rakyat menguruskan hak kepercayaan masing-masing, sekaligus Mongol boleh mendapatkan kembali sokongan dari wilayah mereka yang ditak-luki. Toleransi beragama amat penting dalam menyatukan wilayah pemerintahan dan mendapatkan sokongan kaum minoriti.
Para bangsawan Mongol sentiasa perlu berhati-hati dalam mengeluarkan setiap kenyataan umum kerana mereka tidak mahu terlepas cakap sebarang perkara yang salah dan boleh menyinggung perasaan kumpulan tertentu. Penerimaan dan toleransi mereka terhadap pelbagai agama haruslah membawa keuntungan terutamanya menarik sekutu-sekutu baru untuk menyokong mereka.
Kerana bangsa Mongol sebenarnya tidaklah besar sangat, mereka hanyalah sebuah federasi yang menjadi payung kepada berpuluh-puluh suku nomad yang berbeza-beza, dan Mongol juga memiliki sekutu dan disokong oleh berbagai kelompok dan bangsa di seluruh Asia.
Empayar Mongol sendiri akan memerlukan sebarang bantuan atau menuntut agar tindakan tertentu diambil bagi mendapatkan manfaat kepada diri mereka sendiri. Perikatan kumpulan agama memberikan Mongol sokongan dari seluruh Asia dan memperluaskan sumber kuasa mereka.
Toleransi beragama berfungsi seperti mata gergaji bagi Mongol, pemerintah Empayar Mongol boleh meminta sesuatu dari rakyat mereka, tetapi sebagai balasannya, mereka akhirnya akan memberikan ganjaran yang mewah di atas sumbangan mereka. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Genghis Khan adalah memberikan pelepasan cukai kepada biara Buddha dan berbagai institusi agama lain.
Pemerintah Mongol sentiasa memenuhi keperluan para penyokong setia mereka, dan amalan ini boleh dikatakan hampir kepada satu bentuk rasuah yang terpilih, dan Mongol akan menggunakan hasil sumber penyokong mereka untuk kepentingan sendiri. Walaupun Mongol mengambil lebih banyak daripada mereka memberi, pelantikan yang diberikan kepada pelbagai tokoh dari berbagai agama telah membantu Mongol menyatukan rakyat dan membuatkan pemerintahan mereka lebih diterima.
Mongol turut melatih dan melantik pentadbiran kewangan Islam – suatu langkah yang membawa kepada hubungan baik dengan dunia Islam di luar China, khususnya dengan Parsi dan Asia Barat. Sekiranya Empayar Mongol mempunyai sekutu yang semuanya akan saling menyokong sesama mereka, maka risiko konflik akan berkurang hingga ke tahap minimum.
Empayar Mongol boleh memiliki akses ke setiap organisasi keagamaan dan etnik di seluruh Asia, dan mempergunakannya untuk keuntungan mereka sendiri. Mongol bertoleransi dalam agama kerana dengan cara itulah mereka berupaya memperkukuhkan lagi perjalanan mereka untuk berkuasa di seluruh Asia.
Toleransi keagamaan menyatukan Asia secara keseluruhan. Mongolia berada di tengah-tengah pusat kekuasaan di Asia, mereka mewakili pelbagai aspek budaya di China dan peradaban lain di sekitar Asia.
Oleh kerana mereka membawa masuk pelbagai orang yang berlainan bangsa ke dalam struktur pentadbiran mereka dan bertoleransi dengan pelbagai amalan dan kepercayaan, banyak pihak dari seluruh dunia beranggapan bahawa bangsa Mongol adalah bangsa yang menarik, dan ingin menjadikan keunggulan Empayar Mongol sebagai contoh dan model dalam budaya masing-masing.
Toleransi beragama adalah salah satu warisan positif peninggalan Empayar Mongol, namun amat jarang berlaku seperti sekarang. Antara tamadun terkemudian yang akan menyerap pelbagai tradisi dan sistem Mongol termasuk mengamalkan tradisi toleransi beragama ini adalah Empayar Turki Uthmaniyah, namun toleransi itu juga akhirnya menjadi salah satu punca kejatuhan empayar Turki berusia 600 tahun itu.
Sama ada mereka ini bertoleransi ataupun sekadar menjadi penunggang agama, tetapi ternyata tunggangan mereka berjaya memberi kelebihan sementara kepada Mongol.
RUJUKAN:
Dutch, Steven. (2014). The Mongols. University of Chicago.
Halperin, Charles. (2014). Russia in The Mongol Empire in Comparative Perspective. Harvard Journal of Asiatic Studies 43: JSTOR.Web.
Rossabi , Morris. (2014). The Mongols in World History | Asia Topics in World History. Columbia University.
Wei-chieh Tsai. Review of May, Timothy, (2012). The Mongol Con-quests in World History. H-W-ar, H-Net Reviews.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih