Pada tahun 1914, Rakhaldas Banerji, Pengarah Daerah Arkeologi Barat di Mumbai menjalankan penyelidikan dan penyiasatan ke atas beberapa tapak kawasan berbukit berhampiran bandar Dokri di Wilayah Sindh, Pakistan.
Kawasan berbukit disitu tidak pernah diusik sesiapa dipercayai tapak tersebut ‘disumpah’, oleh itu tidak ada penduduk setempat yang berani mendekati kawasan tersebut.
Hasil kajian sebelum ini mendedahkan peninggalan Stupa bertarikh abad ke-2 SM, namun Banerji percaya lebih banyak lagi peninggalan purba yang masih tertimbus di bawah tanah.
Menjelang tahun 1922, minat dan tarikan terhadap bukit-bukit misteri itu semakin meningkat di kalangan penyelidik setelah Kota purba Harappa di wilayah Punjab (sekarang Pakistan) baru sahaja ditemui pada tahun 1921.
Penemuan tapak Tamadun Harrapa sudah cukup menyakinkan penyelidik untuk meneruskan operasi ekskavasi di Wilayah Sindh.
Mereka mula melakukan penggalian di kawasan bukit dan jangkaan mereka selama ini tepat dan hasilnya pasukan ahli arkeologi menemui banyak peninggalan purba seperti barangan kemas, tembikar yang diukir halus, dan banyak objek yang menggambarkan tulisan dan ukiran haiwan dan manusia, sama seperti yang ditemui di Harappa.
Mungkin saja masyarakat kawasan itu mempunyai budaya yang sama seperti masyarakat Harrapa kerana persamaan yang ditemui dari segi seni ukiran dan budaya, namun lokasi antara kedua-dua tempat agak jauh sekitar 680KM. Jika ya, ia merupakan penemuan yang menggembirakan.
Penggalian berskala besar dilancarkan dan operasi ini diketuai oleh Ketua Pengarah Kajian Arkeologi India, Sir John Marshall, dan tidak lama kemudian penerokaan ini menemukan penduduk dunia dengan sebuah bandar purba Mohenjo Daro. Mohenjo Daro bermaksud ‘Gunung Orang M4ti, kenapa nama begitu? kerana ia sebuah kota yang telah m4ti, terkubur dan dilupakan selama beribu-ribu tahun.
Kota Mohenjo Daro ‘Dibangkitkan’ Semula
Penemuan bandar purba di Mohenjo Daro dan Harappa memberi petunjuk pertama tentang kewujudan tamadun Lembah Indus sekitar 5,000 tahun lalu, tamadun yang mampu menyaingi Mesir dan Mesopotamia.
Tamadun Lembah Indus di mana Mohenjo Daro dan Harrapa menjadi bandar utama terbesar muncul sekurang-kurangnya seawal 3,000SM dan berkembang pesat selama 1,200 tahun.
Bandarnya menunjukkan tahap perancangan dan kemudahan sivik yang luar biasa. Rumah-rumah dibina dengan batu bata yang dibakar tanur(tempat memasak) dan dilengkapi dengan bilik mandi, kebanyakannya mempunyai tandas.
Air sisa atau air kumbahan daripada tandas dibawa ke pembetung bata yang dibina dengan baik dan sistematik, ia mengalir di sepanjang tengah jalan dan ditutupi dengan batu bata. Tangki dan perigi yang dibina daripada batu bata menjadi tempat menyimpan bekalan air minuman.
Bandar Mohenjo Daro bertaburan di kawasan seluas lebih 100,000 m2 yang mengandungi lebih 300 kediaman. Ia juga mempunyai tempat mandian yang besar di atas bukit tinggi yang menghadap ke kawasan perumahan bandar. Dibina daripada lapisan batu bata yang dipasang dengan teliti dan bilik mandi juga mempunyai bilik pertukaran dan sistem pemanasan udara panas.
Lebih daripada 40,000 artifak yang ditemui telah membantu penyelidik memberi gambaran kehidupan masyarakat Mohenjodaran. Ia termasuk berhala gangsa, tempayan tanah liat dan pinggan mangkuk, manakala patung ukiran tangan seperti haiwan diperbuat dari tanah liat mendedahkan sisi unik bandar purba ini.
Misteri Empat Puluh Empat
Sekitar 1800 SM keadaan bandar yang megah serta kota yang memiliki sistem yang canggih mula berubah. Rekod arkeologi menunjukkan bahawa bandar ini ditinggalkan dan mengalami keruntuhan. Menjelang sekitar 1500 SM, tamadun Mohenjo Daro runtuh sepenuhnya, jadi apakah yang berlaku sehingga tamadun yang besar ini berakhir?
Ahli arkeologi Harold Hargreaves yang bertanggungjawab mengendali penggalian pada tahun 1920-an itu menulis dalam laporan penggalian bahawa penemuan rangka manusia nampaknya menunjukkan beberapa tragedi telah berlaku, kedudukan mayat diandaikan bahawa penduduk disitu mengalami penderitaan. Kemungkinan mereka disembelih oleh penceroboh luar yang ketika mereka cuba melarikan diri dari bandar.
Sir Mortimer Wheeler mengemukakan teori dan menjelaskan keadaan mangsa pemb4nuhan beramai-ramai di tamadun Indus disebabkan penaklukan orang Indo-Aryan iaitu suku nomad yang berasal dari ‘Europe Stepped’. Apa-apa pun beliau begitu yakin bahawa teori ini menjadi versi yang diterima kerana banyak bukti menunjukkan kesan penduduk cuba mempertahankan bandar tersebut dari pencerobohan luar.
Mohenjo Daro Diancam
Walaupun ia telah bertahan selama lebih lima milenium, Mohenjo Daro menghadapi kemusnahan yang dasyat. Selain penaklukan Aryan, ada banyak faktor kota ini dirosakkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak pandai menjaga tingkah laku semasa lawatan, selain itu perubahan cuaca juga menjadi penyebab utama kehakisan pada bangunan.
Mohenjo Daro sudah berada dalam keadaan yang sangat rapuh. Dianggarkan pada kadar kemerosotan semasa, tapak yang diiktiraf Warisan Dunia boleh hilang dalam tempoh 20 tahun . Pakar mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkannya adalah dengan membina semula bandar itu. Kehilangan Mohenjo Daro bukan sahaja akan menjadi tragedi negara yang hebat bagi Pakistan, ia akan menjadi kerugian kepada seluruh dunia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih