Pada tahun 1960, Roger Sperry menerima Anugerah Nobel kerana kajiannya tentang pembahagian otak yang popular dan disalah faham dengan pembahagian otak kiri dan otak kanan – otak kiri adalah otak logik dan otak kanan adalah otak kreativiti. Sperry adalah orang yang menyelidik bahagian otak mana yang berfungsi untuk bahasa, otak mana yang berfungsi untuk matematik, otak mana yang berfungsi untuk lukisan dan pelbagai fungsi lain.
Perkara ini menjadi popular apabila personaliti seseorang itu dikaitkan dengan dominasi oleh salah satu otak – sama ada otak kiri ataupun otak kanan. Terdapat banyak janaan permainan tertentu yang popular beritahu sama ada kita lebih banyak gunakan otak kiri ataupun otak kanan.
Hakikatnya, otak memang mempunyai bahagian kiri dan kanan. Mitos berkenaan hal ini adalah otak kiri dikatakan otak analitik dan otak kanan dikatakan otak kreativiti. Kemudian, mitos itu ditambah dengan manusia hanya dominasi salah satu.
Baru-baru ini, di University of Utah, lebih daripada 1000 otak dijadikan bahan uji kaji untuk membuktikan budaya yang popular itu. Mereka mendapati, tiada satu pun otak yang hanya berfungsi salah satu saja. Semua bahagian otak akan berfungsi kedua-duanya sekali. Semua sambungan dalam otak dibahagikan sama rata dan semuanya berfungsi.
Kajian dilakukan ke atas otak manusia yang berumur dari 7 hingga 29 tahun. Ketika kajian dilakukan, walaupun mereka dapat mengesan sesetengah kawasan otak lebih banyak berfungsi, tetapi secara purata semua otak berfungsi sama saja.
Dalam kehidupan harian, kita akan gunakan kreativiti dan analitik. Dalam analitik akan ada kreativiti. Dalam kreativiti pun ada analitik. Dalam sains dan matematik, kalau tiada kreaviti, begitu sukar untuk menyelesaikan masalah. Dalam melakukan kerja seni seperti animasi dan grafik pun memerlukan logik dan analitik untuk dapatkan hasil yang bagus. Orang yang pandai matematik dan catur semata-mata, bukanlah orang yang langsung tiada kreaviti.
Sedangkan, kreaviti dan analitik memberikan makna yang besar. Kalau kita berfikir, mencari punca, mencari jalan penyelesaian, itu sudah menjadi orang analitik. Kreatif pula bergantung pada penyelesaian yang bagaimana kita ambil.
RUJUKAN:
[1] Springer, Sally P., and Georg Deutsch. Left brain, right brain: Perspectives from cognitive neuroscience. WH Freeman/Times Books/Henry Holt & Co, 1998.
[2] Mind, Brain, and Education Science, by Tracey Tokuhama-Espinosa.
[3] W. W. Norton, Understanding the Brain: The Birth of a Learning Science, 2010
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih