Sungai Ganges yang menjangkau sejauh lebih dari 1500 batu di sebahagian kawasan berpopulasi paling padat di Asia mungkin merupakan sumber air yang paling terkenal dalam konteks hubungan dengan ritual keagamaan di dunia. Sungai ini dianggap keramat dan amat suci dari segi rohaniah, walaupun ia merupakan salah satu sungai yang paling tercemar di bumi.
Berasal dari Glasier Gangotri yang tinggi di atas gunung Himalaya di utara India, sungai ini mengalir ke tenggara melalui India ke Bangladesh, sebelum keluar ke Teluk Bengal. Inilah sumber air yang paling utama digunakan untuk minum, mandi, dan bercucuk tanam untuk lebih dari 400 juta manusia.
Ikon Suci
Bagi penganut agama Hindu, Sungai Ganges adalah amat suci dan perlu dihormati, mereka percaya ia dicipta oleh Dewi Ganga. Walaupun ikonografi dewi adalah berbeza-beza, ia amat selalunya digambarkan sebagai wanita cantik memakai mahkota putih dan menunggang Makra (makhluk berkepala buaya dan ekor lumba-lumba). Dia mempunyai dua atau empat lengan yang memegang berbagai benda, bermula dari bunga teratai, bekas air hinggalah rosario (seperti tasbih). Bagi memperingati dewi, Ganges sering disebut sebagai Ma Ganga, atau Ibu Ganga.
Kerana sifat sungai yang dianggap suci, kaum Hindu percaya bahawa setiap upacara keagamaan yang diadakan di tebing Sungai Ganges atau di perairannya akan membawa tuah dan membersihkan segala unsur-unsur ketidaksucian. Air dari Sungai Ganges disebut sebagai Gangaajal, yang secara harfiahnya bermaksud “air Gangga”.
Purana, salah satu kitab suci Hindu kuno mengatakan bahawa pemandangan, nama, dan sentuhan Ganges membersihkan salah satu dari semua dosa dan berendam di sungai suci itu akan mendapat berkat dari syurgawi.
Mitologi Asal Sungai
Terdapat banyak terjemahan menggambarkan asal-usul mitologi Sungai Ganges, sebahagiannya disebabkan oleh tradisi lisan India dan Bangladesh. Dikatakan bahawa sungai ini memberikan kehidupan kepada manusia, dan pada waktu lain, manusia memberikan kehidupan kepada sungai. Nama Ganga hanya muncul dua kali dalam Rig Veda, teks suci Hindu kuno, dan barulah kemudiannya Ganga dianggap penting sebagai dewi Ganga.
Salah satu mitologi menurut Vishnu Purana, teks Hindu kuno, menggambarkan bagaimana Dewa Vishnu menebuk lubang pada alam semesta dengan jari kakinya, yang memungkinkan dewi Ganga mengalir di atas kakinya ke langit dan turun ke bumi sebagai air Ganges. Oleh kerana dia bersentuhan dengan kaki Vishnu, Ganga juga dikenali sebagai Vishnupadi, yang bermaksud keturunan dari kaki teratai Vishnu.
Mitologi yang lain pula menggambarkan bagaimana Ganga berniat mahu menimbulkan malap.eta.ka di bumi melalui keturunannya sebagai gelombang am.ukan sungai untuk membalas de.ndam. Bagi mencegah keka.cauan, Dewa Shiva menangkap Ganga menggunakan rambutnya yang kusut lalu melepaskannya di sungai yang menjadi sumber Sungai Ganges.
Versi lain dari kisah yang sama ini menceritakan bagaimana Ganga sendiri yang dipujuk untuk melindungi tanah dan orang-orang di bawah Himalaya, lalu dia meminta Dewa Shiva melindungi tanah dari kesan akibat kejatuhannya dengan menangkapnya menggunakan rambut.
Walaupun terdapat begitu banyak versi mitologi dan legenda berkaitan dengan Sungai Ganges, rasa penghormatan dan hubungan rohani yang sama terus dikongsi di antara penduduk yang tinggal di sepanjang tebing sungai itu.
Perayaan di Sungai Ganges
Tebing Sungai Ganges menjadi lokasi utama bagi menganjurkan beratus-ratus perayaan dan ritual keagamaan Hindu pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada hari ke-10 bulan Jyestha (jatuh antara hujung Mei dan awal bulan Jun mengikut kalendar Gregorian), hari perayaan Ganga Dussehra adalah hari meraikan turunnya sungai suci ke bumi dari langit. Pada hari ini, orang Hindu akan berendam di sungai suci sambil memohon doa kepada Dewi agar dibersihkan dosa dan dihapu.skan penya.kit fizikal.
Kumbh Mela, satu lagi upacara suci Hindu adalah perayaan di mana para penziarah ke Sungai Ganges akan mandi di perairan suci tersebut. Perayaan ini diadakan di tempat yang sama hanya setiap 12 tahun sekali, walau bagaimanapun perayaan Kumbh Mela kini boleh diadakan setiap tahun di suatu tempat di sepanjang sungai. Ia dianggap sebagai perhimpunan manusia terbesar di dunia dan merupakan salah satu dari senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.
Kemat.ian & Sungai Ganges
Tanah di mana Sungai Ganges mengalir dianggap sebagai tanah suci, dan diyakini bahawa air sungai akan menyucikan roh dan membawa kepada kelahiran semula atau pembebasan roh yang lebih baik dari kitaran hidup dan ma.ti. Oleh kerana kepercayaan yang kuat ini, telah menjadi satu lumrah bagi orang Hindu untuk menaburkan abu may.at orang yang disayangi dan membiarkan air suci ‘membawa’ pergi roh orang yang telah meninggal dunia.
Ghat, atau anak tangga yang menuju ke sungai di sepanjang tebing Sungai Ganges terkenal sebagai tempat melakukan upacara pengebu.mian Hindu seperti yang dinyatakan. Ghat yang paling ketara ialah Ghat Varanasi di Uttar Pradesh dan Ghat Haridwar di Uttarakhand.
Suci Bagi Hindu, Tercemar Bagi Bumi
Walaupun sering dikaitkan dengan kesucian dari segi rohani, Sungai Ganges sebenarnya adalah salah satu sungai yang paling tercemar dan kotor di dunia. Hampir 80 peratus sisa kumbahan yang dibuang ke sungai itu tidak dirawat, dan jumlah kotoran manusia telah melebihi 300 kali ganda had yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pusat Kawalan Pencemaran India. Ini belum dikira pencemaran akibat sisa toksik yang disebabkan oleh pembuangan racun serangga, ra.cun per.osak, bahan logam, dan sisa pencemaran dari industri tertentu.
Tahap pencemaran yang membawa ancaman berba.haya ini tidak banyak menghalang amalan dan upacara keagamaan dari dilakukan di Sungai Ganges. Orang Hindu percaya bahawa meminum air dari Sungai Ganges akan membawa tuah, manakala merendamkan diri atau barang-barang seseorang akan memberikan kesucian.
Mereka yang menjalani ritual ini mungkin boleh menjadi ‘bersih’ secara rohani, tetapi pencemaran air sering menimpa terhadap ribuan penduduk dengan berbagai penya.kit seperti ciri.t-bi.rit, kolera, disentri, dan kepialu setiap tahun.
Pada tahun 2014, kerajaan India pernah berjanji untuk membelanjakan sekitar $ 3 bilion bagi melaksanakan projek pembersihan yang bertempoh tiga tahun, walau bagaimanapun, pada tahun 2019 projek itu masih belum dimulakan. Tidak pasti sama ada ia telah bermula atau tidak tetapi apa yang kita tahu, sungai itu masih kekal dalam keadaan tercemar dan kotor seperti biasa. Belum lagi diceritakan masalah tandas.
RUJUKAN:
Darian, Steven G. The Ganges in Myth and History. Motilal Banarsidass, 2001.
Environmental Activist Gives up His Life for a Clean Ganga River. UN Environment, United Nations Environment Programme, 8 Nov. 2018.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih