Objek terbang yang tidak dikenali atau UFO adalah definisi paling umum, Walaupun takrifnya merangkumi pelbagai fenomena udara yang tidak dapat dijelaskan, dalam budaya popular istilah ini secara amnya menjadi sinonim dengan kapal angkasa lepas.
Penampakan UFO Dalam Rekod Sejarah Puba
Penampakan UFO telah dilaporkan sejak berabad lamanya dalam tamadun manusia yang direkodkan di seluruh dunia.
Oleh itu, Ini menimbulkan satu persoalan tentang kehidupan di planet lain. Hal ini telah menjadi subjek utama dan inspirasi kepada kebanyak filem dan buku.
Walaupun isu UFO menimbulkan banyak polemik mengenai kewujudanya, ada sebahagian pihak percaya ianya wujud, manakala selebihnya menganggap kewujudan UFO tidak masuk akal. Namun begitu, objek yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya telah dilaporkan sejak zaman prasejarah hingga ke hari ini.
Beberapa gambaran dalam sejarah purba mengenai objek terbang di langit kemungkinan besar boleh dikenal pasti sebagai komet dan meteor yang melepasi bumi atau fenomena pembiasan atmosfera seperti awan lentikular.
Misalnya ialah Komet Halley yang pertama kali direkodkan oleh Ahli Astronomi Cina pada 240 SM. Penampakan sedemikian pada zaman itu dianggap sebagai petanda ghaib atau penampakan malaikat.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hanya menganggap bahawa apa yang dilihat dan dirakam oleh masyarakat terdahulu pada dinding gua atau dalam teks purba adalah fenomena astronomi atau alam sekitar. Ia mungkin suatu perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh mereka.
Lukisan gua di Triumph Tapestry abad ke-16 menunjukan imej UFO secara jelas pada lukisan, gambaran itu juga menyerupai UFO dalam rekod zaman moden. Sementara itu, terdapat juga lukisan gua Orang Asli Wandjina menonjolkan imej makhluk langit yang kelihatan seperti pelawat asing.
Mitologi Dewa Langit Dikaitkan Dengan UFO
Pelbagai mitos dan legenda menceritakan tentang dewa yang turun dari langit, manakala teks bersejarah sejak 4,000 tahun lalu turut menggambarkan objek seakan kapal angkasa. Misalnya dalam kesusasteraan Veda India, seperti Rig Veda, Mahabharata dan Ramayana, terdapat banyak penerangan tentang mesin terbang yang dipanggil vimana yang digunakan dalam pep4rangan. Vimana dikatakan mampu terbang ke atmosfera bumi serta ke angkasa lepas.
Dalam Piramid Mesir, ahli arkeologi telah menemui hieroglif yang menyerupai UFO. Berabad-abad kemudian, artifak emas Quimbaya ditemui di Amerika Tengah menunjukkan penemuan yang serupa.
Pada zaman pertengahan, lebih banyak seni yang dihasilkan seolah menggambarkan UFO di langit.
Namun tiada satu pun daripada gambaran purba ini boleh diambil sebagai bukti muktamad untuk menjustifikasi kewujudan makhluk asing di luar angkasawan.
Sebenarnya di zaman moden ini banyak saja laporan penampakan objek pelik di langit, lebih kurang sama juga dengan situasi masyarakat puba yang menemui objek yang mereka sendiri pun tak mampu jelaskan.
Penyiasatan Dan Laporan Oppenheimer-Einstein
Memandangkan perkara di atas, nampaknya wajar bahawa UFO harus menjadi subjek perdebatan ilmiah dan penyiasatan saintifik. Sebaliknya, apa yang kita lihat hari ini ialah internet yang penuh dengan imej palsu, video palsu dan maklumat yang salah bertebaran.
Pada Ogos 2013, CIA mengumumkan Kawasan 51(Area 51) memang wujud, walaupun berdekad-dekad mereka menafikan kewujudan tempat tersebut.
Terdapat beberapa organisasi yang didorong secara saintifik seperti SETI dan MUFON (Rangkaian UFO), yang mengambil pendekatan objektif terhadap kajian UFO.
Ini membawa kita kepada dokumen rahsia besar yang tidak diklasifikasikan, ditulis oleh Ahli Fizik Amerika, Robert Oppenheimer dan saintis fizik terkenal, Albert Einstein.
Mereka menulis laporan bertajuk “Relationships with Inhabitants of Celestial Bodies”. Dokumen enam muka surat itu adalah bukti arkib pertama yang menggunakan frasa “Entiti Biologi Luar Angkasa” atau EBE, bertarikh Jun 1947, laporan Oppenheimer-Einstein menyatakan bahawa kehadiran kapal angkasa yang tidak dikenali diterima secara de facto oleh pihak tentera.
Laporan Oppenheimer-Einstein memberikan cadangan dan tindakan sekirannya berlaku penjajahan atau integrasi antara manusia dengan makhluk asing. Kedengaran sesuatu yang aneh dan tidak masuk akal, namun ini adalah persediaan awal yang dicadangkan oleh dua orang tokoh saintis.
Dokumen ini penting kerana ia sekurangnya menjawab kemungkinan terdapat kehidupan di planet lain dengan cara yang sangat logik, jika saintis yang dihormati seperti Oppenheimer dan Einstein boleh mendekati subjek itu secara akademik, tidakkah kita boleh terlibat dalam perbincangan seperti ini juga?
Sekiranya manusia diberitahu bahawa makhluk asing bukan sahaja wujud tetapi telah melawat planet kita selama beribu-ribu tahun, apa yang akan berlaku?
Mungkin jika berhadapan dengan bukti sedemikian akan membawa kepada pergolakan sosial, agama dan undang-undang?
Dokumen ini melaporkan bahawa mereka lebih pintar dan mencapai kemajuan teknologi canggih.
Bayangkan situasi di mana teknologi canggih diberikan kepada tamadun kita – sistem pertahanan yang mantap, tenaga elektrik tanpa had, perjalanan angkasa ke sistem suria dan sebagainya.
Setelah difikirkan balik keadaan dunia hari ini, mungkin dengan kecanggihan yang diberikan, tak mustahil boleh berlaku huru-hara besar.
Jadi kalau UFO benar-benar wujud, apa tujuan mereka datang ke bumi?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih