Loch Ness adalah tasik air tawar kedua terbesar di Scotland dengan mempunyai keluasan 56 km per segi dan mempunyai kedalaman 230 meter. Lokasinya terletak pada 37 kilometer dari barat daya kota Inverness, Scottish Highlands.
Tasik air tawar ini nampak saja biasa dengan keliling tasik mempunyai beberapa perkampungan serta mempunyai kepelbagaian hidupan akuatik seperti European Eel, Northern Pike, dan Sea Trout. Tapi, seluruh dunia mengenali tasik ini kerana wujud urban lagenda mengenai raksasa Loch Ness, juga dikenali sebagai Nessie.
Rekod pertama tentang kewujudan Nessie ini berlaku pada abad ke-6 Masihi, di mana seorang wali Kristian bernama St. Columba ternampak raksasa tersebut. Columba pernah mengarahkan salah seorang paderi untuk berenang menyeberang tasik dan mengambil sebuah perahu yang berada di seberang tasik.
Asyik paderi itu berenang, seekor raksasa muncul mengejar dia. Columba yang ternampak kejadian itu menghalau raksasa dengan menakutkannya. Setelah berbuat demikian, barulah raksasa itu lari dari mengejar si paderi.
Sejak dari peristiwa itu, raksasa Nessie itu sering kali dilihat berkeliaran namun tiada sesiapa lari cedera akibat serangan dari raksasa itu. Masuk abad ke-20 Masihi, Nessie makin kerap dilihat oleh penduduk Loch Ness sehingga ekonomi perkampungan mereka meletup kerana kedatangan para pelawat yang ramai semata-mata ingin melihat sendiri akan raksasa itu.
Tahun 1933 adalah tahun yang penting dalam sejarah kewujudan Nessie. Ia penting kerana pada 12 November seorang saksi bernama Hugh Gray telah menangkap foto rupa sebenar Nessie. Foto tersebut sedikit kabur namun rupanya masih kelihatan. Nessie ini mempunyai leher yang panjang dan mempunyai tubuh yang besar, Berita mengenai foto ini kemudian tular setelah diterbitkan dalam surat khabar Daily Mail.
Pernah pemilik sarkas bernama Bertram Mills tiba di kota Inverness dan menawarkan bayaran sebanyak £20,000 (persamaan dengan RM10.8 juta sekarang) bagi sesiapa dapat menangkap Nessie ini untuk diberkan kepada dia namun tiada siapa lagi menuntut bayaran tersebut. Mills berani memberikan bayaran tersebut kerana dengan menjadikan Nessie sebagai haiwan persembahan, dia perolehi keuntungan besar dari sarkas miliknya. Namun, impian tinggal kenangan saja.
Masuk tahun 1951, pekerja perhutanan bernama Lachlan Stuart yang tinggal berhampiran dengan tasik Loch Ness mendakwa dia pernah menangkap foto Nessie. Dia terlihat 3 bonggol sebaris timbul dari perairan kemudian pergi ke rumah untuk mengambil kameranya. Selepas ditangkap foto Nessie, kameranya tiba-tiba rosak namun dia berjaya menangkapnya dan tular lagi kewujudan Nessie kepada dunia.
Kerana semakin ramai saksi menemui Nessie, para saintis cuba membongkarkan apakah sebenarnya Nessie yang saksi temui. Tahun 1961, Biro Penyiasatan Fenomena Loch Ness telah ditubuhkan untuk membongkar kemisterian Nessie, mereka siap beli dua buah kapal selam demi mencari raksasa tersebut menggunakan sistem sonar!
Apabila salah satu kapal selam bernama Pisces menyelam pada kedalaman 950 kaki dari perkampungan Castle Urquhart, mereka menemui gua dasar tasik. Ini memberikan spekulasi bahawa adakah gua itu tempat tinggal Nessie?
Tahun 1975, empat orang ahli bomba dari Hemel Hempstead telah melakukan eksperimen dan memberi teori bahawa Nessie sebenarnya jantan. Maka, mereka membina patung raksasa papier-mâché berjantina betina sepanjang 309 kaki untuk menarik perhatian Nessie.
Patung itu diletakkan bulu mata palsu, diberikan mekap dan biarkan ia terapung dan mereka membuat panggilan untuk mengawan. Tapi keputusannya mengecewakan. Yang muncul tertarik dengan patung tersebut bukanlah Nessie, anjing laut Walrus jantan pula yang muncul!
Terlalu banyak sebenarnya penampakan saksi serta usaha-usaha membuktikan kewujudan Nessie. Namun penampakan demi penampakan tiada satu pun membentangkan realiti kewujudan Nessie, malah membongkar kepalsuan pelbagai gambar yang dimanipulasi, kononnya itulah Nessie yang saksi jumpa.
Contohnya gambar yang ditangkap pada September 2019 oleh saksi bernama Steve Carrington, yang kemudian tular di media sosial Facebook pada pertengahan bulan Jun tahun ini. Semasa saksi menangkap gambar Loch Ness, dia tertangkap percikan air yang menimbulkan makhluk akuatik yang aneh, di mana dia syaki bahawa itulah Nessie.
Sebenarnya, gambar yang disyaki sebagai Nessie adalah spesis ikan keli iaitu Wels Catfish (Silurus glanis), salah satu ikan keli gergasi yang ditemui di Eropah. Berat ikan ini sebanyak 130 kilogram dan panjang ikan ini adalah 268 sentimeter.
Menariknya tentang ikan ini, ia mempunyai corak pigmen badan belakangnya yang berfungsi sebagai cap jari. Pernah pemilik akaun Twitter bernama Bailee telah mengenal pasti corak badan makhluk yang ditangkap foto oleh Carrington adalah sama dengan corak ikan keli yang dipancing oleh Benjamin Gründer dalam hantaran Twitter oleh pemilik akaun Angling Times.
Tambahan lagi, Carrington bekerja sebagai artis 3D. Tidak pasti sama ada benar Carrington mempunyai pekerjaan sedemikian namun kita boleh tahu gambar yang Carrington tangkap berkemungkinan besar adalah dimanipulasi. Dan jika benar ikan keli gergasi ini pernah menetap di tasik Loch Ness, jawapannya adalah tidak kerana tiada sebarang kewujudan ikan keli ini wujud setelah saintis mengkaji pada tahun lepas.
Jadi, persoalannya sekarang, wujudkah raksasa Nessie ini?
Gambar Nessie yang ditangkap pada 1933 telah dibuktikan bahawa makhluk tersebut sebenarnya haiwan otter yang berenang setelah banyak kali gagal membuktikan makhluk ini. Penampakan saksi masih lagi menjadi persoalan. Tambahan lagi, gambar-gambar yang disyaki sebagai gambar Nessie diragui keasliannya. Maka, ramai para pengkaji bersepakat penampakan saksi hanyalah penampakan ilusi atau salah lihat dengan melihat haiwan yang berenang sebagai Nessie.
Walau bagaimanapun, Nessie masih dianggap sebagai haiwan yang wujud dan masih bersembunyi dari dilihat manusia, bagi mereka yang percaya. Jadi, terpulang kepada kita sama ada Nessie ini wujud atau ilusi.
RUJUKAN:
Bauer, Henry H. The Enigma of Loch Ness: Making Sense of a Mystery, Chicago, University of Illinois Press, 1986
Starr. M (25 Jun 2020). There’s a New Photo Circulating of The Loch Ness Monster, But Guess What. Science Alert. Retrieved from 9 July 2020. https://www.sciencealert.com/this-new-pic-claiming-to-show-…
The History of the Loch Ness Monster. Historic UK. Retrieved from 9 July 2020. https://www.historic-uk.com/…/Histor…/The-Loch-Ness-Monster/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih