Apabila mendengar saja seruan berbunyi ‘Kentucky Fried Chicken’ atau singakatannya ialah KFC, mesti kepala kita terbayang atuk berjambang putih, berpakaian sut putih bersama slogan ‘Finger Lickin’ Good’ kerana pengaruh iklan yang memaparkannya.
KFC telah lama sinonim dengan kehidupan kita sejak atuk dari Amerika Syarikat (AS) yang bernama Colonel Sanders memperkenalkan resepi masakan ayam gorengnya, kemudian mempromosikannya pada usia 65 tahun. Dari situlah bisnes beliau mencapai tahap antarabangsa di mana seluruh manusia boleh mmenikmati ayam gorengnya.
Namun, kita tertanya-tanya tentang resepi masakan ayam goreng Colonel Sanders yang mendakwa terdapat 11 jenis rempah yang digunapakai sehingga menjilat jari itu? Apakah sebenarnya 11 jenis rempah itu?
Ramai pihak tertentu cuba membongkar apakah 11 jenis rempah KFC ini dan kemudian mereka semula resepi ini. Namun begitu, bagi pihak KFC sendiri terutamanya KFC Corporation, mereka begitu berhati-hati untuk tidak membongkarkan resepi ini demi menjaga keaslian ayam goreng terkenal dunia ini. Ramai peminat KFC berspekulasi berkemungkinan terdapat beberapa syarikat yang bekerjasama untuk membekalkan rempah ratus misteri ini.
Terdapat juga ura-ura dari laman web www.colonelsanders.com yang kononnya mereka yang diwakili oleh karakter Colonel Sanders akhirnya memberitahu dunia tentang resepi 11 rempah ratus KFC ini. Sebaik saja mereka mula dedahkan, tiba-tiba muncul tanda “out of order” di siaran laman web tersebut.
Mengapa begitu misteri 11 rempah ratus ini sehingga pihak KFC tidak mahu mendedahkannya kepada dunia?
Penulis Chicago Tribute bernama Jay Jones melakukan ekspedisi pembongkaran resepi KFC dengan pergi ke kota Corbin, Kentucky, di mana Colonel pertama kali mempromosikan ayam gorengnya lebih 75 tahun lalu dengan memberikan kepada warga penunggang motorsikal dan para staf perkhidmatan stesen. Jones kemudian melawat Harland Sanders Cafe and Museum, sebuah muzium yang terkenal tentang sejarah KFC.
Tugas beliau di kota Corbin ialah mengkaji sebarang restoran dan muzium yang berkaitan dengan KFC, kemudian membongkar resepi 11 rempah ratus itu. Dengan bantuan pegawai pelancongan, Jones bertemu dengan seorang warga tempatan bernama Joe Ledington.
Joe Ledington ialah warga emas yang berusia 67 tahun dan telah berpencen dari bertugas sebagai guru. Kini, Ledington meluangkan masa pencennya dengan menetap di Appalachia. Beliau sudi berkongsi dengan Jones tentang apa yang beliau mengetahui tentang Colonel Sanders. Sebenarnya, Sanders ialah bapa saudara Ledington! Beliau berkata dia pernah bekerja di bawah Sanders dengan tertugas sebagai staf kebersihan pada zaman remajanya.
Ledington kemudian mempamerkan album keluarga kepada Jones, menunjukkan isterinya bernama Jill sedang duduk dan menikmati ayam goreng dari kotak yang begitu familiar dengan warna merah dan putih.
Kemudian Jones memberitahu hajat sebenarnya. Selepas mendegar penjelasan Jones, Ledington tidak ragu-ragu mempamerkan beberapa foto keluarga, keratan surat khabar, dan beberapa dokumen keluarga yang berkait dengan Colonel Sanders.
Ledington menunjukkan foto beliau pada waktu kecil bersama-sama Colonel Sanders dalam aktiviti bersama keluarga. (Sumber: Chicago Tribute)
Ledington menunjukkan ibu saudara sebelah bapanya bernama Claudia, juga isteri kedua Sanders semasa umur mereka pada tahun 40-an. Claudia pada ketika itu bertugas sebagai pelayan di restoran suaminya yang kini membuka cawangan sebanyak 20,000 buah restoran KFC di 125 buah negara. Ledington memberitahu bahawa Sanders sentiasa memakai sut putihnya dalam mempromosikan KFC sehingga dalam almari penuh dengan sut putih.
Setelah selesai berkongsi kisah hidup Sanders, Ledington menunjukkan catatan 11 jenis rempah ratus yang sekian lama menjadi rebutan ramai. Beliau memberitahu bahawa ayahnya bernama Robert Ledington pernah memperoleh sejumlah $209,888 dengan hanya menjual ayam goreng menggunakan resepi ini. Berikut ialah catatan resepi KFC yang telah ditampal di belakang dokumen:
1.2/3 sudu besar garam
2.1/2 sudu besar daun thyme
3.1/2 sudu besar daun selasih (basil)
4.1/3 sudu besar oregano
5.1 sudu besar garam saderi
6.1 sudu besar lada hitam
7.1 sudu besar biji sawi kering (mustard)
8.4 sudu besar paprika
9.2 sudu besar garam bawang putih
10.1 sudu besar serbuk halia
11.3 sudu besar lada putih
Jones cuba mengesahkan kebenaran senarai ini dan Ledington mengiyakan bahawa inilah resepi KFC yang diturunkan turun-temurun dengan hanya lisan saja. Namun, Ledington menegaskan bahawa tulisan itu bukan tulisan Sanders. Entah siapa yang menulisnya tetapi Ledington percaya senarai itu dalah benar berdasarkan pengalamannya mengendalikan rempah ratus.
Beliau pernah mengingati pengalamannya membungkus tepung yang dugaul dengan 11 rempah ratus ini kemudian dijualkan kepada mana-mana restoran yang menyediakan ayam goreng. Ledington juga menyatakan bahawa kunci sebenar kesedapan KFC ialah lada putih! Pada tahun 1950-an, ramai warga AS tidak kenal apa itu lada putih. Jadi, tidak hairan jika ayam goreng Sanders mendapat rebutan ramai kerana hanya menambah lada putih saja!
Jones kemudian kembali ke syarikat Chicago Tribute setelah selesaikan tugasnya. Mereka memasak ayam goreng gunakan resepi Ledington dan bandingkan dengan ayam goreng dari restoran KFC. Ternyata kedua-dua ayam goreng mampu membuatkan mereka menjilat jari!
Seterusnya Jones mendedahkan resepi Ledington kepada pihak syarikat utama KFC bagi mengesahkan persamaan dengan resepi yang dimiliki oleh pihak KFC. Respon pihak KFC ialah mereka tidak membantah terhadap resepi Ledington namun mereka tetap menyatakan pendirian bahawa resepi mereka tidak dibocorkan dan lebih baik dari ayam goreng KFC pada 1950-an.
Sebenarnya, ayam goreng KFC tahun 1950-an lebih baik dari ayam goreng KFC sekarang. Menurut Ledington, Sanders menggunakan teknik memasak guna tekanan supaya mendapatkan keranggupan yang jelas pada ayam goreng itu. Namun, kerana bisnes KFC yang berskala besar, teknik meggoreng menggunakan minyak menjadi sebati dalam masakan ayam goreng KFC terkini.
Inilah kisah misteri 11 rempah ratus KFC yang penuh berliku. Jadi, pembaca nak cuba resepi ayam goreng KFC ini?
RUJUKAN:
Jones, Jay. 19 August 2016. KFC recipe revealed? Tribune shown family scrapbook with 11 herbs and spices. Chicago Tribute.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih