Sekitar penghujung bulan April 2022, para ahli arkeologi United Kingdom menemui beratus-ratus makam yang berusia ribuan tahun lalu di Barry, Wales. Yang anehnya, terdapat sebuah makam milik tentera upahan pada era Rom di mana tengkoraknya terletak di posisi bawah kaki rangka, berbeza dengan posisi tengkorak asal. Mengapa hanya makam ini saja mempunyai posisi tengkorak yang berbeza?

Misteri Tengkorak Di Bawah Kaki Rangka

Organisasi pemuliharaan budaya bernama Rubicon Heritage mengetuai projek penemuan makam-makam ini. Ketua penyelidik dan juga pengarah Rubicon Heritage bernama Mark Collard menjelaskan bahawa mereka menemui artifak dari zaman empayar Rom dan beberapa buah tengkorak. Makam askar upahan ini dikebumikan bersama pedang dan ‘wasiat’ berupa tarikh. Tarikh tersebut adalah era keruntuhan empayar Rom di Britain.

Pada tahun 2019 di kawasan pengebumian Rom di Suffolk, England, kumpulan ahli arkeologi menemui 17 mayat di mana tengkoraknya telah dikeluarkan selepas meninggal dunia. Keadaan mayat sebegini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli arkeologi.

 

Rangka manusia pada era empayar Rom. Dikatakan si mati ini bekerja sebagai askar upahan. (Sumber: Business Insider)

Terdapat beberapa teori bagi merungkaikan keanehan posisi dan ketiadaan tengkorak dalam makam. Menurut ahli arkeologi ini semasa diwawancara oleh Luve Science, keadaan mayat ini disebabkan oleh amalan pagan bagi kaum Celt sebelum fasa tamadun Rom. Kaum ini percaya bahawa kepala adalah pusat kehadiran roh si mati. Mayat-mayat ini dikebumikan dalam kawasan bukit, menguatkan kebenaran teori ini.

Kawasan Pengebumian Kuno di Wales

Collard juga menemui kawasan pengebumian semasa aktiviti ekskavasi di kawasan lapang berdekatan kawasan pengebumian Barry. Mereka menemui kuburan sebanyak 450 mayat di dalamnya.

Menurut sejarah kawasan pengebumian ini, kawasan ini telah wujud selama 500 tahun, bermula dari abad ke-6 hingga ke-13 Masihi. Adalah aneh masyarakat pada waktu itu mengebumikan seseorang mereka sayang jauh dari gereja dan sanggup kebumikan kawasan yang tinggi.

 

Salah satu ahli arkeologi Wales meneliti tengkorak era Rom. (Sumber: Rubicon Heritage)

Collard bersama kumpulan ahli arkeologi Wales ini kemudian mengambil sampel saki-baki rangka dan menganalisisnya jika terdapat hubungan darah dengan mayat lain, gejala penyakit dan kecederaan, dan tanda-tanda berkenaan diet si mati.

Kumpulan penyelidikan ini masih menganalisis dan menyiasat tentang sejarah makan yang pelik ini, berharap mereka menemui jawapannya. Mereka juga telah menerbitkan e-book tentang projek bernama ‘Five Mile Lane’ iaitu laporan-laporan berkenaan pembakaran mayat zaman gangsa, artifak serta rumah batu berusia 3,000 tahun lalu di Wales.

Kajian ke atas tulang-temulang dari pengebumian Wales. (Sumber: Business Insider)

RUJUKAN:

Dawson, B. 25 April 2022. Mysterious Skeleton With Head Placed at Feet Is an Ancient Puzzle We’ve Seen Before. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply